CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HaMpEH KoBau

Cara Membeli Sebuah Rumah

[Copy link]
Post time 24-10-2013 03:27 PM | Show all posts
aLieNzDaToR posted on 24-10-2013 03:10 PM
wah.. siput dah beli romah ropanya.. bleh la pasni p housewarming partay..

nak tanya la. ber ...

insyaAllah..haha baru 30% haa siap...tp dah ada la rupa rumah..atap pon dah pasang lambat lagi la housewarming nya


taktau la bung ali...tp yang pasti...utk pembelian rumah pertama..uols boleh mintak pengecualian duti setem kut..dah lupe dah..ada satu payment tu tak pyh bayar...tp better spare around 5k mcm tu utk loyer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2013 03:36 PM | Show all posts
siputsedut posted on 24-10-2013 03:27 PM
insyaAllah..haha baru 30% haa siap...tp dah ada la rupa rumah..atap pon dah pasang  lambat lagi  ...

alhamdulillah.. ok la tu. da ada atap. takde la kena hujan

iols dok plan nak beli rumah 2nd je ni. rumah baru, nak kena tunggu dulu plak. sewa rumah skrg, owner da nak jual. tpaksa cari rumah utk tinggal sblm kena halau. cash tgh xbanyak jadi dok merancang nak masukkan lawyer fee ni dalam loan sekali sbb duit bnyk lagi nak pakai utk bayar deposit dan nak perelokkan condition rumah kalau dapat. lawyer sampai 2. tu yg susah nak budget berapa nak kena keluar. kalau bleh, xmo la kacau duit emergency skali. tadi call 2 org pegawai bank dari bank lain2. sorang ckp kos lawyer utk bank dalam 10-15k . sorang lagi cakap dalam 5-6k je. jadi konpius
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 03:51 PM | Show all posts
aLieNzDaToR posted on 24-10-2013 03:36 PM
alhamdulillah.. ok la tu. da ada atap. takde la kena hujan

iols dok plan nak beli rumah 2nd  ...

ooo tahniahhh~~ dah start langkah2 pertama membeli rumah
setau iols..loyer fee tu ikut harga rumah..kene belek benang ni dari awal kot...lawyer fee adalah OO% dari harga rumah..yang ni takleh diskaun..
then die akan charge sikit utk runner...photostat bagai..yang ni boleh mintak die tlg bagi kurang sikit kos2 miscellanous ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 04:16 PM | Show all posts
siputsedut posted on 24-10-2013 03:51 PM
ooo tahniahhh~~ dah start langkah2 pertama membeli rumah
setau iols..loyer fee tu ikut harga ruma ...

tu la. iols pon ada baca sikit2 tentang ni. tapi bahagian awal2 ni mcm tahun dulu2. takut skrg da lain plak rules dia. loan baru submit mggu lepas. harap2 sume takde masalah. amin... apa2 pong, thanks ye sipuk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 04:47 PM | Show all posts
aLieNzDaToR posted on 24-10-2013 04:16 PM
tu la. iols pon ada baca sikit2 tentang ni. tapi bahagian awal2 ni mcm tahun dulu2. takut skrg da  ...

hihi still applicable..iols pon kutip sikit2..lama gak iols nk kasik khatam..berminggu2..iols prepare buku nota kat sebelah..dpt point catat...yang mana tak relevan iols cross je later..lama2 paham jugak konsep pembelian rumah

good luck bung aliii~~ nnt uols dulu la buat housewarming partayyy nampak gayanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 05:16 PM | Show all posts
siputsedut posted on 24-10-2013 04:47 PM
hihi still applicable..iols pon kutip sikit2..lama gak iols nk kasik khatam..berminggu2..iols prep ...

thanks sipuk.. insyaAllah kalau takde ape2 problem. sebab sebelum ni dok try upkan market value kat bank utk amek loan lebih sikit. tapi tak dapat. kena keluarkan duit cash sendiri lebih sikit la utk duit deposit tu .  setiap bank pon value rumah harga lain2. tapi kalau beli rumah projek yg baru, senang sikit. proses pon cepat dan bnyk fee bleh waive tp bergantung kat developer gak la.

tahniah utk sipuk gak.. nanti kalau takde apa2 masalah, bleh la kalau nak jemput ke partay tersebut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2013 05:17 PM | Show all posts
maaf kalau soalan sy terlalu naif.boleh jelaskan dua perkara pd sy..?

