CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Peluang Bersukarela

[Copy link]
Post time 2-2-2007 08:22 AM | Show all posts
red dok mana? kat Kajang ada Yayasan Nurhikmah depa tgh cari sukarelawan guru tuisyen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 07:21 PM | Show all posts
dok gumbak..ngeheh..xde transport nak g kajang..
kalo area selayang ke ampang mungkin boleh..asal tak terlalu jauh dan snang transportation..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2007 10:44 PM | Show all posts
red,
gombak byk umah anak yatim lahhh. Kat Greenwood ada dua, kat Danau Kota, kat Tmn Ibu Kota, ehhh banyaklahhhhh...ko gi check thread senarai umah anak yatim tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 03:45 PM | Show all posts
sherrina!!
Allah itu maha kaya.
sesungguhnya tadi red pegi buat driving license kat skem batu 12. otw nak pegi tuh ternampak ramai budak2 skolah tgh tunggu bas depan satu tempat nih. rupa2nya rumah anak yatim, tak sure la batu berapa tp adela sepanjang perjalanan tuh. insyaAllah, bila ayah cuti, red akan heret ayah utk bawa red kesana, supaya dpt tgk dgn lebih jelas dan dpt maklumat berkenaan rumah tu.

lagi satu red nak tanya(malunyerr) , red ni x pakai tudung, nanti kene marah x ngan ustaz2 yg mengajar kat situ..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 11:11 PM | Show all posts
red,
laa..ekau pompuan ko? mati2 den ingat jantan...
takpe, red. Sepatutnya instead of marahkan red sebab tak bertudung, mereka sewajarnya membimbing. Mana tau terbuka hati red utk bertudung nnt lepas dah bergaul dengan anak yatim. Jangan risaukan hal2 spt itu.....teruskan niat dan cerita kepada kami perkembangan selanjutnya, ok
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 11:54 PM | Show all posts

hua!

hua! korang bercerita world jek..kita di sini disisihkan..huhu, nak join wat sukarela..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2007 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 5-2-2007 11:11 PM
red,
laa..ekau pompuan ko? mati2 den ingat jantan...
takpe, red. Sepatutnya instead of marahkan red sebab tak bertudung, mereka sewajarnya membimbing. Mana tau terbuka hati red utk bertudung ...



iyolaa..den ni pompuan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 08:37 PM | Show all posts
Sepanjang 6 minggu nie hampir setiap minggu join Yayasan Salam bersama MARES dan beberapa korperat lain dlm misi banjir di Johor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2007 12:17 AM | Show all posts
kroit,
apa citer hang di Penang? tak gerak lagi ke?

Ranjer,
citer le lebih lanjut. Sure banyak citer menarik yg takde disiarkan dalam paper....citer2 panas ke...apa ke. Gambo kalau ada taruh le skali
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by ranjer at 6-2-2007 08:37 PM
Sepanjang 6 minggu nie hampir setiap minggu join Yayasan Salam bersama MARES dan beberapa korperat lain dlm misi banjir di Johor


camne nak dipilih?? jelesnyer..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 01:13 PM | Show all posts
:hmm:

sha baru jer register td...nti kena bayar aper2 ker?
after register nti wat hppd yer?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 07:29 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 7-2-2007 12:17 AM
kroit,
apa citer hang di Penang? tak gerak lagi ke?

Ranjer,
citer le lebih lanjut. Sure banyak citer menarik yg takde disiarkan dalam paper....citer2 panas ke...apa ke. Gambo kalau ada taruh ...


Sherrina...

Pengalam bantuan banjir nie mencabar.Saya pergi ke Johor hampir tiap-tiap minggu bermula drpd 16 Disember 2006.

Mission pertama : 24 Jam selepas bandar Segamat dilandar banjir, kami dibawah MARES ( Malaysia Amateur Radio Emergency Service) memberi bantuan komunikasi utk JPA 3. 3 hari disana bermacam-macam pengalaman. 3 hari hanya hidup dengan air hujan. Makan tok sah cakap la apa yg ada sambar aje. Kesian tengok pada penyelamat-2 yg tidur dgn muka yg keletihan, baju basah ditepi-tepi balkoni.

