CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putubambu

Petua ubati lelah..

[Copy link]
Post time 23-3-2006 05:11 PM | Show all posts
Asma ni boleh dikesan seawal baby umo beberapa bulan lagi
baby yang batuk2 (kerap), segeralah bawak jupe doc cepat2
jgn biar...biar ada dlm diri dan minda sorang ibu tuh
budak2 kecik nih sensitif badannya..dan pertahanan badan tak kuat
dibanding pulak dgn persekitaran yang semua orang tahu
tak sihat langsung...
apa kata, kalau anak tuh dah kerap sangat batuk selsema,
bawak cecepat p jupe doc pakar
sbb dari pemeriksaan awal, itu lah yang mencegahnya
peringkat awal, orang tak panggil asma...tak silap bronkitis ke apa term dia
nih...aku citerkan pengalaman baby/budak yang dirawat di hospital (swasta/kerajaan)

Swasta:
umo baby tuh 4-5 bulan
sbbkan doc tanya rekod perubatan dia
dan diberitahu oleh mak bapak dia yang anak dia mmg kerap batuk etc
maka budak tuh ditahan di wad
maka dlm masa 3-4 ari dok sepital tuh
maka anak tuh akan 'diubat' selengkapnya
nap tuh jgn citer arrr...4 jam sekali dia akan buat
mmg kesianlah tgk budak tuh
dia tak peduli..budak tuh tido ke idak
dia ttp kena wat prosedur tuh
ubat kena habiskan..lelebih lagi ada satu ubat  yang kena makan sekali (malam)
itulah penghulu ubat bagi budak asma (lupa nama dia)

selepas kuar sepital, maka akan dibekalkan ubat dan disuruh datang utk pemeriksaan lanjutan
peranan ibu bapa pun penting kat sini
tak leh gantung kat ubat jerk
makan anak tu kena lah jaga
kalau doc ckp jgn makan benda nih benda tuh
ikutlah nasihat doc tuh
tu karpet2 ker, kucing2 ker,
ais krim, air batu etc, habuk2 asap etc
kenalah jauhkan..


kang sambung...makan jap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2006 05:25 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 23-3-2006 05:11 PM
tu karpet2 ker, kucing2 ker,
ais krim, air batu etc, habuk2 asap etc
kenalah jauhkan



:setuju:

rumah tak de carpet.. kucing pun jauh sekali..
abuk kena buang sekerap mungkin..

ais krim boleh, tp tgk cuaca or keadaan..
byk pantang larang nye..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2006 05:36 PM | Show all posts
exercise tuh ok..but kena tau limitnyer mcm mana..let say sorang semput coz asthma induced by exercise..b4 tuh siap2 le sedut...exercise nih mcm kuatkan lungs n optimize lungs capacity...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2006 01:37 AM | Show all posts
Originally posted by achu at 23-3-2006 05:25 PM



:setuju:

rumah tak de carpet.. kucing pun jauh sekali..
abuk kena buang sekerap mungkin..

ais krim boleh, tp tgk cuaca or keadaan..
byk pantang larang nye..


Betul tu..my on dah nak masuk 5 thn pun still tak kenal ice cream..hilang 1 kenikmatan kanak2, kesian dia..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2006 09:12 AM | Show all posts
JUS MENGKUDU.
Minuman Seisi Keluarga.

Mengkudu yang kaya dengan pelbagai zat pemakanan untuk kesihatan adalah lebih dikenali sebagai " Ratu Tumbuhan Berbuah Sakti " Oleh pengkaji-pengkaji Produk Kesihatan diseluruh dunia.

Jus Mengkudu adalah campuran buah mengkudu yang dicampurkan dengan Madu Lebah Asli dan limau nipis yang diproses secara semulajadi untuk dijadikan amalan pemakanan seisi keluarga. Anda boleh rasakan kenikmatannya serta pelbagai khasiat yang tidak terduga oleh kita. Cubalah Hari Ini...

1 atau 2 camca besar di minum 2jam sebelum makan atau selepas makan. Amalkan 1 hingga 3 kali sehari.



KHASIAT JUS MENGKUDU.
* Melancarkan Perjalanan Darah.
* Menurunkan Paras gula dalam Darah dan
   membaikpulih fungsi Pankres ( Diabattes )
* Membaiki sistem pernafasan (Lelah)
* Membaiki sistem penghadaman.
* Menguatkan tenaga batin
* Meningkatkan sistem iminuti badan
* Menyuburkan pertumbuhan rambut
* Menghancurkan lemak dalam badan
* Meningkatkan kesegaran otak/minda
* Membantut pertumbuhan sel kanser
* Memelihara kesihatan jantung
* Menyelesaikan masalah resdung/alahan
* Menolak angin dalam badan
* Menyuburkan benih lelaki dan perempuan
* Melambatkan proses penuaan (Awet Muda)
* Membaik pulih sel-sel tubuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 02:04 PM | Show all posts
Asma - Omega 3 bantu cegah

Anakku Sayang
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.

Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.

Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.

``Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

``Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,'' katanya.

Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

``Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).

``Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,'' jelasnya.

Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

Untuk memudahkan kanak-kanak mendapat khasiat Omega 3 ini, pakar dari Herbal Science Sd. Bhd., Dr. Tan Boon Leong telah mencipta formula untuk menghasilkannya dalam bentuk pil.

Diperbuat daripada minyak ikan Tuna farmasi dari Australia, Altima yang berperisa oren telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diperkenalkan di pasaran sejak Januari lalu.

Tanpa rasa hanyir, pil minyak ikan Tuna Altima sesuai untuk menjauhkan kanak-kanak daripada asma terutama mereka yang mengalami masalah alahan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2006 05:10 PM | Show all posts
ermm.. anak ira dedua orgtu pun dokter pernah kata kena bronchitis.. maknanyer mcm lelah utk budak kecik la. kalo tak dicegah.. dah beso nanti jadik lelah.. kalo masa kecik nih bukan lelah tu.

anak ira yg sulung selalu kena nebulizer treatment ngan 6 jenis ubat lain kalo kena attack tu.. jenuh la.. sian dia kecik² lagi dah kena makan ubat memacam. yg adik pulak.. kena pakai inhaler 2 jenis ubat.. ventolin ngan infammide... sian gak. tapi alhamdulillah sekarangni mereka dedua dah sihat. ) suka sangat. caranya??

caranya sangat mudah! amik madu asli... dalam 1 sudu teh je.. campur ngan air limau kasturi yg kecik; kalo besor tu buh setengah je la.. kacaukan.. pastu bagi diorang minum. ira buat camtu tetiap malam sebelum diorang tido.. pastu mcm biasa la.. sapu vicks kat dada ngan blakang.. alhamdulillah lepas 3 hari elok semuanya. ira teruskan sampai seminggu.. confirm sihat sampai skarangni. ira still bagi la campuran tu dalam 3-4 hari sekali.. cuma bagi sikit dan pastikan anak minum air lepastu sbb madu nih panas.

cubalah.. satu lagik, kalo anak lelah... elakkan kipas sebab kipas nih bleh kumpul habuk. doktor syorkan pakai ekon.. sbb ekon ni ada filter (kena selalu bersihkan filter.. sebulan skali ke)... tapi ekon tu jgnle buh sejuk sgt.. dalam 26-27 je ok dah.. pastu jauhkan ubat nyamuk. kalo umah ada nyamuk.. pasang ubat nyamuk kejap.. pastu dalam 2-3 jam sblm tido tutup ubat nyamuk tu.. bagi ilang bau dia, kang bebudak sesak napaih ngan bau tuh.

cuba la kengkawan.. sure anak sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2006 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by achu at 23-3-2006 05:02 PM
macam anak achu, skrg dah 9 thn, tahun ni belom kena lg..
start asma umur 1 thn lebih, pernah masuk hospital sekali,
tapi bosan nye dok hospital.. asyik pakai nebulizer, pas tu bagi ubat makan.. ...



mana sambungan nyer... :hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2006 03:18 PM | Show all posts
you all with athsmatic children ni, disebabkan keadaan or keturunan?

I have a long family history of asthsma. My grandfather, my father asthsmatic. then my brother pun teuk masa dia kecik2 but suddenly hilang mcm tu shj.. but it's haunting him back because he still smokes. As for me, my whole life was asthsma free until 6 yrs ago after giving birth to my daughter. I tak leh sejuk. i nanti batuk2 teruk. but habuk i will sneeze continuously sampai lesu! skrg my son pun inherit that from me but i'd categorize it as medium. bukanlah to the extend main2 active lebih2 sampai semput. Dia tak tahan sejuk mcm i. Kitorg setakat batuk2 yg chronic je la unlike some unfortunate patients yg boleh bengkak2 hidung & mata bila sesak nafas.Despite doctors advice to stay away fm furry animals, furry toys & carpet, I still have carpets in every room & area! I ckp kat doctor, i cant live without carpets but i can live with athsma..

Asthma is treatable & best dr kecik. My doctor suruh i bagi dia inhaler for prevention, 2x daily sampai 1 yr & once daily after 1 yr.. but treatment  must continue for several yrs. I forgot that part & lepas a few mths i tgk dia ok, i stopped giving him the inhaler. lepas tu dia kena attack masa my parents took my children to Penang. The night he got the attack, my parents, my aunt & uncle took him to the clinic at 1am.

