CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60515|Reply: 408

Pengalaman manis seorang guru...

[Copy link]
Post time 23-9-2005 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Semua org ada pengalaman manis. IM nak citer pengalaman manis/kelako bagi IM.

Utk mengajar mp Perdagangan, memang tak susah. Citer jer pasal bisnes yang mudah kita lihat disekeliling dan berikan contoh pada bebudak.

Tapi bila mp Ekonomi, agak sukar sket nak ajau pada budak yang zero knowledge. Puas IM bercerita. IM cuba sedaya upaya bewrikan contoh2 yang mudah utk mereka paham.
Utk intro ekonomi, takes one whole period utk im explain.

Satu hari, masuk ler topik tentang masalah2 dalam unit ekonomi. Iaitu kekurangan, pilihan dan kos. Setelah puas IM explain gunakan bahasa ekonomi, im eksplain guna bahasa biasa.

IM pun bagik contoh gigiler agar budak2 agar tak ngantuk. Camni cara IM terangkan:

'kalau awak ada 2 awek dan family awek dah letak berapa banyak awak pelu ada utk buat hantaran, awak akan hadapi masalah. Masalah KEKURANGAN dari segi wang. Bila kekiurangan berlaku, awak perlu buat PILIHAN sama ada awak pilih awek A atau awek B. Bila keputusan dah buaattt....katalah awak pilih awek A. Maka, KOS LEPAS ialah awek B. Paham tak? Meng pak mo (bahasa cina maksudnya paham tak?). Dia org gelak kata 'meng pak...meng pak....(maksudnya paham lo)'.

So, im pun hepi....

Tadi, kuar soklan percubaan SPM. Kbtln kuar soklan tentang masalah unit ekonomi....Satu malaun pegi jawab, serupa macam yang im terangkan di atas!!!!!!!!!!!!!.....

Mak oooooiiiiii.....sakitnya jiwa IM!!!!!!!!!!!!!!!1........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2005 02:42 PM | Show all posts
hem.. hebat jugak yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2005 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by adlismel at 23-9-2005 02:42 PM
hem.. hebat jugak yer...


apa yang hebat?
contoh yang im beri ker?
tu pun tak berkesannnn!!!!!camno?....
Reply

Use magic Report

wayin This user has been deleted
Post time 25-9-2005 12:56 PM | Show all posts

pengajian ert

Originally posted by intan_mahsuri at 23-9-2005 02:08 PM
Semua org ada pengalaman manis. IM nak citer pengalaman manis/kelako bagi IM.

Utk mengajar mp Perdagangan, memang tak susah. Citer jer pasal bisnes yang mudah kita lihat disekeliling dan berikan ...




Hi IM

IM tahu tak , samada ERT di ahar di Sek Men vokasional saje ke ? atau sek. akademik ?
atau kedua-dua sekali ?


Terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2005 08:46 AM | Show all posts
ish kenapa tajuk kenangan manis ni takde sangat org reply
kalau kenangan pahit ker kenangan kurang ajar ker
laju jekkkkk
berduyun duyun
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 10:15 PM | Show all posts
Takda yang lebih manis bila.....

Hari keputusan peperiksaan keluar... pelajar datang kepada saya dan mengucapkan terima kasih diatas setiap dorongan dan kata semangat sehingga mendapat keputusan yang baik..

SPM lepas... ada seorang pelajar saya mendapat keputusan 6C untuk matapelajaran yg saya ajar... dier datang kepada saya dan kata :

'Cikgu maafkan saya kerana saya cuma dapat C6' tersentuh betul hati saya sebab dier memang sudah berusaha sehingga ke saat akhir

Wajah-wajah pelajar yang saya ajat sejak Tingkatan 1...dan melihat sendiri mereka membesar di depan mata... perubahan diri dalam meniti usia remaja... sangat menyentuh jiwa saya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2005 07:37 PM | Show all posts
Originally posted by intan_mahsuri at 23-9-2005 02:08 PM
Semua org ada pengalaman manis. IM nak citer pengalaman manis/kelako bagi IM.

