CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263600|Reply: 2535

Sinetron - Hikmah Part 2 ~ Sesi Borak2

 Close [Copy link]
Post time 12-10-2005 10:51 AM | Show all posts |Read mode
sesapa yg dpt tgenok Hikmah II..tolonglah tepekkan sinopsis dari 1st episod kat sini yer.. :bodek:

[ Last edited by  isabel at 15-11-2006 10:25 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2005 11:45 AM | Show all posts
nie sinopsis dr MD Entertainment..

Hikmah 2

Melanjutkan kisah kehidupan Ana dan Adrian dalam Sinetron HIKMAH sebelumnya, HIKMAH 2 mengisahkan kebahagiaan Ana, Adrian yang hidup bersama Ibu Ratna dan Arman, kakak Adrian. Kebahagiaan mereka bertambah lengkap dengan rencana pernikahan Arman dengan Livia, gadis pilihannya. Namun hidup selalu penuh cobaan. Satu persatu bencana mulai merenggut kebahagiaan mereka. Diawali dengan meninggalnya Ibu Eli, ibu tiri Ana, yang baru kembali dari menunaikan ibadah haji di Tanah Suci, yang membuat Ana memboyong Tino, adik Ana yang pincang, dan Umi, pembantu setia Ana ke Jakarta dan ikut tinggal dirumah Bu Ratna. Bencana tragis lainnya menimpa Arman yang kehilangan istrinya dihari pernihakan mereka. Livia terjatuh dari tangga dan mengalami pendarahan hebat sehingga meninggal seketika.

Ana dan keluarganya menerima semua musibah itu dengan kesadaran penuh, bahwa pasti ada HIKMAH dibalik semua musibah tersebut. Namun mereka tidak menyadari kalau dibalik semua musibah tersebut ada wajah-wajah lama yang masih menyimpan dendam kesumat kepada mereka, yaitu Hasyim dan Vina, paman dan bibi Adrian yang tetap berniat untuk menguasai semua kekayaan keluarga Adrian. Kali ini mereka dibantu oleh Eva, gadis cantik yang memainkan peranan sebagai istri Arman.

Sejak Livia meninggal, Eva muncul menjadi tempat pelipur lara bagi Arman dan akhirnya menjebak Arman untuk menikahinya. Dimata Arman, Eva adalah wanita lugu yang patut dikasihani dan dilindungi. Namun, setelah Arman mengalami kecelakaan dan lumpuh barulah Arman tahu siapa Eva sebenarnya. Eva mengambil alih perusahaan dan semua aset keluarga Arman. Akibatnya nasib Ana, Adrian dan Ibu Ratna menjadi terlunta lunta. Bu Ratna mengalami stres berat dan berkepanjangan, kini Bu Ratna harus merasakan dan menjalani hidup sebagai orang papa, demikian pula Adrian.

Dalam penderitaan itu, Ana mulai menderita sakit kepala yang cukup berat. Namun dia tidak mau menambah beban keluarganya dan menyimpan rasa sakitnya sampai akhirnya terancam kebutaan bahkan mungkin akan kehilangan nyawanya akibat penyumbatan pembuluh darah diotaknya.

Didalam penderitaan Ana itu, muncullah seorang pria bernama Hendra yang kemudian menjadi sahabat Ana, bahkan menjadi pahlawan dalam kesulitan-kesulitan Ana. Hendra ternyata menginginkan lebih dari sekedar persahabatan, dia berharap Ana sudi memberikan cintanya sebagai balas budi atas semua kebaikan yang diberikannya. Hendra berniat merebut Ana dari Adrian.