1) bakal suami dah bli rumah..dia ada janji utk letak nama sy sbgai penama kedua utk rmh tu.boleh sy tau apa hak sy sbgai penama kedua?

2) klu in future kami nak bli rumah kedua, boleh ke berkongsi nama dan mcm mn hak ke atas rumah tsbut utk kami bdua.


tq for ur adv
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 02:35 PM | Show all posts
sebelum deepavali ritu dah sign s&p bersama dgn encik suami..
bayar rm500 dulu, kos guaman smua skali dlm rm4k+-
tapi msa sign tu, ader tersilap ejaan nama suami, so kerani lawyer tu
repair on the spot, just sebab dia nak cuti raya, dia KIV dulu utk attach
yg baru dalam existing s&p tu..

hari ni, follow up, katanya dah nak hantar utk stamping duty, after that,
proses gadaian pulak.. lepas tu baru hantar ke bpp..

adoyai, igtkan dah hantar terus lepas isi borang dulu.. kihkihkih..
rupanya ada lg beberapa proses.. mmg slowly belajar byk mende jgklaa
thru this website utk tahu proses beli rumah ni..

just hrp lawyer x lambt hntr ke bpp utk proses loan, klu x, tkut
kene late charge interest plk.. berdoa moga2 x kena..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2013 02:57 PM | Show all posts
ziehan09 posted on 12-11-2013 05:17 PM
maaf kalau soalan sy terlalu naif.boleh jelaskan dua perkara pd sy..?

1) bakal suami dah bli ruma ...

saya tlg jwblaa yer..

1- kalau tak silap saya, BAKAL SUAMI tak layak untuk buat penama kepada BAKAL ISTERI sebab
bukti pertalian seperti surat beranak/kad pengenalan/surat nikah diperlukan masa proses
penamaan dalam s&p..

2- jika anda adalah ISTERI, anda boleh letak nama anda & suami dalam s&p

antara hak2 adalah

a) anda dan/atau suami boleh menuntut hak ke atas rumah tersebut jika berlaku perceraian/kematian
b) jika insurans x cover utk kematian/keilatan kekal salah seorg, salah seorg kene smbung bayar bulanan rumah tersebut
(selalunya insurans cover tp tgk pd jenis insurans yg anda pilih, so ni pon penting jgk)

harap membantu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 01:28 PM | Show all posts
nak tny skit.. 1st beli rumah mmg xde exp.. nak beli umah subsale plak owner india.. lg rasa pening ya amat...

Value deal dgn owner RM280k, skang tgh mntk bank value cimb & bank islam... bfr nie penah mntk bank value kan rumah area situ dlm RM300k.. so loan lepas RM270k..

So sekarang nie sy try nak mark up harga mengikut market value.. Tp owner mcm x berapa setuju reason dia nnt dia kena bayar tax lebih..

then lagi satu pasal lawyer.. sy dah decide nak guna lawyer panel bank, owner plak beria suruh guna lawyer yg dia kenal..

duit booking x bayar lg, snp pun x sign lg.. rasa mcm dah give up.. tp bila pikir2 mana nak dpt rumah harga mcm 2 lg..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2013 06:58 PM | Show all posts
anyone boleh wat flow tak cara utk beli rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 11:44 AM | Show all posts
rasanya u boleh refer page2 sebelum ni..x pun, u engage lawyer & diorang akan terangkan kalau u dalam proses nak membeli rumah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 12:23 PM | Show all posts
fuhhh... rasa nak menangehh urus itu ini sebab loan dengan kerajaan ni hanya saya jer layak mohon sbb encik suami keje swasta.. akhirnya baru lulus, dalam masa 4 hari jer lulus, syukur..

flow dengan bpp ni proses awal sblm hntr ke bpp tu yg makan masa..
bila dah hntr bpp, cepat je lulus..

ni boleh dah kot cerita pengalaman membeli rumah guna loan kerajaan..
tapi kes saya, kos guaman ditanggung oleh saya sendiri.. dan saya beli rumah dalam pembinaan. jangka siap 2015.