Utk mengajar mp Perdagangan, memang tak susah. Citer jer pasal bisnes yang mudah kita lihat disekeliling dan berikan ...


tahniah arr .. anda bukan je creative .. tetapi creative menjahanamkan otak bebudak tu ... ko pegi galakkan pergaulan bebas bak peeee????
bila ko kata pilihan awek .. directt ngajar bebudak tu .. terutama dak lelaki supaya ade ramai awek .. pastu ... suuh la plak bebudak tu lepaskan awek yang tak guna ... tak cukup ngan tu .. secara tidak langsung .. mesej yang awak sampaikan .. its ok to have an awek .. dan Islam .. pergaulan bebas lelaki perempuan yang bukan muhrim adalah HARAM... err hang tak pena belajar agama kaa?
Reply

Use magic Report

maria_meena This user has been deleted
Post time 3-10-2005 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 30-9-2005 07:37 PM


tahniah arr .. anda bukan je creative .. tetapi creative menjahanamkan otak bebudak tu ... ko pegi galakkan pergaulan bebas bak peeee????
bila ko kata pilihan awek .. directt ngajar bebudak tu ...


fuiyooooooooo...jawab..jangan tak jawab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2005 05:56 AM | Show all posts
MENJAHANAMKAN DUIT RAKYAT
Reply

Use magic Report

BALAKTIMUR This user has been deleted
Post time 19-10-2005 01:53 AM | Show all posts
Originally posted by wayin at 25-9-2005 12:56 PM




Hi IM

IM tahu tak , samada ERT di ahar di Sek Men vokasional saje ke ? atau sek. akademik ?
atau kedua-dua sekali ?


Terima kasih..


tolong jawab.. heheh

ert ni di ajar kat sek men biasa.. kat sek. teknik tak ada melain kan.. kalau yg ada kos perdagangan dan ekonomi.. rata2 sek teknik bnyk teknikal jer..


ert ni di ajak kat sek men biasa dalam mata pel kemahiran idup...1-3.... hehe pengalaman laa

dari bekal pel
hahaha

tul ker.. rasa tull
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 09:21 PM | Show all posts
Bila tgk member aku tanda kertas xm bebudak dia... nk gelak ada, nk marah pun ada ngan bebudak nih!
Sometimes mmg tak baik ckp bebudak kampung nih kureng skit dr bebudak bandar tp itulah hakikatnya.
Menjwb berdasarkan pengalaman.

Soalan Sains...

(Bunyinya lbh kurang cam ni)

Mcm mna nk tau bumi nih bulat?
Jawapan... Saya akan bertanya kpd guru.

Mengapa kelapa gugur ke tanah?
Jawapan... Sbb ditebuk tupai.

Hihihi... :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by Tenko at 28-10-2005 09:21 PM
Bila tgk member aku tanda kertas xm bebudak dia... nk gelak ada, nk marah pun ada ngan bebudak nih!
Sometimes mmg tak baik ckp bebudak kampung nih kureng sk ...


nampak sangat kegagalan guru2 kat kg ... ni mesti sama ade sibuk memancing ... atau .. berpersatuan .... so obvious anak murid tak ambik serius ... dan selalu bende2 cam ni berkadar terus ngan ketidakseriusan guru mengajar
Reply

Use magic Report

lenori This user has been deleted
Post time 29-10-2005 12:13 AM | Show all posts
ntah la. klu guru tu cuba nak buat terbaik,tp student malas je.. payah jugak. tp penah i dengar sorang guru ni, dia marking paper awal tahun, lepas tu, everytime ujian atau exam, markah semua student tak ubah pun.. exactly the same.. bayangkan tengok kat report kad tu sama je markah dari awal tahun hingga akhir tahun.. ntah la,guru tu bukan guru kpli dan bukannya guru baru. dah jadi guru sejak 10 thn lepas.. nak jadi aper student [d guru2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2005 12:30 PM | Show all posts
sy sempat jadi cikgu ganti sebulan....ngajar kimia form5 n form4 kat mrsm..i had no teaching experience,so rasa cuak gak la nak ngajar budak2 nih.tapi rupa2nya sronok lak jadi cikgu...maybe sebab budak2 yang sy ajar ni baik2+respect cikgu+slalu bagi feedback positive...so i didnt hv any difficulties in class.
sempat gak la mark paper kimia budak form4...ada soklan nih suruh nyatakan bahan2 danradas2 yang digunakan dlm eksperimen.salah satu jawapannya patut "paku besi"...ada budak ni tulis "paku pakis"...adoii la....:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2005 08:18 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 28-10-2005 10:27 PM


