CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 33192|Reply: 27

Wayang Kulit

[Copy link]
Post time 6-10-2005 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Beberapa tahun yg lalu I ada buat kajian ttg wayang kulit.....

Wayang kulit ialah aktiviti di mana patung, objek atau bahan  digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca atau skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan.  Kita boleh menggunakan berbagai-bagai jenis patung yang melambangkan watak-watak tertentu.  Aktiviti ini menggunakan gerak-geri, patung, dan gambar.  Bunyi-bunyian boleh juga digunakan.

        Mengikut Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), wayang ialah patung dan lain-lain yang dibuat daripada kulit dan lain-lain untuk mempertunjukkan sesuatu cerita.  Patung-patung wayang kulit boleh berbentuk manusia, haiwan, dan objek-objek lain yang digeraklakonkan mengikut watak, situasi atau cerita tertentu.  Patung ini dapat dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.  Biasanya patung ini nipis dan berbentuk dua dimensi.  Pemain wayang kulit menggunakan dialog sesuai dengan watak patung berkenaan.  Suara latar, muzik, atau bunyi-bunyi tertentu diadakan bagi mengiringi pergerakan patung itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2005 10:41 AM | Show all posts
Wayang kulit boleh dimainkan atau dilakonkan oleh seorang atau beberapa orang pemain bergantung kepada keadaan, keperluan dan tujuan.  Dalam sesuatu persembahan wayang kulit terdapat pelbagai unsur kecindan, jenaka, peristiwa, watak, suspen, ketegangan, dialog, kesan bunyi, nyanyian dan sebagainya yang menghiburkan.

Wayang kulit adalah satu persembahan teater paling awal di kebanyakan negara Asia Tenggara.  Ia telah wujud di Kemboja sekurang-kurangnya seribu tahun yang lalu dan di Laos dan Thailand lebih daripada 500 tahun dahulu.  Wayang kulit ini mungkin telah wujud di Jawa sebelum kedatangan bangsawan Hindu pada awal era kristian dahulu.  Wayang kulit telah dipersembahkan di Semenanjung Malaysia sejak beberapa ratus tahun, tetapi ia kelihatan tidak dilaksanakan di Malaysia Timur atau di Brunei.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2005 10:42 AM | Show all posts
Terdapat perbezaan perkataan bagi istilah yang digunakan untuk mengenalkan wayang kulit di Malaysia dan di Indonesia.  Di Malaysia ia dikenali sebagai Wayang Kulit tetapi di Indonesia ia dikenali sebagai Wayang Purwa.  Bagaimana pun Wayang Kulit di Malaysia adalah berasal dari Indonesia.  

Jika terdapat kaitan di antara Wayang Kulit Melayu dan Jawa ia adalah secara tidak langsung dan mungkin telah disumbangkan oleh putera Khmer yang menjadi tawanan di Jawa, yang dikenali juga sebagai Jaya Varman II.  Beliau telah kembali dari Jawa ke Kemboja pada akhir abad ke 19.  Tidak mustahil apabila beliau menonton wayang kulit di Jawa, beliau merancang fom wayang kulit Kemboja, yang berlainan pada persembahan dan corak rekaan figuranya.  Seterusnya ia mengarah kepada asal usul wayang kulit Thai dan Melayu beberapa abad kemudian.

        Perkaitan yang penting di antara persembahan wayang kulit Khmer, Thai dan Melayu adalah Ramayana, epic Hindu yang yang sering menyumbangkan kebanyakan cerita-cerita untuk wayang kulit.  Sebaliknya penganjur wayang kulit Jawa dan Bali lebih suka kepada Mahabhrata, dengan berbagai-bagai Tuhan dan Hero.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2005 10:42 AM | Show all posts
Pada abad ke 19 wayang kulit Melayu mempersembahkan cerita Ramayana, telah membuat pertunjukan secara tetap di Patani, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak.  Pemain wayang kulit bergerak di bandar-bandar utara dijemput ke Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan sepanjang pantai timur Johor.  Kuala Langat District Officer, W.W Skeat menempah satu set 149 figura wayang kulit daripada pemain wayang kulit bergerak dari Kelantan yang mengadakan persembahan di daerah tersebut pada 1897.  Kemudian beliau menghadiahkan set tersebut kepada 慚useum of Archaelogy and Ethnology
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2005 10:43 AM | Show all posts
Pada masa sekarang ramai pemain wayang di Kelantan telah menggunakan teknik pengendalian wayang terbuka, dan membuat pertunjukan di dalam pagar yang bertutup, di mana penonton dikenakan sedikit bayaran untuk masuk.  Ini telah memastikan kesinambungan wujudnya wayang kulit di Kelantan, dan telah mendorong persaingan antara pemain wayang kulit.  Kadang kala ini memberi kesan kepada perubahan terhadap fom dan tempo bagi cerita tradisional dan inovasi bagi wayang kulit yang moden.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2005 10:44 AM | Show all posts
Asal-usul Wayang Kulit