Di akhir cerita, Ana dengan segala kesulitan pribadinya masih mampu memberikan kekuatan bagi keluarga dan sahabat-sahabatnya untuk bertahan dan kembali kejalan yang benar, yang diridhoi Allah. Cobaan tidak menipiskan kepercayaan Ana pada Allah melainkan justru membuatnya meningkatkan ibadahnya guna mendekatkan diri pada Allah yang Maha Kuasa. Berpuasa memberikan HIKMAH berupa ketebalan iman, bekal untuk menghadapi kehidupan yang selalu penuh cobaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2005 11:52 AM | Show all posts
INTRO:-
penghabisan Hikmah dulu (yang tengah tayang kat astro tu) Lika dah berbaik dengan suami dia (tak ingat nama dia apa..), Adrian plak tak silap aku ceraikan si Ana, tapi bila dia dah ingat balik diorang rujuk semula.. (rasanya laa.. tak ingat..).. kalau aku silap sape2 tolong betulkan ye..  Bu Eli, mak Ana plak insaf lepas dia terjatuh tangga and tak boleh jalan.. terpaksa bergantung pada Ana.. Start tu dia mula insaf.. Surya & Shinta masih gaduh2 manja (Surya mintak tolong pakcik Shinta camne nak didik Shinta jadi isteri mithali.. rupanya Shinta kawin dengan Surya sebab nakkan warisan harta..) Om Hasim & Tante Fina tak insaf2 sampai habis.. rancangan diorang nak bolot harta keluarga Adrian terbongkar & Bu Ratna halau diorang dari rumah.. Bu Ratna orang yang paling last insaf.. pagi raya plak tu.. dia sedar dia takde sape2 pagi raya so dia pun pergi beraya kat rumah kos (rumah pangsa) Bu Eli.. Arman (jeng.. jeng.. jeng..) nak dijodohkan dengan Karin, anak konglomerat, tapi dia terpikat dengan Livia, kawan baik Karin. So diorang bersama last2.. tu serba sedikit laa episode2 terakhir Hikmah..


EPISODE 1 (5 Sept 2005)

HIKMAH 2 bermula dengan Adrian menerima panggilan dari Surabaya yang Bu Eli dah meninggal dunia.. Ana & Adrian terbang ke Surabaya & jemput Tino & Umi tinggal dengan diorang.. kepulangan diorang semua dari Surabaya disambut baik sangat oleh Bu Ratna.. (memang dah insaf sangat2 laa mak Adrian ni, baik sangat..) dalam masa yang sama Arman & Livia tengah sebok menguruskan majlis perkahwinan diorang.. Livia happy sangat nak kahwin, tapi Arman macam tak bersemangat sebab banyak kerja kat pejabat.. so, Ana tolong diorang buat persiapan.. satu hari Bu Ratna dikejutkan dengan kedatangan Om Hasim & Tante Fina ke rumah dia.. Bu Ratna marah2 dan suruh diorang pergi.. tapi biasalaa.. muka tak tau malu, Om Haim & Tante Fina masuk ke dalam rumah.. rupa2nya Ana ajak diorang datang ke majlis perkahwinan Arman.. Bu Ratna tak berapa setuju Ana buat macam tu tapi Ana yakinkan Bu Ratna yang dia tak perlu risau apa2.. Ana pergi hantar kad jemputan pada Surya.. tengah Ana berborak2 dengan Surya, dia terdengar suara Shinta terjerit2 panggil Surya.. rupanya Surya kena queen control lagi macam dulu.. Ana pun cepat2 pulang sebab tak mau kacau diorang.. Shinta marah2 Surya sebab tak ironkan baju dia.. (bagusnya pompuan..) Surya pun pergi iron sambil mengomel2.. ayat dia memang kelakar laa.. lagi dengan cara dia cakap macam menyanyi tu.. tengah dok iron tu dia terasa lapar.. so dia tinggalkan iron tu macam tu je.. dah melopong baju tu.. kena marah lagi dengan Shinta.. demi nak ambik hati Shinta, Surya pun settlekan baju Shinta dengan extra careful (basuh & siap iron..) Shinta appreciate sangat2.. tapi skejap je tu.. keadaan jadik tegang semula bila Shinta terjumpa resit Laundry kat celah2 baju dia..

Kat majlis perkahwinan Arman & Livia, Surya & Shinta masih nak gaduh2.. Shinta marah Surya tipu dia pasal laundry.. Ana sibuk tolong Livia pakai baju pengantin.. tengah sibuk2 tu Tante Fina suruh Ana turun ke bawah layan tetamu.. Tante Fina volunteer nak tolong Livia.. keluarga pengantin tengah tunggu kat ruang tamu.. Tante Fina iring Livia turun ke bawah.. baru turun berapa anak tangga Tante Fina dengan sengaja tolak Livia ke bawah.. Livia jatuh berguling2.. Semua orang terkejut.. Arman meraung bila tengok Livia tak lagi bernafas.. (sedih tengok part ni..) serentak tu Tante Fina & Om Hasim tersenyum.. ada sorang pompuan gedikz jugak tersenyum kambing.. kat hospital, Arman terus menerus salahkan diri dia.. dia takut apa2 terjadi pada Livia.. Om Hasim & Tante Fina datang kononnya nak bagi simpati.. Bu Ratna marah.. Om Hasim & Tante Fina laa yang menyebabkan semua ni terjadi.. (Bu Ratna dah macam orang kena histeria..) Om Hasim & Tante Fina buat muka tak bersalah.. Suami Lika suruh Om & Tante pergi dari situ seblom keadaan bertambah buruk..