1. booking rumah dengan pemaju bayar RM1k

2. bukak fail dan sign perjanjian jual beli rumah (s&p) dengan panel lawyer pemaju, bayar RM500 dulu

3. Tunggu pemaju dapatkan hakmilik sementara dari pejabat tanah, baru lawyer stamping s&p

4. dah siap stamping cepat2 online dalam laman web bpp disini(biasanya pemaju tlg onlinekan tp pastikan maklumat yang korang beri pd pemaju tu tepat sebab bila dah klik seterusnya dah tak boleh kemaskini kalau salah. sebaiknya korang isi sendiri je, dptkan mklumat drpd pemaju, isi sendiri, lg baik) dan print out borang yang lengkap, dan dapatkan tandatangan dan surat sokongan dari ketua jabatan beserta dokumen2 sokongan yang lain. Dokumen sokongan tu boleh rujuk kat laman web bpp berdasarkan kes/jenis rumah yang korang beli. Mcm saya, saya beli rumah jenis III, iaitu membeli rumah / petak rumah kediaman dalam pembinaan. Pastikan dokumen sokongan tu disahkan oleh pegawai kelas A sahaja iaitu gred 41 ke atas. Buat wang proses RM100 dengan cara kiriman wang, bank draf, cheque, atau banking online dan update dalam borang online bpp tu.

5. Pastikan s&p yg kita pegang adalah yang original (asal), yang duplicate (pendua) hantar bersama borang permohonan dan dokumen sokongan ke bpp. Boleh fotostat satu lagi (fotostat yang asal) dan sahkan salinan dengan lawyer untuk tujuan pengeluaran kwsp. (jika ingin keluarkan kwsp). Untuk kes saya, saya keluarkan kwsp dr akaun en suami, jadi nama en suami kena ada dlm s&p.

6. dah lengkap semua, bg pd pemaju dan pemaju akan hantar ke bpp. pastikan hantar dalam masa 7 hari dr tarikh s&p dan dlm msa 14 hari dr tarikh online borang untuk elak denda lewat.

7. pastikan semua dokumen dibuat salinan utk simpanan jabatan, simpanan sendiri dan utk pengeluaran kwsp (jika berkaitan).

8. dalam masa seminggu selepas borang dihantar, check online status permohonan. boleh check disini.

9. tunggu surat kelulusan sampai ke tangan,  kemudian, cepat2 dapatkan tandatangan ketua jabatan dan hantar ke bpp (kes saya, pemaju yang hantar) dalam masa 14 hari dari tarikh surat kelulusan. kalau lewat dr tarikh tu, kelulusan akan terbatal secara automatik, so pastikan cepat.

10. fotostat surat kelulusan yang lengkap dan disahkan oleh pegawai kelas A utk tujuan simpanan jabatan, utk pengeluaran kwsp (jika berkaitan) dan utk simpanan sendiri.

11. kemudian, inform pada lawyer utk sediakan dokumen cagaran/gadaian. proses gadaian, dokumen terlibat ialah : Hakmilik Asal, Pendua Gadaian 16A, Property Purchase Agreement Asal, Property Sale Agreement Asal. (yg ni utk kes saya pinjaman SPPI iaitu secara Islam.)
pastikan lawyer gunakan borang yang betul. boleh semak disini ikut kes. pastikan borang cagaran tu disign oleh kita dlm masa 14 hari dr tarikh surat kelulusan untuk dihantar ke bpp untuk pihak bpp sign pulak. Kemudian, pastikan peguam daftarkan borang cagaran harta dalam masa 30 hari dari tarikh borang cagaran disign oleh pihak bpp. utnuk proses ni, selalu berhubung dan follow up dengan lawyer untuk elak denda lewat oleh pemaju. pastikan lawyer buat kerja cepat. dan pastikan pemaju follow up dengan bpp supaya bpp cepat2 jgk sign borang cagaran tu utk didaftarkan oleh lawyer.

