CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4062|Reply: 15

wasiat utk isteri/anak

[Copy link]
Post time 30-3-2006 03:48 PM | Show all posts |Read mode
utk parents semua,

Sebarang pertanyaan ttg wasiat boleh pm saya atau

can email me for further info aziiemy@yahoo.com.sg

tq

[ Last edited by  Sasha at 5-4-2006 10:38 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2006 10:10 AM | Show all posts
ISU DOKUMEN WASIAT.

Soalan : Kenapa saya perlu menyediakan dokumen wasiat ?
Jawapan : Kerana hakikatnya semua orang akan mati. Selepas kematian kita, semua harta yang tidak mempunyai penama seperti akaun simpanan dan semasa di bank, Amanah Saham Bumiputera, Akaun Lembaga Tabung Haji , tanah, rumah dan sebagainya akan dibekukan sehinggalah proses pentadbiran pusaka selesai.

Soalan : Berapa lamakah proses pentadbiran pusaka ini akan selesai dan bila pula waris-waris saya akan menerima harta saya yang terbeku di atas ?
Jawapan : Secara purata bagi kes si mati yang tidak mempunyai dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka mereka akan mengambil masa di antara 3 hingga 5 tahun. Walau bagaimanapun kami selalu juga terjumpa kes pentadbiran pusaka yang mengambil masa melebihi 15 tahun untuk diselesaikan.

Soalan : Bagi si mati yang mempunyai dokumen wasiat, berapa lama pula tempoh pentadbiran pusaka akan berjalan ?
Jawapan : Secara purata, bagi kes si mati yang mempunyai dokumen wasiat pula, proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa di antara 6 hingga 8 bulan sahaja.

Soalan : Di dalam tempoh waktu pentadbiran pusaka yang bertahun-tahun ini berjalan, apakah yang waris saya akan dapat ?
Jawapan : Waris-waris tidak akan mendapat apa-apa bahagian harta tuan kecuali harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran.

Soalan : Jadi, harta yang akan dibekukan hanyalah harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja manakala harta yang mempunyai penamaan seperti di atas akan tetap diperolehi oleh penama saya ?
Jawapan : Ya. Harta yang terbeku memang harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja. Walau bagaimanapun, bagi harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran, tuan perlu ingat bahawa penama yang dinyatakan hanyalah bertindak sebagai Wasi sahaja dan bukan tuan punya mutlak harta tersebut . Selepas mereka menerima harta-harta tersebut mereka perlu mengagihkannya semula kepada semua waris-waris mengikut Hukum Faraid.

Soalan : Jadi apa perlunya saya menyediakan dokumen wasiat ?
Jawapan : Dokumen wasiat akan mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan membolehkan waris-waris tuan mendapat bahagian mereka dengan cepat manakala kalau tanpa dokumen wasiat, waris-waris tuan perlu menunggu sehingga beberapa tahun sebelum mereka mendapat bahagian mereka. Pendek kata, nasib anak-anak dan waris-waris yang lain seperti pasangan kita akan lebih terbela dengan adanya dokumen wasiat.

Soalan : Apakah perbezaan ketara yang menyebabkan proses pusaka dengan dokumen wasiat berjalan lebih cepat dari proses pusaka tanpa dokumen wasiat ?
Jawapan : Perbezaan yang paling ketara ialah kewujudan WASI bagi kes dengan dokumen wasiat. Apabila seseorang meninggal dunia tanpa dokumen wasiat, perkara pertama yang perlu dilakukan di dalam pengurusan harta pusaka ialah semua waris perlu bermuafakat untuk melantik pentadbir harta pusaka. Di sinilah sebenarnya halangan terbesar berlaku. Semua waris-waris perlu muafakat siapa yang akan dilantik sebagai pentadbir dan mereka perlu hadir di dalam mesyuarat tersebut. Jika salah seorang waris tidak bersetuju dengan pentadbir cadangan, proses ini tidak dapat dimulakan. Berlainan dengan kes yang mempunyai dokumen wasiat. Ini kerana WASI telahpun dilantik dan beliau boleh memulakan proses pentadbiran pusaka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2006 09:19 AM | Show all posts
PROSES MEMBUAT DOKUMEN WASIAT.