Arman tak dapat terima hakikat Livia dah meninggal.. dia menangis bersungguh2 kat kubur Livia.. kat rumah pun hidup dia tak terurus.. lepas bebrapa waktu Arman pun balik semula ke pejabat.. rupa2nya pompuan gedikz yang tersengih2 tengok Livia mati tu pekerja Arman sendiri.. dia dah lama nak ngorat Arman tapi Livia jadik penghalang.. lepas Livia mati boleh laa dia cucuk jarum.. memang dasar pompuan jalang.. pompuan gedikz ni (masa ni masih tak tau nama dia apa..) konon2 bersimpati dengan Arman.. dia kata nasib dia serupa dengan Arman.. kematian orang yang disayangi.. mulalaa pompuan gedikz ni nak nangis2.. chitt poodah.. (pompuan ni kalau belakon mesti jadik pompuan jahat.. muka sesuai.. aku memang meluat tengok muka dia since cerita Kau & Aku - Indra Bruggman jadi buta).. Arman balik awal sebab nak pergi melawat kubur Livia.. Adrian risau tengok keadaan Arman tapi tak dapat nak berbuat apa2.. bila kereta Arman mula bergerak, pompuan gedikz tu tiba2 muncul kat tengah jalan sambil menangis.. (tagih simpati laa tu!! uwekksss..) Arman volunteerily hantar pompuan gedikz tu balik rumah.. sampai kat rumah, Om Hasim & Tante Fina dah tunggu pompuan gedikz tu balik.. "Kamu udah pulang Eva??" (Eva rupanya nama pompuan ni..) diorang pun ketawa besar bila sebahagian daripada rancangan diorang berjalan lancar......... BERSAMBUNG..


episode 1 ni je dah banyak klimaks.. sebenarnya banyak lagi watak baru dalam cerita ni tepi tak dapat nak tangkap lagi apa relation watak2 baru ni dengan watak yang sedia ada.. tapi yang pasti Ana dah tak kena buli lagi.. dia jadi tempat rujukan semua orang even Bu Ratna.. apa2 yang Bu Ratna nak buat mesti mintak pandangan Ana dulu.. (cam lawak plak..) Ana gak sibuk membantu orang2 miskin & anak2 yatim.. buat amal jariah..



~ weird copy Blankie punya..:pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2005 11:56 AM | Show all posts
Hikmah II: Episod 2

Episode bermula dengan sorang budak miskin meminta sedekah dari Adrian (dalam kereta masa tu) kat traffic light (senario yang biasa dilihat di Indonesia..).. Bila Adrian nak hulur duit, budak tu terus rembat wallet Adrian.. Adrian kejar budak tu.. tapi budak tu pasang geng.. Adrian kena belasah.. dalam epi 1 Ana ada bagi bantuan pada satu family miskin.. kebetulan ketua keluarga tu terlibat dengan dadah.. Ana sanggup sponsor pakcik tu pegi berubat & masuk tempat pemulihan dadah.. pakcik tu garang seblom ni.. tapi macam insaf bila Ana nak tolong dia.. bila sampai rumah Adrian mengomel pasal budak2 miskin.. menyusahkan.. Ana suruh Adrian bersabar.. budak kecik.. tak tau apa yang diorang buat.. konco yang rembat wallet Adrian tu rupanya ahli geng pakcik penagih tu.. pakcik penagih tu selalu gak buat siri2 rompakan.. konco tu bagi wallet Adrian pada pakcik penagih tu sebab dia tau pakcik tu sakit & perlukan duit.. pakcik tu terima tapi terkejut bila nampak gambar Ana & Adrian dalam wallet tu.. dia serba salah & simpan wallet tu dalam laci.. besoknya Ana hantar pakcik tu pegi berubat.. Isteri pakcik tu & anak dia terjumpa wallet Adrian.. Isteri pakcik tu menangis sebab tak sangka suami dia sanggup rompak orang yang tolong dia.. anak pakcik tu tekad nak pulangkan wallet tu pada Adrian..


