CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: kintan_too

[MERGED] Rubella

[Copy link]
Post time 7-1-2007 01:13 AM | Show all posts
warna..
klu kat seremban,leh la dira cadangkan kat klinik mana sbb dira baru je suntik rubella..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2007 11:52 AM | Show all posts

Reply #40 warna_warna's post

wana kene call byk klinik. cam kombat dulu (2005), kombat amik imune nie kat Klinik Alam Medic, Wangsa Maju. kombat call dulu, then dioang baru order bile ader request. cam hosp gov, kami call, dia kate, mmg vaksin nie takde tuk org luar. stok dia cuma tuk budak skolah & staff depa je. tapi, yg pasti, aritu call SJMC, mmg dioang kate stok sentiasa ade. call Tawakal, kate ade, bile pegi, dah abis lak. so, nak slamat, wana call dulu la. sbb vaksin nie tak ramai request. klinik akan order based on patient yg request.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 02:18 PM | Show all posts
kite pun tak amik rubella nih.. skang ni pun tgh preggy..
tp tak penah inform kat gynae pun.. asik lupe jek nak btau...

harap2 takde ape2 la.. sbb skang ni pun dah masuk 37 weeks pregnancy..
doakan yg terbaik je lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 11:11 PM | Show all posts

RUBELLA

kalo topik ni dah ada tolong merge kan yer...

ni citer aku. pasal rubella ni.

as we all know, sumo bdk pompuan dah kene injek rubella masa darjah 6 dulu. termasuk la aku. aku dah penah kene injection rubella.

bulan ke-3 aku kawen, (skg dah nk 6 bln), aku stil xpregnen lg. one day masa tgh makan mlm ngan huby, tetiba aku rasa gatal2 kat lengan, ms tu aku pakai long sleeve, aku selakla nak garu. sekali huby perasan ada rashes kat lengan aku. bintik2 mcm kene gigit nyamuk. tp yg aku heran, kalo nyamuk naper kat lengan yg cover? besa kalo aku kene gigit nyamuk byk2 musti kat tangan, kaki, tp xdepon. huby bwk aku g klinik sal takut apa2, ciken pox ke apa.

kt klinik dr tanya, aku dah penah amik rubella ke? aku ckp dah.. ms darjah 6. dia pon ckp maybe alegik kot. aku ckp aku xada alegik apa2. dia cme kasik ubat tahan gatal & liquid putih tah apa kenamanya tu. kitorang pun balikla dgn gembira.

esoknya aku ada course d sebuah resort. rashes aku mkn byk, merebak ke kaki & mkn gatal. aku tanye kawan2 kat situ, apebende ni? derang ckp kalo elegik xmcm ni. ada srg doktor yg course sama aku suh aku g klinik. dia ckp benda ni mcm bole jangkit ni. bek cpt2.

aku call huby dtg amik. kitorang g klinik len plak. doktor pompuan. dia cek rashes aku & ckp. INI RUBELLA. aku tekojot la. sal dah penah cucuk dlu. aku bgtau la dia "sy dah cucuk ms standard 6 dlu". dr tu ckp "mybe ms tu injektion tu xmenjadi & ni mmg rubella" dia konfemkan yg aku xpeknen. so dptla aku MC seminggu.

ms kene tu Ya Rabbi... aku mmg xbole tido & bila aku xbole tdo huby pon xbole tido. dia asik komplen ngantuk kt ofis sal xckp tido. nkwat cane..rasa gatal, miang, panas, sakit, pedih, menyucuk2..mmg undescribeable.  satu badan..temasuk anggota2 terlindung ke apa ke..kecuali muka. sebbek la muka aku xnaik bintik2, kalo x maunya xtgk cermin aku.

selama seminggu tu mmg seksa sgt. rasa cam satu badan sedang digigit beribu2 ekor nyamuk. huby xkasik aku garu2 sal abis kulit aku merah2 & lepuh2 tp nkwat cemana, gatal sgt!!!

ms tu aku bersyukur sgt sal xpeknen. kalo x..ntah apa la nasib anak aku. FYI, baby cacat kalo kene rubella time peknen.

sal tu aku sarankan mana2 yg lom kawen, g cek luh rubella before korang kawen. walopon korang dah penah cucuk tp bacala citer aku tu.. aku pon dah penah cucuk!!! igt tau... kang xpasal...kene time peknen.. sian baby woooo.... dah la seksa menghadapinya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 12:10 AM | Show all posts

