|
ada aku baca dalam satu buku,
dia kata qarin nih kembar kita , tapi dia nih jin. |
|
|
|
|
|
|
|
qarin?? qarin tu apa?? aku x penah dgr pun pkataan tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
qarin yg ssnake kata tu mgkin jin
tapi ada gak qarin penah jd hantu tp org suka
Maya Karin
he9x, lwk hari merdeka |
|
|
|
|
|
|
Uda_N_Dara This user has been deleted
|
Originally posted by alexandria_iz at 31-8-2005 01:41 PM
qarin?? qarin tu apa?? aku x penah dgr pun pkataan tu....
Kata ngaji kat alex, egypt tu?
Takkan tak tahu perkataan Qarin. Dia wujud bersama kelahiran kita. Dan akan meninggalkan kita setelah kita meninggal dunia.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah hird baru dengar pasal nih.......boleh sapa2 terangkan pasal qarin nih..........
hird memang tak tau.........malunya |
|
|
|
|
|
|
|
sapa lak kata aku ngaji kat alex, egypt?? setau aku, x pernah lak aku ngaku aku belajo kat sana.... pegi sana pun x pernah.... hehehehehe....
mmg laa aku guna id: alexandria_iz..... tapi x laa bmaksud aku ada kena mengena ngan alexandria, egypt.....
by d way, apa bendanyer qarin tu? wujud bersama kelahiran & akan tinggalkan kita setelah kita mati?? honestly... i dun know.... sesapa bole bagi explanation pasal qarin nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi;
(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).
Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: Inilah (Kitab catatan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan).
(Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam Neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya.
Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran,
Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya.
(Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong.
(Qaaf: 21-27) |
|
|
|
|
|
|
|
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
Sehingga apabila dia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah dia (kepada Syaitannya): Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman.
(Lalu dikatakan kepada mereka): Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab.
(Az Zukhruf: 36-39) |
|
|
|
|
|
|
|
Qarin (pendamping) kita ada 2, satu jin satu lagi malaikat. Jin mengajak kejahatan, malaikat mengajak kebaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
oooooo..... baru laaa ku tau..... thks mod |
|
|
|
|
|
|
|
mod, aku nak bg suggestion skit bole x??
aku perati ko & kawan2 lain selalu gunakan terjemahan ayat2 quran dlm posting2 ko..... very good..... honestly, aku suka tgk org2 mcm ko.... setiap apa yg ko posting, ko akan tunjukkan bukti dr quran..... x suma org bole buat camtu....
tp.... bole x selepas tiap2 terjemahan tu - ko explain dlm bhs yg mudah? kiranyer guna ayat yg aku bole paham laaa..... maklum laa, aku nie lembab sikit.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
saya mengakui keterangan dr saudara mod
cuma pada 1 malaikat tu.....
dan keterangan qarin - jenis syaitan
sebab FIRMANNYA; SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU ADALAH SEGOLONGAN DARI JIN
dan sedangkan jin itu tak semuanya kufur
nanti saya cuba cari dalilnya
FIRMANNYA: SESUNGGUHNYA KAMU DIJADIKAN BERPASANG-PASANGAN
DARI APA YANG KAMU KETAHUI DAN APA YANG TAK KAMU KETAHUI |
|
|
|
|
|
|
|
Maklumat yg saya ada begini.
Di sana ada Khaliq (Pencipta) iaitu Allah dan makhluk (yg Allah ciptakan) iaitu manusia, malaikat, jin, haiwan, tumbuhan dan benda2 mcm bukit bukau, udara, cahaya dan yg sewaktu dgnnya. Yg mukallaf dua golongan saja, iaitu manusia dan jin. Manusia ada mcm2, Jin pun sama. Dlm ramai2 Jin ada bunian, iblis, syaitan, hantu [pelesit, toyol, polong, pocong, hantu raya, hantu bungkus, langsuir, pontianak, vampire, hantu galah dll yg sewaktu dgnnya] dan termasuk juga Qarin. Qarin ni sebenarnya Jin yg Allah ciptakan sebaik kita dilahirkan tapi apabila kita mati, Qarin ni tak mati. Ia ada kat bumi ni. Dia lah sebenarnya yang muncul dan berupa dlm kes-kes tertentu yang melibatkan org yg dah mati, yg kita panggil ruh org mati dsbnya. Kita ada terbaca dlm mastika dll cerita2 x-files contohnya ada org nampak hantu Abraham Lincoln lah, P Ramlee lah dll. Kita juga pernah dgr ttg upacara memanggil ruh yg popular di kalangan matsaleh tu dsbnya. Sebenarnya yg kita nampak atau yg datang bila kita panggil tu adalah Qarin, bukan ruh sebab ruh bila dah tercabut dari badan, ia ke alam barzakh dan tidak akan kembali lagi. Kalau dia boleh kembali maknanya dia boleh lari dari azab kubur sekiranya dia roh org kafir... mana boleh lari mcm tu... kalau boleh dtg dunia kejap ramailah yg keluar tak balik2 heh heh
Apa yg saya sebut di atas antara maklumat2 yg saya ingat2 lupa yg saya dengar dari kaset Dr. Harun Din dulu ... dah lama dah.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
bolabola This user has been deleted
|
Dari Ustaz Ismail Kamus, dikatakan bahawa setiap manusia ini mempunyai pendamping yakni jin yang dipanggil Qarin. Tiada manusia yang terlepas daripadanya.