Surya tengah melipat baju sambil mengomel2.. geram dia dengan Shinta.. "aku bukannya malaikat.. aku punya perasaan.." Shinta menyuruh Surya basuh kereta dia.. tapi Surya tak nak dengan alasan dia nak pegi kerja.. "Sorry dory strawberry.. I have no time.." Shinta marah sebab kalau Surya kerja sekalipun gaji yang dia dapat takkan dapat lebih dari Shinta.. Surya mula bagi ceramah kat Shinta.. isteri sepatutnya duduk kat rumah.. uruskan rumahtangga, layan suami.. Shinta menjawab.. "Ini bukan zaman Siti Nurbahiyah.. INI ZAMAN SITI NURHALIZA!!!" (apa maknanya tu?? hehe..) Surya pun pegi macam tu je.. Surya jumpa dengan kawan dia.. Kawan dia bagi tips camne nak buatkan Shinta tunduk pada dia.. macam2 yang diajar.. (siap praktikal lagi..) balik rumah Surya pun cuba praktikkan.. habis perhiasan rumah dia hempas ke lantai.. (konon nak bagi Shinta takut..) Shinta terkejut & pegi kutip kaca2 yang pecah tu & terluka jari dia.. Surya terus panik & tak jadi marah.. buat ke-sekian kalinya Surya dibuli lagi..


Arman layan blues kat kelab.. terkenang2 & terngiang2 suara Livia kat telinga dia.. masih tak dapat lupakan Livia.. Bu Ratna risau Arman tak balik2 ke rumah.. henpon dimatikan, so tak dapat nak call Arman.. tiba2 Arman balik.. Arman bagitau mak dia, dia takde pape &vterus berkurung dalam bilik.. Ana & Adrian cadangkan biar Arman pergi bercuti untuk tenangkan perasaan.. Adrian buat alasan yang cawangan pejabat kat Bali perlu perhatian & suruh Arman ke sana.. sambil2 tu boleh tenangkan fikiran.. dalam meeting takde sorang pun staf nak temankan Arman pergi tapi si Eva tu dah senyum meleret.. Eva pun pergi jumpa Arman secara personal.. Arman ajak dia pegi Bali.. tak payah tunggu lama si Eva tu terus mengangguk nak ikut.. tak malu.. Om Hasim & Tante Fina banyak berpesan pada Eva tentang rancangan diorang.. Om Hasim nak kan Arman ada dalam genggaman diorang.. so dengan cara tu dia boleh balas dendam pada Bu Ratna sebab malukan dia & Tante Fina dulu..


Ana hantar Tino masuk sekolah.. Tino tak mau sekolah kat situ tapi Ana pujuk nanti dia dapat ramai kawan.. masa Tino perkenalkan diri kat depan kelas semua budak2 lain gelakkan dia.. "Lihat!! Kakinya pincang!! hahahahahahhaa.." sedih Tino.. Bu Guru pun rasa simpati pada Tino dan menyuruh semua diam.. tapi masih ada suara2 sumbang yang gelak2.. (perosak masyarakat ni..) Om Hasim & Tante Fina datang menjenguk Bu Ratna.. tapi Bu Ratna bagitau Ana suruh diorang pergi dari situ.. tak hingin dia nak tengok muka setan dua ekor tu lagi.. Ana minta Bu Ratna maafkan diorang (lebih kuranglaa) tapi Bu Ratna tetap tak nak.. dia dah meluat dah.. Umi tengah melayan Tino buat kerja rumah.. dan Tino mengadu pada Ana dia diketawakan kat sekolah.. Ana suruh Tino bersabar dan tunjukkan kekuatan diri.. tiba2 isteri pakcik penagih & anak dia datang rumah nak pulangkan wallet.. Ana terkejut tapi dia tak marah.. Ana berjumpa dengan Adrian.. Adrian masih marah2 pasal orang miskin yang disanjung oleh Ana.. Ana tunjukkan Adrian wallet dia & Adrian macam tak percaya.. Ana kata tak semua orang miskin tu jahat.. ada jugak yang berhati mulia.. terdiam Adrian..

Ana datang ke pejabat Adrian.. Ana cakap yang lately diorang takde masa nak bersama.. Adrian buat surprise.. diorang pergi dinner kat tempat yang diorang banyak kenangan.. kat situ Adrian luahkan yang dah tiba masanya untuk diorang ada anak.. Ana setuju.. Ana ada surprise untuk Adrian.. Adrian tak sabar2 nak tau.. Ana bagitau surprise dia is dia nak buat sekolah & pusat latihan untuk orang2 miskin.. frust Adrian dengar.. dari raut muka dia ingatkan Ana dah pregnant.. (aku pun ingat camtu mula2.. tipu tertipahh..) Ana yang nampak muka Adrian cam frust kata yang anak tu anugerah Tuhan.. kalau Tuhan nak bagi adalaa anak.. sementara tu diorang kena bersabar.. Adrian diam je..