        Wayang kulit sangat popular di rantau Asia Tenggara.  Terdapat berbagai bentuk dan jenis wayang kulit bergantung kepada suasana dan latar belakang masyarakat.  Wayang kulit telah wujud di Kemboja (Kampuchea) lebih 1000 tahun yang lalu.  Di Malaysia, wayang kulit mula diperkenalkan 300-400 tahun yang silam.  Mengikut catatan sejarah wayang kulit pernah dipersembahkan di perkarangan Istana Raja Melayu yang pertama memerintah negeri Kelantan 200 tahun dahulu.

          Wayang kulit yang tertua di Kemboja dan Thailand telah dipersembahkan oleh sekumpulan yang pandai bertindak pantas, berdiri bersebelahan, setiap seorang memegang sekumpulan kerektor Ramayana di atas kepala mereka.  Kerektor-kerektor tersebut lebih 4 kaki tinggi, dan menari secara melintang di belakang skrin yang berukuran 20 kaki panjang dan 8 kaki tinggi.  Persembahan ini mungkin satu kerja seni untuk menghibur Raja Khmer di Angkor pada abad ke 10 dan 11 selepas masehi.  

               Wayang kulit gergasi ini adalah untuk persembahan kerabat diraja, tetapi jenis yang lebih mudah dan kecil telah diadakan di Kemboja dan Thailand pada masa kemudian untuk hiburan masyarakat umum.  Figura yang dibuat daripada kulit lembu, mempersembahkan watak individu dari Ramayana dan jarang yang lebih daripada 2 kaki tinggi.  Figura ini dikendalikan oleh seorang atau lebih pemain patung duduk di atas platfom kayu di belakang skrin kain kapas yang lebih kecil.  Ini adalah fom persembahan yang biasa dilakukan di Semenanjung Malaysia, tetapi berlainan di Jawa.

        Walau bagaimana pun terdapat catatan bahawa pada tahun 1612, seorang raja perempuan Melayu di Patani di sebelah utara telah mempunyai kumpulan wayang kulitnya sendiri.  Wayang kulit Melayu menyerupai wayang kulit yang dimainkan oleh orang Khmer dan Thai tetapi berbeza daripada wayang kulit di Indonesia.

        Di Malaysia, cerita-cerita daripada Ramayana sering dimainkan.  Di Jawa dan Bali, kebanyakan cerita datangnya daripada Mahabharata, iaitu cerita tentang Raja Pandu dan lima orang puteranya.  Wayang kulit merupakan hiburan rakyat jelata pada masa dahulu.  Oleh kerana peredaran masa, wayang kulit Malaysia mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut selera dan kehendak masyarakat setempat.  Misalnya, pada patung-patung telah diwarnakan.

        Peninggalan pusaka kebudayaan Melayu ini mengandungi unsur-unsur yang berhubungkait dengan ketuhanan dan alam.  Patung-patung melambangkan hakikat manusia, manakala bayang-bayang patung yang tertera di kelir (layar) melambangkan manusia di alam nyata.  Wayangkulit pernah dijadikan alat pengajaran dan dakwah selama beberapa zaman oleh masyarakat peribumi.  Objek-objek dalam persembahan wayang kulit seperti dalang, muzik, pelita, dan panggungnya mempunyai makna-makna dan pengertian yangt tertentu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-10-2005 10:45 AM | Show all posts
Jenis-jenis Wayang Kulit

        Terdapat empat jenis wayang kulit di Semenanjung Malaysia:

1.        Wayang kulit Kelantan
Disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.  Dipercayai mempunyai pengaruh Petani di selatan Thai.  Paling popular di Kelantan.

2.        Wayang kulit Melayu
Disampaikan dalam bahasa Melayu.  Dipercayai mempunyai pengaruh Jawa.  Popular di negeri-negeri Pantai Timur

3.        Wayang Purwa
Disampaikan dalam bahasa Jawa dengan diselitkan bahasa Melayu tempatan.  Didapati di bahagian selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.  Popular di negeri Johor .