12. bpp release duit dengan cara claim dari pemaju ikut progress (refer jadual ketiga dalam s&p). pemaju hantar claim mereka melalui peguam. pastikan pemaju hantar dan peguam buat kerja.

13. dalam masa 18 bulan atau sehingga progress rumah siap 95% yang mana terdahulu, potongan bayaran balik akan bermula.

14. tggu rumah siap dan pemaju serah kunci. berharap dan berdoa moga takder denda lewat dari pemaju. kalau ada denda, pemaju akan hold serah kunci sehingga denda diselesaikan. kalau ada, semak balik flow utk fight jika bukan salah kita. so, pastikan proses awal2 tu tak terlewat untuk mengelakkan denda lewat.

15. masuk rumah dan check defect. bayar smpai pencen (30 tahun) dan dptkan semula geran asal dr bpp. :

proses dr no. 1 hingga no. 5 tu makan masa berbulan2. saya booking hjg bln 8, sign s&p hjg bulan 10, stamping s&p hjg bulan 11 sbb nak tggu pemaju dptkan hakmilik sementara drpd pejabat tanah.. borang hnatar awal bulan 12, dan alhamdulillah dah lulus pun.. skrg, saya pya proses dh smpai no. 8, saya tgh tggu surat kelulusan smpai ke tgn saya (prose no.9) je ni utk ke proses seterusnya..

so, selamat membeli rumah yer kawan-kawan.. ni laa gaya mengeloan dengan kerajaan.. huhu.. Last edited by bunga_lestari on 12-12-2013 01:39 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 02:54 PM | Show all posts
petang semalam baru dapat surat kelulusan, dan petang tu jugak saya berkejar jumpa ketua jabatan
utk tandatangan surat setuju terima pinjaman tu..

hari ni pergi hantar surat setuju terima tu pada pemaju utk pemaju submit ke bpp..
pemaju inform pada lawyer utk sediakan dokumen cagaran/gadaian.. lawyer mintak saya
bayar baki s&p dan suruh byr sekali kos utk loan agreement & proses cagaran/gadaian..
tp saya  mntk hold dulu utk bayaran lawyer tu sebab saya nk tggu duit kwsp..
so, lawyer baik hati dia bagi saya dtg sign dulu cagaran/gadaian, nanti dia akan inform saya bila dia
dah siapkan dokumen berkaitan tu.. (dalam mggu ni/mggu depan sblm krismas)..

utk pengeluaran kwsp, saya dan suami terus pastikan semua dokumen dah lengkap,
harini jugak kami bwk semua dokumen yg diperlukan, yg salinan dan yg original ke kwsp,
dalam masa 15min, siap urusan kat kwsp..
so, tggu 15 hari bekerja, duit akan masuk dalam akaun, tp pegawai kwsp tu bgtau,
biasanya 7hari bekerja dah ada, dan klu duit masuk, dpat sms..
untuk pinjaman 100%, hanya 10% drpd harga rumah shj yg boleh dikeluarkan / baki akaun kedua
mengikut yg mana plg rendah..

klu pinjaman 90%, 10% drpd harga rumah+10% beza harga pinjaman boleh dikeluarkan, mengikut mana yg terendah jgk.. dah alang2 gi kwsp tu, amik taulaa terus..

so, dah selesai proses no.9 & no. 10.. menuju ke proses no. 11 pulak..

progress rumah pulak dah naik bumbung.. kira2 dalam 45% laa..
at least dah nampak dah byg2 rumah tu.. hehehe... Last edited by bunga_lestari on 18-12-2013 02:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 10:15 PM | Show all posts
salam
bank apa yang ok ye? sekarang ni bank muamalat, Affin Bank, AmBank, AIA and Maybank panel projek ni
hidden confuse nak pilih yang mana satu
AIA offer fixed rate..4.85%
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2013 08:22 PM | Show all posts
seronotnyerr korg beli rumah ekk.. nak beli gak,,, tp x mampoo....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2014 03:27 PM | Show all posts
bunga_lestari posted on 12-12-2013 12:23 PM
fuhhh... rasa nak menangehh urus itu ini sebab loan dengan kerajaan ni hanya saya jer layak mohon sb ...