Kat Bali, Arman & Eva bincang pasal kerja.. Eva dah tunjuk muka miang dia.. malam tu Arman mabuk.. (heiiii......) Bu Ratna risau masih tak dapat call Arman.. Adrian & Ana yang baru balik ditegurnya kenapa balik lambat.. "Aduh Ma.. masakan ngakk boleh berkencan.." Adrian try call bilik hotel Arman.. Eva papah Arman masuk dalam bilik.. Arman yang dah mabuk sangat2 terus terlentang atas katil.. Eva cabut wayar telefon dalam bilik tu.. tak nak diganggu.. dia terus bagi Arman minum arak.. last2 Arman tertido.. Eva pun mulakan aksi jahat dia.. besoknya Arman bangun & nampak undergarments Eva berselerak atas katil.. dia terkejut.. dia nampak Eva menangis dalam bilik air.. dengan panik Arman tanya Eva kenapa.. "sampai hati pak Arman meragut kesucian saya......." pucat lesi muka Arman......BERSAMBUNG..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2005 12:08 PM | Show all posts
latest on hikmah 2

bu ratna dan ana telah keluar dari rumah mereka selepas bertengkar dgn eva  dan menumpang di rumah lika sehingga arman dan adrian pulang dari london. lika pergi berjumpa eva dan memarahinya tetapi dia juga dihalau oleh eva.

~ by rsya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2005 12:17 PM | Show all posts
Hikmah 2 Episod 4

Aku tengok episode ni sambil memasak.. so maybe ada scene yang tertinggal.. apa yang aku ingat aku ceritakan kat sini..

Adrian tak berkenan dengan rancangan Arman nak kawin dengan Eva.. Ana suruh ikutkan saja asalkan Arman bahagia.. Bu Ratna pun tak kisah walaupun hati dia rasa risau jugak.. dia tak tau macamana sebenarnya sikap & sifat Eva.. Lika suruh Bu Ratna terima je Eva.. dia tak nak buat silap lagi macam dulu diorang buat pada Ana..

Arman nak bawak Eva ke rumah jumpa dengan family Arman.. Eva konon2 serba salah.. dia rasa nak back out je.. takut keluarga Arman tak dapat nak terima dia.. tapi Arman still nak bawak dia.. Arman belikan perhiasan yang mahal untuk Eva.. Eva konon2 terharu & kata benda tu mahal dan tidak pantas untuk dia.. poyo betull.. Eva bawak perhiasan tu balik rumah & tunjuk pada Om Hasim & Tante Fina.. Eva kata dia nak menolak pemberian tu.. Tante Fina kata kenapa nak tolak benda mahal2.. Om Hasim yang perasan bini dia lambat pick-up pun terus cakap "Apa laa nak dibandingkan perhiasan ini dengan harta keluarga Arman.." tersengih2 Tante Fina bila dengar.. Eva pulak buat muka jahat dia..

Surya balik ke rumah bawak banyak beg2 plastik & beg kertas.. nampak sangat dia baru lepas shopping.. Shinta belek barang2 tu and ketawa.. "Sur.. Sur.. masakan kamu mau memakai pakaian kayak gini di rumah.." rupanya Surya beli baju kemeja.. Surya kata tu pakaian dia pergi kantor.. Shinta ketawa.. bengang je Surya.. Surya keluar pergi jumpa kawan dia.. kawan dia ajar lagi macamana nak jadi suami yang berkuasa.. Surya pura2 sakit kat rumah.. mula2 Shinta buat tak peduli tapi lama2 dia macam kesian plak.. Surya panggil doktor datang rumah & doktor tu turn out to be kawan Surya yang bagi tips rumahtangga tu.. so doktor ni kelentong laa penyakit Surya ni boleh membawa fatal.. (mati laa tu..) kalau nak terus baik kena makan makanan berkuah.. Shinta terus pergi dapur masak sup.. aku pun tak tau sup apa dia masak sebab pelik je tengok.. lagipun Shinta mana pandai masak.. Shinta pun bagi Surya makan.. Surya luahkan balik kata amende ni?? Shinta terus menerus suap sup kat mulut Surya.. terhenjut2 badan dia menahan rasa sup Shinta..