Reply #1 sitilina's post

saya setuju apa lina cakap tu. Masa baru kawin dulu suami dah ingatkan untuk chek antibodi rubella b4 nak mengandung. masa tu saya pun lupa dah amik ke belum. Then, saya ke Path lab untuk cek sama ada antibodi apa yg dah ada kat badan. Klu tak silap RM25 jer untuk check tu. nak jadikan cerita, mmg antibodi rubella still takde. Jadi Path Lab akan bagi surat result antibodi tu & kita ke klinik untuk dapatkan suntikan. Tapi, sebelum suntikan tu Dr akan bagi nasihat untuk tidak mengandung (merancang)  at lease 3 bulan b4 suntikan. Sebab rubella tu masih ada dalam badan dan berkemungkinan jejaskan bayi. 2 minggu lepas suntikan tu, saya demam kejap dan Dr mmg dah ckap psl effect dia lps suntikan tu.. pas tu dah ok. lps beberapa bulan sutikan tu, barulah saya berani untuk pregnant. alhamdulillah.. ada suami mengingatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 10:16 AM | Show all posts
cmner kita nak tahu dlm badan nih dah ada rubellla ker blum??
g check kat klinik eh??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2007 11:50 AM | Show all posts

Reply #3 ms_butterfly's post

Anda tanya doktor jawab: Rubella boleh cacat janin
Bersama Dr Idora Mohamad

SOALAN: SAYA wanita 25 tahun dan tidak pernah mendapat suntikan rubella. Saya ingin tahu adakah saya terdedah dengan apa-apa penyakit berbahaya ketika saya mengandung nanti.

DINA,
Melalui e-mel

INISIATIF program imunisasi oleh Kementerian Kesihatan sejak 1988 untuk memberi vaksinasi rubella dari vaksin MMR (Measles-Mumps-Rubella) kepada pelajar perempuan antara 11-14 tahun di sekolah memang patut dibanggakan. Selain mengurangkan kejadian jangkitan rubella dan juga mengurangkan komplikasi yang boleh terjadi daripada jangkitan ini, ia juga mengurangkan kejadian penyakit sindrom rubella konjenital (congenital rubella syndrome) yang terjadi kepada bayi apabila ibu mengandung itu dijangkiti penyakit rubella.

Rubella, atau juga dipanggil 'German measles', menyerupai penyakit campak (measles) tetapi tidak seteruknya. Ia adalah jangkitan virus yang boleh menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa. Seseorang akan dijangkiti dari hembusan batuk, bersin dan percakapan orang yang berjangkit. Gejala penyakit ini akan mula muncul selepas 12-23 hari kemudiannya. Ia menyebabkan demam tinggi selama dua hari, kemudian badan akan naik ruam merah bermula di muka dan merebak dari kepala hingga ke kaki. Masa yang paling infektif ialah bila ruam ini muncul dan berterusan selama seminggu. Kelenjar di leher juga akan bengkak dan sesetengah orang akan mengalami sakit-sakit sendi. Seperti campak, ia akan pulih kembali tanpa apa-apa kesan sampingan.

Bagaimanapun, jika penyakit itu menjangkiti ibu mengandung, bayi yang sedang membesar dalam kandungan berkemungkinan mendapat akibat lebih teruk dari kecacatan kekal atau juga boleh membawa kepada kematian dalam rahim. Antara kecacatan yang mungkin dialami ialah cacat pendengaran dan penglihatan, masalah jantung dan cacat akal. Kecacatan ini amat ketara jika jangkitan itu berlaku dalam tiga bulan pertama kandungan ketika pembentukan struktur penting dalam bayi sedang berlaku.

Jika seseorang wanita itu ada imunisasi terhadap rubella, anak dalam kandungannya akan selamat dari mendapat jangkitan ini. Oleh itu, semua wanita yang ingin mengandung patut mendapatkan imunisasi ini. Imunisasi ini tidak boleh diambil jika wanita itu sudah mengandung. Ia sepatutnya diambil sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hendak cuba mengandung. Sebelum mendapat vaksinasi ini, buatlah ujian darah dulu untuk mengetahui sama ada sudah ada ketahanan terhadap penyakit rubella. Kajian ini akan mengesan antibodi terhadap rubella dalam darah dan jika sudah ada antibodi, maknanya kita sudah dijangkiti penyakit ini dulu dan mendapat ketahanan secara semula jadi. Oleh itu, suntikan vaksin tidak perlu diambil lagi kerana ketahanan ini adalah seumur hidup.