4.        Wayang Gedek
Disampaikan dalam bahasa Thai dan bahasa Melayu tempatan.  Dipercayai mempunyai pengaruh Nang Talung dari Thai Selatan.  Popular di negeri Kedah dan Perlis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2005 10:46 AM | Show all posts
Proses Pembuatan Patung Wayang Kulit

Bahan

Kulit untuk membuat patung dibeli daripada penjual daging tempatan.  Kulit lembu jantan adalah yang paling sesuai.  Walau bagaimana pun kulit lembu betina sering digunakan untuk patung kecil.  Kulit kerbau dan kulit kambing tidak sesuai dibuat patung kerana kulit kerbau adalah terlalu tebal dan berat manakala kulit kambing adalah terlalu nipis.

Proses penyediaan patung.

1.        Belulang lembu dibuang segala darah dan lemak, lalu direndam selama tiga hari supaya kulit menjadi lembut.

2.        Kulit diregang dan dijemur sehingga kering.  Apabila kulit telah mengeras, bulunya dikikis.

3.        Kulit kemudiannya direndam selama sehari lagi sebelum dijemur semula supaya tegang dan kering bagi memudahkan kerja-kerja peneraan.

4.        Bentuk watak ditera di atas permukaan kulit.

5.        Kulit dipahat sehingga menjadi patung.

6.        Untuk mendapatkan corak yang menarik, patung diliputi dengan tebukan-tebukan halus yang berbentuk lubang-lubang kecil, bintang, sisik kelah, gigi yu, dan kuntuman bunga.

7.        Setelah siap, patung akan dipasang dengan tulang pemacak, yang diperbuat daripada kayu dan rotan halus yang telah dibelah dua bagi memudahkan pergerakannya bila ditayang pada kelir kain putih.

8.        Tali tangsi atau benang digunakan sebagai pengikat kayu dan rotan dengan kulit patung itu.

9.        Kebanyakan patung wayang kulit hanya mempunyai sebelah tangan sahaja yang bergerak dan tangan ini disendikan di bahagian bahu dan siku dengan simpulan benang.

10.        Proses membuat dan menyiapkan sesebuah patung mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari, bergantung kepada jenis kulit yang digunakan .

[ Last edited by fleurzsa at 6-10-2005 10:50 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2005 10:47 AM | Show all posts
Proses mewarna patung

1.        Watak Seri Rama biasanya diwarnakan hijau.

2.        Adik Seri Rama iaitu Laksamana diwarnakan merah.

3.        Muka Siti Dewi berwarna buluh gading.

4.        Hanuman diwarnakan merah atau putih.  Bulunya sentiasa putih.

5.        Raja raksasa berwarna ungu atau merah padam.

6.        Pak Dogol dan Wak Long (pelawak-pelawak utama) mempunyai kulit hitam serta seluar hitam tidak bercorak.

7.        Semua watak diberi pakaian corak batik.

8.        Bahagian-bahagian yang tidak berpakaian seperti muka, leher, lengan, tangan, betis, dan kaki biasanya dibiarkan licin tanpa cat.

[ Last edited by fleurzsa at 6-10-2005 10:49 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2005 10:48 AM | Show all posts
Jenis Cerita

1.        Cerita tradisional
a)        Canang Kelanang
b)        Sri Rama (cerita Hindu yang setua 2000 tahun)
c)        Nasi Dingin
d)        Hanuman Lima
e)        Kursi Serawi

2.        Cerita moden
a)        Indera Kamar Yatim
b)        Yatim Berdap
c)        Malik Abdul Rahim

Watak-watak Yang Masyhur

1.        Putera Rama (Sri Rama)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2005 10:51 AM | Show all posts
Tokoh Penting

1.        Tok Dalang Awang Lah
Tokoh dalang yang paling masyhur di negeri Kelantan.  Meninggal dunia pada tahun 1974.  Memandang wayang sebagai alat penghantar pendidikan umum, rakaman sejarah, ilmu zahir dan batin dalam sumber kuasa.

2.        Tok Dalang Hamzah bin Awang Amat
Dalang wayang kulit yang terkenal di Malaysia.  Berasal dari Kota Baru, Kelantan dan adalah murid kepada Tok awang Lah.  Telah mengadakan persembahan wayang kulit di beberapa ibu negara Eropah Barat pada tahun 1971 dan ke Amerika Syarikat pada tahun 1973 atas anjuran UNESCO.

3.        Tok Dalang Abdullah bin Ibrahim
Lebih dikenali sebagai Dollah baju merah.  Berasal dari Kampung Demik, Lundang, Kota Baru, Kelantan.  Seorang dalang yang buta huruf tetapi jasa beliau dalam bidang hiburan rakyat amat dihormati.