Adrian mencari Arman kat pejabat tapi takde.. Eva pun takde.. tiba2 je Bu Ratna call Adrian suruh balik sebab Arman nak melamar Eva depan keluarga dia.. Adrian terkejut.. terus balik ke rumah.. kat rumah Eva buat2 sopan.. ala2 gadis naif gitu.. poodah laa.. semua nampak macam boleh terima Eva.. Adrian sampai and terus pergi dari situ.. Ana mintak supaya Adrian boleh terima Eva.. Ana pujuk Adrian.. dulu Arman lah yang bertungkus lumus membantu mereka.. skarang giliran diorang pulak bantu Arman..

Eva pergi jumpa Arman kat pejabat.. Arman terkejut dan suruh Eva balik uruskan majlis perkahwinan diorang.. kemudian Ana datang.. Ana nak bawak Eva beli baju pengantin.. so diorang pergi laa kedai.. Ana tunjukkan satu baju yang lawa tapi Eva macam sedih.. dia kata mahal sangat.. Ana kata takpe.. Ana hadiahkan kat dia.. Eva kata walaupun saya berkahwin dengan Arman saya tetap mahu semua dalam kesederhanaan.. (iyolah tu..) Ana tersenyum & bangga dengar Eva cakap macam tu.. Ana dapat panggilan telefon & dia bergegas pulang & tinggalkan Eva kat butik pengantin..

Om Hasim & Tante Fina dengan tak malunya datang rumah keluarga Adrian.. Bu Ratna suruh Ana layan diorang sebab Bu Ratna dah tak kuasa nak mengadap muka diorang.. Om Hasim & Tante Fina pura2 tanya apa khabar Arman skarang.. so terkeluarlaa cerita ada majlis makan malam dengan calon isteri Arman malam tu kat rumah mereka.. Ana baru perasan yang dia terlepas cakap.. Om Hasim & Tante Fina dengan gaya muka tembok pun kata diorang akan stay kat situ & join makan malam sebab diorang nak kenal jugak sape calon isteri Arman.. Ana dah serba salah.. kat ruang lain Bu Ratna dah susah hati sebab Om Hasim & Tante Fina tak nak balik.. Ana kata dia tak sengaja nak bagitau.. benda dah terjadi.. Adrian suruh Bu Ratna terima je kedatangan diorang.. lagi pun kalau Bu Ratna sendiri tak jemput Arman pasti akan jemput diorang datang..

Eva tunjuk kat Arman baju apa yang dia akan pakai masa kahwin nanti.. Arman terkejut sebab baju tu cuma kebaya plain yang tak menarik langsung.. "kamu beneran mahu pakai kebaya ini.." Eva cakap baju ni Ana yang pilihkan.. Eva mengadu pada Arman yang Ana kata baju lawa2 tidak pantas untuk Eva.. Eva cuma layak pakai baju buruk je.. nampak sangat yang dia tak diterima keluarga Arman.. dia buat muka sedih.. (gerammm!!!) Arman terkejut.. tak sangka Ana boleh buat macam tu..

sementara menunggu, Om Hasim & Tante Fina berborak dengan Ana & Adrian.. Om Hasim tanya apa pekerjaan calon isteri Arman.. Ana pun katalaa sekretaris Arman.. (setiausaha laa tu..) serentak dengan tu Arman & Eva pun masuk ke dalam rumah.. Eva terdengar Ana cakap macam tu terus menangis & lari keluar rumah.. Arman marah.. dan marahnya nampak sangat macam ditujukan pada Ana.. "kita berkumpul untuk membincangkan hal perkahwinan bukannya hal latar belakang Eva.." (lebih kurang macam tu la ayat dia..) Arman keluar mengejar Eva.. Om Hasim berbisik "kok begitu jadinya.." Tante Fina buat2 serba salah.. "gi mana sihh???.." ............BERSAMBUNG..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-10-2005 12:43 PM | Show all posts
latest kat hikmah 2 - episod 15
~ adrian meyuruh arman datang ke rumah lika utk berbincang mengenai kelakuan eva tapi arman kecelakaan semasa dlm perjalanan ke sana dan sekarang terlantar di rumah sakit. (om hasim punya kerja tu...dan dia juga yg datang rumah lika beritau bu ratna..dasar!!!). eva marah2 (act ajer tu...), katanya ini semua angkara ana, ana pembawa s i a l, dan dia paksa ana supaya mengaku itu semua kalau tak dia tak akan benarkan bu ratna melawat arman. ana mahu mengaku tapi ditegah oleh adrian dan lika sebab memang ana tidak bersalah.

~ om hasim sudah mengambil alih tempat adrian di perusahaan.