nampak sangat kegagalan guru2 kat kg ... ni mesti sama ade sibuk memancing ... atau .. berpersatuan .... so obvious anak murid tak ambik serius ... dan selalu bende2 cam ni berkadar terus ngan  ...

Ko nih kelakar la!
Aku suka!
Hihihi...:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2005 09:36 PM | Show all posts
funny eh? wait till i cut your throat .. and at that time .. lets think again .. whether i making fun of you
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2005 07:38 AM | Show all posts
Originally posted by lenori at 29-10-2005 12:13 AM
ntah la. klu guru tu cuba nak buat terbaik,tp student malas je.. payah jugak. tp penah i dengar sorang guru ni, dia marking paper awal tahun, lepas tu, everytime ujian atau exam, markah semua stude ...


Kat sekolah aku ada sorang camtu.. puncanya kerana guru besar tak tegas sangat.. kalu aku ada kuasa aku dah pecat dah guru ni. atau tukar ke sekolah lain. bayangkan.. kelas pun tak masuk.. markah ujian ada.. tp kertas tak pernah bertanda.. kesian ngan budak2 dia ni..



Akhirnya sesi persekolahan sesi 2005 telah menutup tirai semalam

Sedih lak rasa bile terpaksa berpisah ngan anak2 murid yang semakin rapat (darjah 6).. tak sangka.. sekejap je rasa tahun ni berlalu... tadi sebelum balik sekolah.. ada majlis perpisahan dan bersalaman antara semua murid dan guru... ada jugak budak2 tahun 6 yang menangis kernaa itulah kali terakhir mereka akan bergelar sebaagai murid sekolah menengah... diitambah pulak dengan bacaan selawat semaasa majlis bersalaman tu...

banyak kenangan manis yang aku boleh tahun ni.. tahun pertama aku bergelar sebagai seorang guru tetap.. bila lihat pencapaian mereka dari semasa ke semasa. satu kepuasan dapat di rasai.. arapa2 keputusan UPSR yang akan kuar lepas raya ni.. semua budak2 aku akan boleh kejayaan cemerlang...

Lepas tu yang lagi best. aku antara guru yang boleh paling banyak kad raya dari budak2 tahun 6.. ingat jugak mereka kat aku.. last2. sebab tak sempat nak beli kad raya. aku buat sendiri n print... dpt la balas semua kad raya tu...

Bile lihat budak2 tahun 6 ni melangkah kuar dari pintu pagar sekolah tadi.. ada satu perasaan sayu dalam hati aku.. rsa mereka dah besar dah. dan tah bile dpt jumpa kembali mereka.. dan arap mereka dapat mengekalkan displin di sekolah menengah nanti..

sebab aku dah nampak beebrapa org budak yang maybe akan jadi rosak di sekolah menengah nanti jika terpengaruh ngan kawan2.. kalu seolah rendah ni. mmg terkawal lagi... tahla. arap mereka semua berjaya...

Cuti 2 bulan.. tp sekolah aku awal bulan 12 dah mulakan kelas utk tahun 6 2006.. bagus gak. boring gak cuti lama2..