I've heard of petua sin seh cina utk treatment athsma. they use lipas (tak tau lipas species apa), bakar dia sampai garing (agaknya mcm insect crackers yg jual byk kat vietnam, cambodia & thailand tu kut) tumbuk sampai hancur & to be taken orally! cuba korang tny any kedai sing seh kat rumah you all. betul ke tak.
Reply

Use magic Report

buttermint This user has been deleted
Post time 11-9-2006 03:26 PM | Show all posts
: petua mkn lipas goreng?xsanggupnye nak bg my son!tp nak gak tau, berkesan ke & x memudaratkan ke?yelah, lipas ni category kotor, kan??:stp:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2006 10:51 PM | Show all posts
uish..ada lagik topik ni..

anyway, byk bebenor petua kat sini yek...
bagus ah korang..
dr tupai, kala jengking, kambing sampai le ke lipas..
macam2 haiwan ada... :lol :lol

tapi tulah..kalau tak cuba mana nak tau kan...!!??

alhamdulillah..my younger boy dah ok... dia pun dah 1 thn 10  bln..
harap2 lepas ni hilang terus le penyakit tu...
Reply

Use magic Report

buttermint This user has been deleted
Post time 12-9-2006 09:23 AM | Show all posts
ooo..anak awak dah ok, yek?awak amalkan petua yg mana?naklah jugak try kat anak saya... umur dia 1thn 9bln
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 11:10 AM | Show all posts

Reply #30 buttermint's post

diorg la ckp kat i.. time tu i tak ada asthsma lagi. But now that i hv, i sanggup live with atshma for the rest of my life dr mkn ubat dr lipas (or so they say!)

But my father, who;s been asthsmatic all his 60 yrs of life, says he believes in taking honey & harbatu saudaa' .
It may not cure completely (tak tau la if taken frm young age boleh cure or not) but attacks can be controlled. Tak la selalu semput. Org yg batuk asthsma ni lain dr batuk biasa.  Batuk asthsma batuk sejuk so mmg elok mkn honey. It clears your lungs. Lagi pun kita ikut la petua fm Rasullullah SAW yg suruh mkn honey & biji saudaa' utk kesihatan.

Yes... fish oil helps to boost immune system. Doctor pun suruh my son (& her mommy too) to take Fish oil with omega 3.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by yuzzy at 21-3-2006 08:43 PM
Dulu2 pening jugak sbb tiap kali kena attack sampai kena amik nebulizer. Last2 yuzz beli sebijik. Tapi skrg ni yuzz amalkan bagi anak yuzz spirulina. Memang nampak kesannye.


spirulina? Maksud you dalam bentuk yang macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by ira79 at 4-8-2006 05:10 PM
ermm.. anak ira dedua orgtu pun dokter pernah kata kena bronchitis.. maknanyer mcm lelah utk budak kecik la. kalo tak dicegah.. dah beso nanti jadik lelah.. kalo masa kecik nih bukan lelah tu.

a ...


nak juga cuba petua u ni. makan sekali sehari je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 10:24 AM | Show all posts
Belek punya belek ada topik nih kat belakang rupa2nya ..sib baik tak bukak baru

Anyway nak tanya for those yang amalkan spirulina nih?  Spirulina apa jenis?

Madu asli?  Takut dapat madu tak asli...kalau madu brand Capilano tuh okay ker?

Meya nak try madu ngan air limau kasturi kat anak...harap leh membantu dia.  Amin.

Lagi apa yang kita leh cuba?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2009 12:06 AM | Show all posts
For me what works is making sure the house is dust free and dust-mite free.  I use wet vacuum & ionizers.  No pets and not carpets.  

As for supplements - vitamins C, E, fish oil, Manuka honey and gingko.  My sons both love the spirulina drink - its like cereal.  
Medication - seretide & flixotide (preventive) and ventolin (reliever)

So far, my eldest son seems to be growing out of asthma.  My youngest son is not having such a bad time with his asthma - manageable.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 07:01 PM | Show all posts
Meaning minyak ikan leh beriler kan ...Omega 3 punya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 09:27 AM | Show all posts
aku bagi anak aku hati unta...amik/potong kecik je...masuk dalam buru nasik ke...air dia ke....(itu petua org tua2..) alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 11:37 AM | Show all posts
anak i minum susu kambing,ada perubahan positif. tryla...leh belli kat farmasi yang serbuk punya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 1.095243 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list