~ bu ratna mahu pindah ke apartment miliknya tetapi om hasim bilang semua urusan mesti melalui persetujuan eva.


(copy dr arysa)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2005 02:36 PM | Show all posts
latest kat HIkmah 2

- bu ratna sudah  mulai sakit, batuk berdarah. semenjak tinggal kat rumah kontrak ni dah takde mekap tebal2....sanggul pun tak tinggi dan besar..
- arman lumpuh
- adrian sudah dipecat dari perusahaannya sendiri. dia baru saje mendpt pekerjaan di kantor sahabatnya di Kalimatan.
- Nanda, suaminya lika juga bakal kehilangan pekerjaannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2005 02:37 PM | Show all posts
yg paling latest di Hikmah 2
~ ada sorang staff kat tempat kerja adrian yg baru ni sudah mulai syok sama adrian...eksyen pulak tu pompuan ni...ala2 si eva sikit...
~ ana mahu mencari pekerjaan

(nie suma weird copy dr thread hikmah)
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 03:07 PM | Show all posts
sesape yang tgk cite nie...bgla sinopsis kat sini...please...thanks weirdlady kerana buka thread nie....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 09:21 PM | Show all posts
dah lama tak update...nak buat sipnosis rasanya tak terbuat sebab dah banyak episod...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 10:54 PM | Show all posts

HIKMAH 2


Sinetron Hikmah 2
MD Entertainment

Waktu Tayangan
Malaysia
Astro Ria :: Isnin - Jumaat :: 1800-1900 :: 8 Ogos 2006 - ??
Indonesia
RCTi :: Isnin - Ahad :: 1800-1900 WIB :: 5 Sept 2005 - 8 Nov 2005

Info Pelakon
Tamara Bleszynski - Anna | Info | Pic |
Teuku Ryan - Adrian | Info | Pic1 | Pic2 | Pic3 |
Gunawan - Arman | Info | Pic1 | Pic2 |
Imelda Therine - Eva | Info |Pic1 | Pic2 |
Iqbal Pakula - Rizal | Pic |
Ferry Ardiansyah - Surya | Info | Pic |
Elsye Virgita - Shinta | Info |
Revalina S Temat - Rini | Info | Pic |
Dwi Andhika - Dito | Info | Pic |
Nana Khairina - Rika
Neny Triana - Ratna
Arief Rivan - Hasyim
Yayuk Suseno - Vina
Niniek Arum - Umi

Lagu Tema
Netta KD & Danil - Hikmah (MP3)
Lirik

Episode Guide (Astro Ria)
Sinopsis (MD Entertainment)
Episode 01 (08/08)     Episode 21 (07/09)     Episode 41 (05/10)
Episode 02 (09/08)     Episode 22 (08/09)     Episode 42 (06/10)
Episode 03 (10/08)     Episode 23 (11/09)     Episode 43 (09/10)
Episode 04 (11/08)     Episode 24 (12/09)     Episode 44 (10/10)
Episode 05 (14/08)     Episode 25 (13/09)     Episode 45 (11/10)
Episode 06 (15/08)     Episode 26 (14/09)     Episode 46 (12/10)
Episode 07 (16/08)     Episode 27 (15/09)     Episode 47 (13/10)
Episode 08 (17/08)     Episode 28 (18/09)     Episode 48 (16/10)
Episode 09 (18/08)     Episode 29 (19/09)     Episode 49 (17/10)
Episode 10 (21/08)     Episode 30 (20/09)     Episode 50 (18/10)
Episode 11 (22/08)     Episode 31 (21/09)     Episode 51 (19/10)
Episode 12 (23/08)     Episode 32 (22/09)     Episode 52 (20/10)
Episode 13 (24/08)     Episode 33 (25/09)     Episode 53 (23/10)
Episode 14 (25/08)     Episode 34 (26/09)     Episode 54 (03/11)
Episode 15 (29/08)     Episode 35 (27/09)     Episode 55 (06/11)
Episode 16 (30/08)     Episode 36 (28/09)     Episode 56 (07/11)
Episode 17 (01/09)     Episode 37 (29/09)     Episode 57 (08/11)
Episode 18 (04/09)     Episode 38 (02/10)     Episode 58 (09/11)
Episode 19 (05/09)     Episode 39 (03/10)     Episode 59 (10/11)
Episode 20 (06/09)     Episode 40 (04/10)     Episode 60 (13/11)

Screencaps
     

     

     

     

     

[ Last edited by  blankie at 17-11-2006 04:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 10:56 PM | Show all posts

Hikmah 2 cont.