Hanya orang yang pernah bergelar sebagai guru yang dapat mengetahui bagaimana kemanisan dan kepuasan yang akan diperolehi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2005 02:50 PM | Show all posts
tah arr .. aku rasa aku leh merasai ape ko kata ... melihat bebudak membesar adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai ... kepada insan yang terlibat "membentuk" bebudak tu ...guru2 yang mempunyai passionate yg tinggi terhadap profesion ini akan merasai camna tuahayam merasai .... ghee .. jealous gak .. tapi syukur gak sbb x terlibat di dalam pembentukan insan ni .. besar tanggungjawabnyer terutama bila gagal membawak bebudak yg off track kepada jalan sepatutnya ... aku ngan yang lain cuma melihat dan berharap .. lagi ramai guru yang komited ngan benar2 passionate intimate ngan kerjaya guru ... seronok jadi guru .. walau beban kerja teruk .. tetapi profesion perguruan adalah profesion yang unik ... kerana melibatkan semua aspek ... dan di akhir usia ... pasti melihat .. gambar2 atau potret2 yang guru2 lukis .. adalah lukisan yang indah ... atau hanya menyakitkan mata ...

student comes student goes .... and still the challenges are different ... each and every year
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2005 07:12 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 31-10-2005 09:36 PM
funny eh? wait till i cut your throat .. and at that time .. lets think again .. whether i making fun of you

Lg aku suka!:love:
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2005 09:36 PM | Show all posts
tp satu aku perhatikan ...

kalu budak2 kelas pandai ni.. cam malu sikit ngan cikgu.. lagi satu kalu mintak tolong susah skit.
tp budak2 kelas belakang ni... leh diarap sikit utk keje2 berat. contoh cam suruh angkat barang ke apa ke.. lagi satu setiap kali aku masuk kelas.. aku akan tekankan yang pertama. masa diorg bagi salam ke aku.. aku hanya benarkan mereka bagi salam setelah semuanya berdiri dan bersedia.. sbb aku perhatikan. sebelum ni.. kalu nak bagi salam. budak2 ni ambik mudah je.. ada yang bangun ada yang tidak.. sbb salam tu ibarat kita mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain...kalu mende tu pun tak ambil berat.. camne proses pengajran nak berjalan ngan lancar...


Tapi aku sedihla.. kalu masa sekolah rendah.. perangai elok je. tapi bila naik je sekolah menengah perangai pelajar banyak berubah.. akibat pengaruh kawan dan persekitaran...

tingkatan satu dah mula pandai hisap rokok.. konon2 tu macho la. padahal mintak duit pun ngan mak ayah lagi...

seminggu sebelum bulan ramadahn.. sekolah aku ada buat program perkhemahan utk budak2 tahun6. diwajibkan... dan pada malam pertama. kitaorg panggil penceramah dari luar...
dan tak sangka malam tu.. hampir 90 % murid menangis.. mmg benar2 insaf malam tu bile penceramah itu bercerita pasal jasa ibu bapa dan guru... pada malam tu.. kita leh lihat betapa jernihnya muka setiap budak.. yang paling nakal pun leh menangis. tak sangka tul..

dan aku selepas itu selalu berpesan kepada anak murid aku.. jangan la lupa janji mereka kepada diri sendiri pada malam itu.. janji utk berbakti kepada ibu bapa... utk menjadi anak2 yang berguna...

dan bukannya anak2 yang membebankan ibu bapa pada masa depan.. aku arap ingatan itu akan kekal di benak fikiran mereka..

betullah kata org.. guru ibarat ibu bapa di sekolah... selain mak ayah kandung. guru juga yang mencorakkan peribadi murid.. tp malangnya guru tiada kuasa utk melarang kesalahan yang dilakukan sebaik sahaja melangkah kuar dari kawasan sekolah.. tanggungjawab yang patut di ambil semula oelh mak ayah...

dan satu pesan yang selalu aku bagi ke mereka..

     Walau siapa pun kita,
      Walau sehebat manapun ilmu kita,
        Walau setinggi mana pun kelulusan kita,
                Tiada guna tanpa restu ibu bapa dan guru.......



tahun 2005. aku masih dalam proses mbelajar dan memehartikan corak bekerja di sekolah... tahun 2006. insyallah aku dah reti dan akan sanggup memikul lebih banyak jawatan di sekolah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.195054 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list