Qarin ini kafir dan menjadi tugas manusia untuk mengimbanginya. Qarin umpama bisikan jahat yang mengajak kepada perkara kejahatan dan di situlah tugas manusia untuk melawan agar tidak terpengaruh dengan bisikan itu.
Ada 2 manusia berjumpa dan kelihatan qarin mereka berbual, yang mana satu darinya sangat kurus dan satunya gemuk. "Kenapa kau boleh jadi sampai macam ni?" tanya si gemuk pd kurus... Jawab si kurus" Manusia ini tidak mendengar kata2ku. Setiap kali makan, masuk rumah atau buat pekerjaan dia senantiasa mengucapkan Kalimah Bismillah, hatinya berzikir dan juga mengamalkan membaca Al Quran. Lama kelamaan aku pun tiada daya menariknya hinggakan badanku susut sebegini" jawab si kurus. Dengan lagak sombongnya si gemuk" Aku bisa mengarahkan manusia ini mengikut kehendakku. Jadinya aku sentiasa sihat dengan manusia sebegini yang lama kelamaan selalu menuruti kataku dan mudah dipengaruhi kejahatan ku..."
Di sinilah peranan manusia untuk mengIslamkan qarin kita agar kita tidak terpesong dan terpedaya dgnnya. Beramal sentiasa dan menjauhkan diri dr kejahatan adalah cara umum yang terbaik untuk dilakukan, dengan kaedah masing2 untuk melakukannya... Diriwayatkan Nabi Muhammad s.a.w turut mempunyai qarin kafir tapi telah pun diIslamkan...
Kesimpulannya adalah kadang2 kita rasa ada pendamping dgn kita. itu adalah qarin sendiri, yang mana kita kena berhati2 agar tidak taksub atau terseleweng tafsir yang boleh membawa kepada syirik dan tahyul...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bolabola at 2-9-2005 06:01 PM
Ada 2 manusia berjumpa dan kelihatan qarin mereka berbual, yang mana satu darinya sangat kurus dan satunya gemuk. "Kenapa kau boleh jadi sampai macam ni?" tanya si gemuk pd kurus... Jawab si kurus" Manusia ini tidak mendengar kata2ku. Setiap kali makan, masuk rumah atau buat pekerjaan dia senantiasa mengucapkan Kalimah Bismillah, hatinya berzikir dan juga mengamalkan membaca Al Quran. Lama kelamaan aku pun tiada daya menariknya hinggakan badanku susut sebegini" jawab si kurus. Dengan lagak sombongnya si gemuk" Aku bisa mengarahkan manusia ini mengikut kehendakku. Jadinya aku sentiasa sihat dengan manusia sebegini yang lama kelamaan selalu menuruti kataku dan mudah dipengaruhi kejahatan ku..."
mmmm... yg kisah nie, aku penah dgr.... tapi.... yg aku dgr - makhluk yg berbual tu ialah syaitan..... (kalo x silap aku laaa)
kalo camtu.... qarin nie - istilah lain dia 'syaitan' ke??
sori laa tanya banyak kali... aku mmg baru dgr pasal qarin nih..... |
|
|
|
|
|
|
|
haaa aaahhh lah..qarin tuh ala2 movie orang putih ke yang devil disebelah kiri an angel sebelah kanan??