Soalan: Apakah dokumen yang saya perlu kumpulkan untuk menyediakan dokumen wasiat saya ?
Jawapan : Sebenarnya, dokumen-dokumen yang perlu adalah seperti geran tanah, rumah, nombor akaun KWSP, nombor akaun bank, nombor Amanah Saham Bumiputera, salinan kad pengenalan dan surat beranak waris-waris. Walau bagaimanapun dokumen-dokumen ini tidak perlu disediakan segera kerana yang lebih penting lagi di dalam dokumen wasiat ialah PERLANTIKAN WASI.

Soalan : Apakah itu Wasi dan apa peranannya ?
Jawapan : Wasi ialah individu atau entiti yang kita percayai dan fungsi utamanya ialah untuk menguruskan pentadbiran harta pusaka  serta menjalankan arahan-arahan  lain di dalam dokumen wasiat. Di Wasiyyah Shoppe kami sentiasa mencadangkan agar AMANAH RAYA BERHAD dilantik sebagai wasi di dalam dokumen wasiat pelanggan kami.

Soalan: Jadi, sekiranya saya hendak membuat wasiat dan melantik Wasi, berapa lamakah proses itu akan berlangsung ?
Jawapan : Sekiranya tuan melantik AMANAH RAYA BERHAD sebagai wasi tuan, wasiat tuan boleh kami sediakan di dalam masa 3 minit sahaja !

Soalan : Secepat itu ?
Jawapan  : Ya. Kerana di Wasiyyah Shoppe kami mempunyai perisian penyediaan dokumen wasiat Islam yang kami panggil E-Wasiyyah dan perisian ini memudahkan kami menyediakan dokumen wasiat dengan cepat dan tepat di mana sahaja di seluruh dunia !

Soalan : Adakah perlantikan wasi sahaja merupakan fungsi wasiat ?
Jawapan : Tidak sekali-kali. Walaupun kami menyatakan bahawa elemen utama di dalam dokumen wasiat ialah perlantikan wasi, perkara-perkara lain juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat seperti pengisytiharan harta sepencarian, cara pembahagian harta pusaka, perlantikan penjaga sah anak di bawah umur 18 tahun, peruntukan perbelanjaan sara hidup dan pendidikan anak malah bagaimana cara sesuatu perniagaan akan diwariskan juga boleh dinyatakan  di dalam dokumen wasiat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2006 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by aziiemy at 4-4-2006 09:19 AM
PROSES MEMBUAT DOKUMEN WASIAT.

Soalan: Apakah dokumen yang saya perlu kumpulkan untuk menyediakan dokumen wasiat saya ?
Jawapan : Sebenarnya, dokumen-dokumen yang perlu adalah seperti geran tan ...


Hanya 1/3 sahaja dari seluruh harta yang dibenarkan ditadbir melalui wasiat. Dont u  have to mention that?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2006 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by noraidil_06 at 4-4-2006 10:59 AM


Hanya 1/3 sahaja dari seluruh harta yang dibenarkan ditadbir melalui wasiat. Dont u  have to mention that?



Noraidil_06,

Oh really... ingatkan selama ni 100%... 1/3 tu fall in what category.. .cite le sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2006 08:01 PM | Show all posts
Originally posted by Iman_Baby at 4-4-2006 11:15 AM



Noraidil_06,

Oh really... ingatkan selama ni 100%... 1/3 tu fall in what category.. .cite le sikit....


i tak mahir sistem wasiat utk muslim ni. Klu wasiat non-muslim no prob. mungkin ade baiknya wasiat utk muslim, but i doubt, becoz wasiat skang dah jadi biz.i tak buat wasiat. Klu i ade harta sikit2 i akn buat PA n deed of trust, cost tinggi skit dari wasiat yg dimention oleh kawan kita ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-4-2006 08:55 AM | Show all posts
Originally posted by Iman_Baby at 4-4-2006 11:15 AM



Noraidil_06,

Oh really... ingatkan selama ni 100%... 1/3 tu fall in what category.. .cite le sikit....