Walaupun ada lagi jangkitan lain dari virus dan pelbagai unsur lain yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi, jika kita boleh kurangkan satu risiko sudah boleh memberi kesan sangat besar untuk keselamatan bayi. Buat masa ini, vaksin ini senang didapati di mana-mana pusat kesihatan, hospital dan juga klinik awam. Ia juga selamat - tidak ada kesan sampingan yang teruk selepas suntikan. Jadi jangan tunggu lama-lama untuk mendapatkannya jika masih tiada ketahanan terhadapnya.

source: Berita Harian online

nie thread Rubella yg dah ade:
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=181023&highlight=rubella
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 05:00 PM | Show all posts

Reply #3 ms_butterfly's post

butterfly,
boleh buat di mana2 makmal yg ada service ni. Dulu saya buat di Path lab. Boleh juga buat di klinik swasta, tapi makan masa sikit sbb Dr pun biasanya akan hantar darah tu ke makmal. (Ni Dr yg cakap). Tapi bila nak amik suntikan tu mmg buat kat klinik & tunjukkan result ujian rubella kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2007 05:10 PM | Show all posts
Originally posted by dseries at 27-1-2007 05:00 PM
butterfly,
boleh buat di mana2 makmal yg ada service ni. Dulu saya buat di Path lab. Boleh juga buat di klinik swasta, tapi makan masa sikit sbb Dr pun biasanya akan hantar darah tu ke makmal. ( ...



owh....btfly rasa dah bt..masa standard 6..
tapi kompius plaklaa....
nak g cek laa t..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by ms_butterfly at 27-1-2007 05:10 PM



owh....btfly rasa dah bt..masa standard 6..
tapi kompius plaklaa....
nak g cek laa t..


hoho. walopon dah buat, pegila check jugak. aku pon dah buat tp benda tu xjadi.... still kene lg.
Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 28-1-2007 07:59 PM | Show all posts
Originally posted by kintan_too at 17-10-2005 02:32 PM
nak tanya kawan-kawan kat sini, u all semua ada lagi tak imunisasi rubella dalam badan.

Masa pregnant ni Dr akan buat test untuk mengesan kita masih ada imunisasi rubella tu ke tidak, kan. Kal ...



masa i was preggie, i belum cucuk rubella lagi. after i beranak baru terhegeh-hegeh nak jab.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by sitilina at 27-1-2007 06:03 PM


hoho. walopon dah buat, pegila check jugak. aku pon dah buat tp benda tu xjadi.... still kene lg.


betul -betul..ajasu setuju
aku dulu masa baru kawin x ingat dh penah cucuk rubella ke blum
pastu gi klinik, ingat nak cucuk utk rubella
sekali doktor kata baik check darah dulu b4 jab
sekali check, paras rubella tuh tinggi jek dlm badan
so x yah jab...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 02:20 PM | Show all posts

Reply #52 ajasu's post

kat memaner klinik ke boleh check kita dah penah amik rubella ke blom ek?tak ingat la ,rasa mcm dah penah inkjet zaman sekolah dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by tompok78 at 29-1-2007 02:20 PM
kat memaner klinik ke boleh check kita dah penah amik rubella ke blom ek?tak ingat la ,rasa mcm dah penah inkjet zaman sekolah dulu...


samalaa kiter...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 07:53 PM | Show all posts
Originally posted by tompok78 at 29-1-2007 02:20 PM
kat memaner klinik ke boleh check kita dah penah amik rubella ke blom ek?tak ingat la ,rasa mcm dah penah inkjet zaman sekolah dulu...


bole kot. bgtau la dia xsure imune kat rubella ke x. sepatutnya doktor2 ni bole buat or if dia xbole maybe dia anta ke lab utk cek kan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 01:12 PM | Show all posts
cite pasal rubella nie,sweethonesty skrg dah nak masuk 36 weeks..bunting pelamin.mase check darah Dr kate rubella negatif.sweethonesty pun tak ingat dulu mase sek ade suntik ke idak,dah lupe,banyak sgt suntik menyuntik.Pastu Dr kate lepas bersalin nnti sweethonesty kene suntik..dgn baby2 skali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2008 03:04 PM | Show all posts
huhuhu..aku yg masih kompius..nk cucuk ke tidak..

tapi aritu masa cek kat Damai Service Hospital...dia xmention pun aku nyer vaksin rubella xdo dlm darah..yg dia sebut hepatitis B dlm badan dh xdo..so kene cucuk lg...olh kerana aku takot dh tuo bangka...(3thn lepas)..terus kata ..till next time yaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 07:53 AM | Show all posts
saya tak penah cucuk rubella gak...tapi alhamdulillah.. dah aua orang anak semua sihat. doa le banyak-banyak. masa ngandung anak kedua check kat damai gak dr tu tak tanya ape pun pasal rubella.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.063264 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list