4.        Tok Dalang Abdul Majid
Berasal dari negeri Kedah.  Mahir dalam persembahan Wayang Kulit Gedek dalam loghat Kedah.

5.        Tok Dalang Wak Margona
Berasal dari Johor.  Mahir dalam persembahan wayang kulit dalam bahasa Jawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2005 10:52 AM | Show all posts
Fungsi wayang kuit sebagai media pengajaran pada masa dahulu, kini telah mula dilupakan.  Hanya dalang-dalang tua sahaja yng masih mengamalkannya.  Dengan perubahan zaman, sebahagian besar daripada ilmu-ilmu yang diperturunkan melalui wayang kulit tidak lagi sesuai dengan keperluan semasa.

        Akibat daripada perkembangan teknologi pendidikan, wayang kulit telah kehilangan fungsi-fungsi tertentu.  Pada masa sekarang, wayang kulit hanya mempunyai fungsi kesenian sahaja.  Kepopularan wayang kulit sebagai sejenis hiburan di kalangan masyarakat luar bandar kini telah semakin merosot.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 05:39 PM | Show all posts

Wayang Kulit

Sejahtera atas kamu

Tak tahu lah sesuai ke tak kat sini, tapi aku dah post kat Tourist punya board tapi tak de respon...

Kawan aku dari Australia nak datang KL dan dia nak tengok Wayang Kulit secara live. Korang tahu tak mana mana tempat kat area Lembah Kelang yang ada buat live show Wayang Kulit?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2005 11:05 PM | Show all posts
Salam,

Mungkin ada di festival  kebudayaan berikut:

Ethnic Cultural Festival
Date : Nov 10 - 11 2005
Venue :
Organiser : Selangor Tourism Action Council
Category : Arts and Culture

Cultural Ethnic Festival
Date : Nov 10, 2005
Venue : University of Malaya, Petaling Jaya
Organiser : Selangor Tourism Action Council
Category : Carnival
Tel: 03- 5511 1122
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2005 11:09 PM | Show all posts
Atau boleh rujuk pd head office Tourism Malaysia

17th Floor, Menara Dato' Onn, Putra World Trade Centre,
45, Jln Tun Ismail, 50695 Kuala Lumpur

Tel: 03-2615 8188

email: [email protected]

website: www.tourismmalaysia.gov.my
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 10-10-2005 11:09 PM
Atau boleh rujuk pd head office Tourism Malaysia

17th Floor, Menara Dato' Onn, Putra World Trade Centre,
45, Jln Tun Ismail, 50695 Kuala Lumpur

Tel: 03-2615 8188

email: [email]enquiries@t ...


Ini jawapan yang aku dapat dari enquiries

Tuan,
      Salam.........
      Minta ma'af ; pertunjukan wayang kulit hanya terdapat di negeri Kelantan.
      Tetapi pertunjukan kebudayaan Malaysia  seperti teater Melayu ada ditaja diKuala Lumpur.
      Sekian.Harap maklum
      kathleen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2005 10:21 PM | Show all posts
Originally posted by tegang_berbisa at 11-10-2005 04:10 PM
Ini jawapan yang aku dapat dari enquiries
Tuan,
      Salam.........
      Minta ma'af ; pertunjukan wayang kulit hanya terdapat di negeri Kelantan.
      Tetapi pertunjukan kebudayaan Ma ...


U bawa la jln2 ke Kelantan atau Kedah

Kedah ada wayang gedek.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2005 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by tegang_berbisa at 11-10-2005 04:10 PM


Ini jawapan yang aku dapat dari enquiries

Tuan,
      Salam.........
      Minta ma'af ; pertunjukan wayang kulit hanya terdapat di negeri Kelantan.
      Tetapi pertunjukan kebudayaan Ma ...



aku rasa aku kena betulkan sikit.

Ada pertunjukan wayang kulit kelantan di KL tapi bermusim. Contohnya seperti waktu Citrawarna atau sebarang festival budaya. Di akademi seni kebangsaan kadang kala dia orang main jugak tapi memang tak aktif dan tak serancak di kelantan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2005 10:46 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 6-10-2005 10:51 AM
Tokoh Penting

1.        Tok Dalang Awang Lah
Tokoh dalang yang paling masyhur di negeri Kelantan.  Meninggal dunia pada tahun 1974.  Memandang wayang sebagai alat penghantar pendidikan umum, rakaman s ...




sekadar nak share the info ...

Tok dalang Hamzah Awang Amat meninggal dunia pada 2001 Januari kalau tak silap 1 Januari 2001 dan Dollah baju merah baru meninggal dunia baru-baru ni ... tahun ni jugak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2006 10:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.062866 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list