I have no idea pasal statement noraidil tu.
Wasiat ni is document pengurusan harta selepas kita meninggal. Dlm wasiat ni kita akan lantik Wasi (pentadbir harta) dan kita boleh mention pasal cara pembahagian harta.  Tapi kita akan advise to allocate 1/3 dari harta tu utk bukan waris ie: rumah anak yatim or baitulmal.  Cara pembahagian harta tu terpulang pada kita, nak bagi pada waris-waris ni sama rata or nak suruh ikut faraid or any formula yg kita rasa sesuai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2006 09:03 AM | Show all posts
Soalan : Cara pembahagian harta pusaka juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat ?
Jawapan : Ya. Pewasiat boleh menyatakan di dalam dokumen wasiatnya bagaimana hartanya boleh dibahagikan selepas kematiannya. Contohnya, pewasiat boleh menyatakan supaya harta pusakanya dibahagikan sama rata di antara anak perempuan dan lelakinya. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sama ada arahan pembahagian harta ini boleh dilakukan ataupun tidak bergantung kepada persetujuan waris-waris. Sekiranya waris-waris tidak bersetuju dengan arahan itu, Hukum Faraid tetap akan digunapakai.

Soalan: Jadi, waris-waris boleh untuk tidak bersetuju dengan arahan cara pembahagian harta di dalam dokumen wasiat ?
Jawapan : Ya. Sekiranya mereka tidak bersetuju, Hukum Faraid akan tergunapakai tetapi sekiranya mereka bersetuju dengan arahan tersebut, formula pembahagian harta seperti yang dinyatakan di dalam dokumen wasiat itu akan digunapakai.

Soalan : Kalau arahan pembahagian itu boleh dicabar, apa gunanya saya membuat dokumen wasiat ?
Jawapan : Seperti yang dinyatakan pada awalnya, dokumen wasiat itu disediakan dengan tujuan utama untuk mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan ia boleh dilaksanakan dengan hanya menyatakan perlantikan wasi di dalamnya. Jika dokumen wasiat itu tidak menyatakan tentang bagaimana harta pusaka itu hendak dibahagikan, maka secara otomatik , Hukum Faraid akan digunapakai. Jadi, klausa cara pembahagian harta ini boleh ada atau tidak di dalam dokumen wasiat. Kesimpulannya, tujuan utama dokumen wasiat ialah untuk mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan bukannya untuk pembahagian harta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2006 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by aziiemy at 5-4-2006 09:03 AM
Soalan : Cara pembahagian harta pusaka juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat ?
Jawapan : Ya. Pewasiat boleh menyatakan di dalam dokumen wasiatnya bagaimana hartanya boleh dibahagikan selep ...

boleh tak u siasat more about the 1/3 tu? sbb selama yg i tahu, hanya 1/3 sahaja yg boleh diwasiatkan, kut i tersilap x tahu le.then beritahu le kat kami di sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2006 01:45 PM | Show all posts
Originally posted by noraidil_06 at 6-4-2006 09:31 PM

boleh tak u siasat more about the 1/3 tu? sbb selama yg i tahu, hanya 1/3 sahaja yg boleh diwasiatkan, kut i tersilap x tahu le.then beritahu le kat kami di sini


i dah check with my supervisor, n dia rasa 1/3 tu utk bukan waris.
yg dimaksudkan ialah 1/3 dari harta sahaja yg boleh diwakafkan/sedekah utk rumah anak yatim / whatever means /atau di tadbir oleh baitulmal.

kalau ikut wasiat, actually kita boleh wasiatkan semua harta kita tu n decide nak bagi kat sesapa pun yg berhak.

harap membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2006 02:01 PM | Show all posts
Originally posted by aziiemy at 7-4-2006 01:45 PM


i dah check with my supervisor, n dia rasa 1/3 tu utk bukan waris.
yg dimaksudkan ialah 1/3 dari harta sahaja yg boleh diwakafkan/sedekah utk rumah anak yatim / whatever means /atau di tadbir  ...



aziiemy,

I get u.. the idea of give 1/3 of our harta utk diwakafkan/sedekah sbb.. hanya amal jariah n sedekat yg berterusan je yg berkekalan.. maklumlah.. kena kot anak2 tak ingat kat kita dah.. so ada gak sedekah n amal jariah kita yg masih berkekalan... ada gak pahala lagi...

