CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mysara

pemikir Islam vs pemikir barat...

[Copy link]
Post time 7-12-2008 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by tutankhamun! at 5-12-2008 12:27 AM
http://cepa.newschool.edu/het/profiles/image/al-ghazali.jpg

Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu penge ...


apa kata Imam al-Ghazali dalam tahafut al-falasifah?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2008 01:46 PM | Show all posts
Imam al-Ghazali telah berjaya mengislamisasikan falsafah Yunani melalui karyanya Tahafut al-falasifah dan
tidak pernah menolak logik ( mantiq) dan juga falsafah secara menyeluruh.
Berbeza pendapat dengan ilmuan Islam yang lain seperti Ibn Taimiyah yang menyerang institusi falsafah secara keseluruhan juga Ibnu Rusyd dalam penghasilkan karya  Tahafutu tahafutil Falasifah (Kesesatan tahafut al-falasifah)
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by tutankhamun! at 7-12-2008 01:46 PM
Imam al-Ghazali telah berjaya mengislamisasikan falsafah Yunani melalui karyanya Tahafut al-falasifah dan
tidak pernah menolak logik ( mantiq) dan juga falsafah secara menyeluruh.
Berbeza penda ...


kalau tak salah Imam Ghazali mengatakan yg ahli2 falsafah banyak keliru dan celaru dalam falsafah mereka yg tidak selari dengan akidah Islam.

ibn rushd pula menyatakan mempelajari falsafah itu adalah dituntut agama... dan tahafut altahafut oleh ibn rushd itu menyanggah kesimpulan2 al-Ghazali dalam tahafut al-falasifah mengenai pendapat ahli2 falsafah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by tutankhamun! at 7-12-2008 01:46 PM
Imam al-Ghazali telah berjaya mengislamisasikan falsafah Yunani melalui karyanya Tahafut al-falasifah dan
tidak pernah menolak logik ( mantiq) dan juga falsafah secara menyeluruh.
Berbeza penda ...


ilmu falsafah memang boleh dikatakan terhenti dlm tradisi ilmu ahli sunnah waljamaah... terutama selepas serangan kaw kaw oleh Imam al-Ghazali mengenai ilmu itu..
cubaan oleh ibn rushd untuk menyburkan kembali ilmu falsafah macam tiada sambutan..

tetapi dlm tradisi ilmu syiah, ilmu falsafah masih subur hingga sekarang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 10:01 PM | Show all posts
Beberapa ilmuan Islam yg mengkaji logik dalam falsafah Yunani terutamanya dari Aristotle
mendapati ia tidaklah jauh beza dengan ilmu tatabahasa Islam sendiri.
Mereka berpendapat ada baiknya diperhalusi logik ini sebab nampak lebih siap dan lebih teratur.
Selepas istilah2 Yunani yg asing itu ditukar kepada istilah2 Arab yg difahami , barulah ilmu logik telah menemui
tempatnya dalam pengkajian ilmuan Islam.
Perkataan logik dalam bahasa Arab ialah "mantiq" berasal daripada perkataan "nutq" membawa maksud bercakap.
Kesilapan sebahagian ahli2 falsafah Islam awal ialah apabila mereka mengubah logik Aristotle ,yang menyebabkan mereka menerbitkan kesimpulan2 yang bercanggah dengan doktrin2 asasi Islam.
Menurut Hujjatul Islam Imam al-Ghazzali dalam semiautobiografinya al-Munqizh min ad-Dhalal, logik ialah ilmu yang bersifat neutral. Ia boleh digunakan untuk mempertahankan aqidah Islam dan boleh juga untuk mempertahankan doktrin2 yang menyeleweng.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 10:07 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 7-12-2008 05:08 PM


ilmu falsafah memang boleh dikatakan terhenti dlm tradisi ilmu ahli sunnah waljamaah... terutama selepas serangan kaw kaw oleh Imam al-Ghazali mengenai ilmu itu..
cubaan oleh ibn rushd untuk ...


Syiah dahulu dan sekarang bersepakat bahawa Al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini adalah Al-Quran yang telah diselewengkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2008 08:56 AM | Show all posts

"PETOLA"

Apakah Maksud "Pembaharuan Islam" tuh...
dari segi apa pembaharuan tuh...

korang nih dah mcm profesor... salute... tinggi tol pengetahuan....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 03:27 PM | Show all posts
PEMIKIR YAHUDI , PAGAN YAHUDI (YAHUDI JAHILIAH)

Illuminati adalah gerakan rahsia yang diasaskan oleh Adam Weishaupt.

Semenjak penubuhannya lebih 300 tahun dahulu, ianya kini memberi kesan yang besar kepada seluruh negara dunia. Hampir kesemua pemimpin-pemimpin negara Eropah disyaki menjadi ahli Illuminati.

Illuminati juga bertanggungjawab dalam merancang dan mencetuskan revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan revolusi-revolusi lain. Selain itu, ia juga bertanggungjawab terhadap perancangan mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Pelan strategik untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga pula sudah pun siap awal tahun 1900 dahulu.

Tujuan utama Illuminati adalah untuk kekuasaan dan kekayaan. Mereka memiliki tujuan untuk menguasai seluruh dunia dan seluruh umat manusia dengan jalan menghancurkan pemerintahan yang beragam maupun yang sekular. Illuminati akan bertahta dalam satu tatanan dunia yang sama sekali baru yang dinamakan sebagai 揟he New World Order.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2008 03:28 PM | Show all posts
refer glossary, search : adam weishaupt,illuminati,freemanson,Baron Franz Friedrich Knigge

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 10:33 PM | Show all posts

Balas #8 ct_og\ catat

You are right. The difference is their foundation.  Ilmuan Islam berpaksikan tauhid - inilah yang menunjangi cabang ilmu yang mereka kuasai.  Berbeza dgn yg barat - asas ketuhanan tidak kukuh - sumber berteraskan akal - sedangkan kita tahu there are areas that beyond logical thinking.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052627 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list