Episode Guide (RCTi)
Episode 1, 2, 4, 15
Episode 5, 6, 7, 8, (9-13 Okt 2005)
Episode 9 dan seterusnya
Episode 18 Okt 2005
Episode kedua akhir
Episode Akhir :bgrin:

terpaksa letak berasingan.. tak muat dah nak letak kat posting atas..

[ Last edited by  blankie at 31-10-2006 05:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 11:16 PM | Show all posts

Hikmah 3

Sinetron Hikmah 3
MD Entertainment

Waktu Tayangan
Indonesia
Indosiar :: Isnin - Ahad :: 1800-1900 WIB :: 28 Ogos 2006 - 03 Nov 2006
Malaysia
Puasa tahun depan kot.. :lol

Info Pelakon
Tamara Bleszynski - Anna
Teuku Ryan - Adrian
Gunawan - Arman
Dimaz Andrean - Adit
Nia Ramadhani - Marla
Ferry Ardiansyah - Surya
Elsye Virgita - Shinta
Nana Khairina - Lika
Neny Triana - Ratna
Niniek Arum - Umi

Episode Review (Indosiar)
Sinopsis
Episode 01 (28/08)     Episode 21 (23/09)     Episode 41 (13/10)
Episode 02 (29/08)     Episode 22 (24/09)     Episode 42 (14/10)
Episode 03 (30/08)     Episode 23 (25/09)     Episode 43 (15/10)
Episode 04 (31/08)     Episode 24 (26/09)     Episode 44 (16/10)
Episode 05 (01/09)     Episode 25 (27/09)     Episode 45 (17/10)
Episode 06 (04/09)     Episode 26 (28/09)     Episode 46 (18/10)
Episode 07 (05/09)     Episode 27 (29/09)     Episode 47 (19/10)
Episode 08 (06/09)     Episode 28 (30/09)     Episode 48 (20/10)
Episode 09 (07/09)     Episode 29 (01/10)     Episode 49 (21/10)
Episode 10 (08/09)     Episode 30 (02/10)     Episode 50 (22/10)
Episode 11 (11/09)     Episode 31 (03/10)     Episode 51 (23/10)
Episode 12 (12/09)     Episode 32 (04/10)     Episode 52 (24/10)
Episode 13 (13/09)     Episode 33 (05/10)     Episode 53 (25/10)
Episode 14 (14/09)     Episode 34 (06/10)     Episode 54 (26/10)
Episode 15 (15/09)     Episode 35 (07/10)     Episode 55 (27/10)
Episode 16 (18/09)     Episode 36 (08/10)     Episode 56 (30/10)
Episode 17 (19/09)     Episode 37 (09/10)     Episode 57 (31/10)
Episode 18 (20/09)     Episode 38 (10/10)     Episode 58 (01/11)
Episode 19 (21/09)     Episode 39 (11/10)     Episode 59 (02/11)
Episode 20 (22/09)     Episode 40 (12/10)     Episode 60 (03/11)


Screencaps

     

     

     

     

     

TV Screencaps thanks to kecubung.. :pompom:

[ Last edited by  blankie at 13-11-2006 10:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 06:18 AM | Show all posts
eh eh itu rambut minah eva tu ingatkan.........hahahaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2005 08:42 AM | Show all posts
Originally posted by arysa at 12-10-2005 09:21 PM
dah lama tak update...nak buat sipnosis rasanya tak terbuat sebab dah banyak episod...



update la arsya..wat simple2 jek..janji kami tau jalan citer tiap episode..tak pun wat stat episode skarang la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2005 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by blankie at 12-10-2005 10:54 PM

Eva seblah Arman.. uwekkkkk.. :puke:



blankie yg baik hati, tolongla update sinopsis hikmah2 nie cam biasa yer..
pleaseee...:bodek:
Reply

Use magic Report

cikjenah This user has been deleted
Post time 13-10-2005 09:20 AM | Show all posts
haa update la tiap episod...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 09:41 AM | Show all posts
yela update ringkas2 aje pun tak pe...janji kitorg tahu mcmane cite nie..taklah terkilan sgt...please......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2005 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by blankie at 12-10-2005 11:16 PM
lagi gambar eva..



mula2 dulu punyalaa susah nak carik gambar minah ni.. skarang cam senang plak.. konpius ...



mcm muka rossie (awek pertama yg surya suka kat kolej, yg suka mencurik tue)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052411 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list