Tapi semuanya terserah pd masing2kan.. nak bagi 100% ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2006 04:50 PM | Show all posts
DOKUMEN PENGISYTIHARAN HIBAH.

Soalan : Jadi, apakah instrumen terbaik untuk saya mewariskan harta sekiranya dokumen wasiat itu boleh dicabar ?
Jawapan : Sebenarnya, instrumen terbaik untuk mewariskan harta ialah Dokumen Pengisytiharan Hibah. Harta yang telah dihibahkan akan terkeluar dari harta pusaka dan secara tidak langsung tidak perlu difaraidkan.

Soalan : Apakah maksud Hibah ?
Jawapan : Hibah bererti pemberian sesuatu harta kepada penama / waris di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan.

Soalan : Bagaimanakah mekanisme Hibah itu berjalan ?
Jawapan : Apabila seseorang ingin mewariskan sesuatu hartanya kepada waris-waris tertentu, dia perlu untuk menyediakan Dokumen Pengisytiharan Hibah dan Surat Ikatan Amanah. Walaupun perisytiharan hibah ini dibuat pada masa hidupnya, tetapi pertukaran hak milik tanah tersebut hanya akan berlaku selepas kematian penghibah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2006 07:07 PM | Show all posts
Originally posted by aziiemy at 7-4-2006 01:45 PM


i dah check with my supervisor, n dia rasa 1/3 tu utk bukan waris.
yg dimaksudkan ialah 1/3 dari harta sahaja yg boleh diwakafkan/sedekah utk rumah anak yatim / whatever means /atau di tadbir  ...

ntah le ye, i selalu juga jumpa pegawai pesaka dia maintain the statement that hanya 1/3 boleh diwasiat.next monday, i m going to c him again n i will ask  him
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2006 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by noraidil_06 at 7-4-2006 07:07 PM

ntah le ye, i selalu juga jumpa pegawai pesaka dia maintain the statement that hanya 1/3 boleh diwasiat.next monday, i m going to c him again n i will ask  him


noraidil nanti u pegi confirm dgn pegawai pesaka tu.. i pun wondering.. tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2006 11:41 AM | Show all posts
Hadis riwayat Sa慳d bin Abu Waqqash ra., ia berkata:
Pada waktu haji wada, Rasulullah saw. menjengukku karena menderita penyakit yang hampir menyebabkan kematianku. Lalu aku berkata: Wahai Rasulullah, penyakitku sangat parah seperti yang engkau lihat, sedangkan aku adalah seorang hartawan dan tidak ada yang mewarisiku kecuali putriku satu-satunya. Apakah aku bersedekah dengan dua pertiga hartaku? Beliau menjawab: Tidak boleh. Aku bertanya lagi: Dengan setengahnya? Beliau menjawab: Tidak boleh, dengan sepertiga saja. Dan sepertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin yang akan meminta-minta kepada manusia. Dan kamu tidak menafkahkan suatu nafkah pun untuk mencari keredaan Allah, kecuali kamu akan mendapatkan pahala karena nafkahmu itu walaupun sesuap makanan yang kamu masukkan ke mulut istrimu.
Ia berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah aku akan tetap hidup setelah sahabat-sahabatku (meninggal)? Beliau bersabda: Sesungguhnya kamu tidak diberikan umur panjang lalu kamu mengerjakan suatu amal untuk mengharap keredaan Allah, kecuali kamu akan bertambah derajat dan kemuliaan dengan amal itu. Semoga kamu diberi umur panjang sehingga banyak kaum yang akan mendapatkan manfaat dari kamu, dan kaum yang lain (orang-orang kafir) menderita kerugian karenamu. Ya Allah, sempurnakanlah hijrah sahabat-sahabatku, dan janganlah Engkau kembalikan mereka ke belakang (ke kekufuran). Tetapi orang yang celaka yaitu Sa`ad bin Khaulah berkata: Rasulullah saw. menyayangkannya (Sa慳d bin Khaulah yang meninggal di Mekah )
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 12:12 PM | Show all posts
perbincangan tentang wasiat, hibah, pusaka & penulisan wasiat di link berikut:
http://forum.cari.com.my/viewthr ... mp;highlight=wasiat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.082933 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list