hird masih tak paham lah....tak puas hati lagi nih |
|
|
|
|
|
|
|
salam buat semua
Sabda Nabi: TIDAKLAH SEORANG DARI KAMU (LAHIR KEDUNIA) MELAINKAN DIA TELAH DITEMANI DENGAN SEORANG KAWAN DARIPADA JIN DAN SEORANG KAWAN DARI KALANGAN MALAIKAT
LALU SAHABAT BERTANYA: ADAKAH ENGKAU JUGA WAHAI RASULLULLAH
BAGINDA MENJAWAB:DAN SAYA PUN
AKAN TETAPI ALLAH MENOLONG SAYA DARIPADA GANGGUANNYA
MAKA TIDAKLAH IA MENDORONG SAYA, KECUALI KEPADA KEBAIKAN
SABDANYA:SESUNGGUHNYA TIDAK ADA SEORANG DARI MANUSIA MELAINKAN DIKEMBARI ALLAH
DENGAN TEMAN(QARIN) DARI GOLONGAN JIN
FIRMAN TUHAN: DAN DEMIKIANLAH KAMI JADIKAN BAGI SETIAP NABI ITU MUSUH DARI JENIS MANUSIA DAN JIN,
SEBAHAGIAN DARIPADA MEREKA MEMBISIKKAN KEPADA YANG LAIN
PERKATAAN YANG INDAH-INDAH UNTUK MENIPU
FIRMAN TUHAN: SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU ADALAH SEGOLONGAN DARI JIN
FIRMANNYA LAGI: DAN SESUNGGUHNYA DI ANTARA KAMI(BANGSA JIN) ADA ORANG-ORANG YANG SALIH
DAN DI ANTARA KAMI ADA PULA YANG TIDAK DEMIKIAN.
ADALAH KAMI MENEMPUH JALAN YANG BERBEZA
FIRMANNYA LAGI: DAN INGATLAH KETIKA KAMI HADAPKAN SEROMBONGAN JIN KEPADAMU YANG
MENDENGARKAN AL QURAN, MAKA TAKKALA MEREKA HADIR, MEREKA BERKATA DIAMLAH KAMU.
MAKA TAKKALA SELESAI MEREKA PUN KEMBALI KEPADA KAUM MEREKA UNTUK MEMBERI PERINGATAN
FIRMANNYA LAGI: DAN KETIKA KAMI BERFIRMAN KEPADA PARA MALAIKAT:
SUJUDLAH KAMU KEPADA ADAM, MAKA SUJUDLAH MEREKA KECUALI IBLIS.
DIA ADALAH DARI GOLINGAN JIN, MAKA IA MENDERHAKA KEPADA PERINTAH TUHANNYA.
PATUTKAH KAMU MENGAMBIL DIA DAN TURUN-TEMURUNNYA SEBAGAI PEMIMPIN SELAIN DARIPADAKU,
SEDANGKAN MEREKA ADALAH MUSUHMU?
AMAT BURUKLAH PENGGANTI (ALLAH) BAGI MEREKA YANG ZALIM
(utk renungan: iblis dan keturunannya.....)
DAN FIRMANNYA LAGI: SESUNGGUHNYA SEGOLONGAN MANUSIA LELAKI MENGAMBIL SEGOLONGAN
JIN LELAKI SEBAGAI PEMBANTU, BAHKAN JIN ITU MENYESATKAN MEREKA LAGI
semoga kita sekalian mendapat RAHMAT |
|
|
|
|
|
|
|
QARIN @ KEMBAR SEMASA LAHIR
assalamualaikum... ada tak sesiapa pernah dengar tentang qarin atau kembar setiap manusia... ada seorang kawan bagitau saya, setiap orang ada qarinnya, ada qrin yang islam dan ada qarin yang bukan islam... ada sesiapa tahu tak tentang ni, boleh kita kongsi ilmu...
betulke qarin tu wujud dan apa kesannya keatas kehidupan kita (dari segi rohaniah)...
maaf kalau dah ada topic nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni jin pendamping ke? jin pendamping ni memang boleh jadi islam atau kafir.
Kalau pasal kembar tu, dalam ilmu kebatinan silat ni ada tapi bukan panggil qarin. tak tau ler benda apa sebenarnya tu, saya rasa jin ler agaknya. tapi setengah tok guru silat kata kembar tu macam uri kita masa kita dilahirkan dulu ler (contoh nya). yg tak lojiknya, macamana ada setengah ilmu kebatinan tu boleh panggil sedara kembar kita meh tolong buat benda utk kita? |
|
|
|
|
|
|
| |
|