erk, dpt kedit dr momod, bru perasan la pulak..
hehehe.. tq momod genchi..
tghri td baru sign loan agreement dengan dokumen gadaian/cagaran..
(proses no.11 sudaa, huhuhu..)
masa ni, lawyer dh mintak bayar semua baki kos guaman,
kene dlm rm5k++ after less 30% utk
s&p dan 30% utk gadaian..
so kene suruh pemaju cepat hantar ke bpp utk bpp sign pulak..

klu ikutkan 26/12 ritu lawyer call suruh sign, tp iols ader kat langkawi
masa tu, cemana nak sign.. hmm.. padahal dh sruh cepat sediakan sblm krismas..
sabor jela.. klu kene denda, taulaa point mana nak fight..

p/s : selamat tahun baru pd semua poremer kat topik ni..
Last edited by bunga_lestari on 2-1-2014 03:34 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 11:12 PM | Show all posts
nk tny...klu dapat surat srh amek kunci tapi kena settlekan dulu dlm 2 minggu:
1) pembeli kena baya dlm cek utk late pyment interest & Miscellaneous charges RM2.2k
2) bank kena settlekan baki progressive payment RM70k

soalan aku ade 2:-
yg #2 tu aku phm bank yg akan settlekan tapi pembeli kena follow up dengan bank.so bank akan bayar directly ke developer ATAU pembeli yg kena amek cek tu dari bank dan bagi kpd developer?


yg #1 pulak tu let say dia punya RM2.2k breakdown
              outstanding misc charges               RM 2.2k (service caj,sinking fund,insurans api)
              outstanding late payment charge        -
              outstanding progress payment      -RM0.2k

so kalau tgk breakdown ni takde late payment interest yg disebabkan bank lambat disburse sebab 'outstanding late payment charge' ialah kozong.tapi dlm attachment yg developer bagi ade amaun RM0.6k yg kena outstanding interest sebab bank lambat disburse.so yg RM0.6k ni kena bayar ke x?adekah boleh buat rayuan mintak diskaun/waive the interest(negotiate dgn developer) sbb salah bank yg lmbt bayar??

contoh ---> http://hanipahghazali.blogspot.c ... kita-plak-kena.html

tqvm
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 09:57 AM | Show all posts
kolpley posted on 2-1-2014 11:12 PM
nk tny...klu dapat surat srh amek kunci tapi kena settlekan dulu dlm 2 minggu:
1) pembeli kena baya ...

yang soalan no. 2 berkaitan dengan #1 tu, biasanya boleh je kalau nak try mintak waive/diskaun dari developer. amaun pun RM600. kadang developer yang okay tak kesah sangat. semua ikut budibahasa person in charge. certain lawyer dia akan keluarkan surat dekat developer bagitau kronologi kes eg: bila stamp docs, bila dia hantar advice untuk release loan etc so that developer boleh pertimbangkan untuk waive interest.

yang #2 tu tak sure pulak ya. biasanya kalau before this bank release direct to developer, supposedly direct jela. tapi setakat yang tahu sekarang belum sampai tahap tu. baru tahap second 10%. hihi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 04:24 PM | Show all posts
bunga_lestari posted on 12-12-2013 12:23 PM
fuhhh... rasa nak menangehh urus itu ini sebab loan dengan kerajaan ni hanya saya jer layak mohon sb ...

dah settlt step no. 11.. now menuju ke step n0.12..

step no. 11 tu, pastikan lawyer bg salinan pendua borang gadaian 16A,
salinan PPA (property purchase agreement), PSA (property sale agreement)
dan salinan hakmilik yg tertera nama kita sebagai tuan punya dan bpp sebagai pemegang
pertaruhan..

step no. 12 --> berharap xde denda lewat oleh pemaju (risau bpp lewat release duit)
atau berharap pemaju cepat2 hntr claim ke bpp..

apapon, syukur, hakmilik tu dah ada nama kami (saya dan suami)..
alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.235097 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list