Misi ke 2 - Segamat Relief Mission - bersama Yayasan Salam, MARES, MAS EMC, MAS SAT ,MAS Backpackers dan JPA 3. Disini kami menyaksikan kemusnahan yg dilakukan oleh alam. Kalau nak tgk gambar www.segamat.mares.org.my

Misi ke 3 - Batu Pahat Relief Mission - Misi bersama Yayasan Salam, MARES, Natiowide Ekspress, KPMG, TNB Eng Corp, JPA3 dan beberapa syarikat koperat. Misi ni sepatutnya menjadi relief mission tapi bertukar kepada bantuan banjir kerana setibanya di B.Pahat gelombang kedua sedang melanda . Kami sepatutnya berada di B.Pahat selama 2 hari tetapi terpaksa berpindah ke Kluang kerana keadaan di Kluang lebih memerlukan. Bantuan dari MARES Jet Ski Resque Team tiba di kluang utk bantuan kepada JPA 3 dan BOMBA. Nak tgk gambar sila lawati www.batupahat.mares.org.my dan www.kluang.mares.org.my

Misi ke 4 - Batu Pahat Relief Mission - Misi kali nie tertumpu pada bantuan bekalan pakaian, peralatan sekolah dan makanan. Pusat perpindahan yang dilawati adalah pusat-pusat perpindahan dikawasan pendalam yang tidak pernah dilawati. Ricky team memberi bantuan makanan kepada penduduk kampung yang dgn sukarela tinggal dikampung utk menjaga rumah penduduk kampung drpd dimasuki pencuri. MARES Jet Ski Resque team ditempatkan di Balai Bomba Yong Peng utk misi menyelamat.

Misi ke 5 - Batu Pahat Back to School - Brg-2 yg dibawa berbentuk peralatan sekolah sebanyak 8 tan diberi kepada kanak-kanak sekolah yang menjadi mangsa banjir. Misi kali nie disertai oleh pelajar Kolej Twintech

Misi 6 - I-care ( hari Sabtu nie ) - Membawa bekalan perabot dari salah sebuah syarikat perabut yang terkenal di Mutiara Damansara yang menaja dua kampung dan sekolah yg dikenalpasti.

Utk misi 5-6 nie sorry la gambo tak upload lagi.

Kalau nak cerita panjang. Terutama pengalaman penyelamat menyelamat kat org. Kesian pada penyelamat yg dituduh ambil duit. Saya tahu perkara sebenar tapi rasanya tak elok ditulis disini.

Overall banyak pengalaman yang menyedarkan kita. Antara yg tak dpt dilupakan pada misi minggu lepas. Kami mengedarkan barang di satu kampung di Sri Gading, terjumpa denga seorang warga tua yg masa mudanya telah teruk di sexual abuse oleh laki beliau. Sedih melihat makcik tu. Alhamdullilah org-org kampung menjaga beliau dgn baik.

Satu lagi di base camp kami di rengit terjumpa dgn seorang kanak-kanak darjah 4 yang hilang semangat nak kesekolah kerana terpaksa menolong ibu beliau yg bekerja sebagai pembantu penjual ikan. Kanak-2 tersebut adalah anak lelaki sulung drpd 13 0rg adik beradik.

Ada beberapa kisah lagi. Mlm nie kalau dpt gambar tiga-tiga kes nie nanti saya upload kan kat sini.

[ Last edited by  ranjer at 8-2-2007 07:30 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 08:58 PM | Show all posts
ranjer,
wah...hebat pengalaman awak disana. Ya, itulah. Kita baca dan dengar mcm2 kisah mengenai penyelamat yang menipu mangsa dan sebagainya. Sebab tu bila ada cerita direct source lebih bagus, baru kita tau betul atau tak. Mungkin juga berlaku tetapi segelintir aje yg menangguk di air keruh.

Syabas, teruskan usaha anda
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 04:16 PM | Show all posts
Bukan apa sherinna kekadang tu penyelamat terpaksa cakap yg mereka akan tolong pindahkan barang kerana nak suruh mangsa berpindah ke pusat pemindahan.

Dalam situasi cam nie, masa itu emas dan ramai lagi mangsa yang perlu diselamatkan. So sometimes penyelamat nie dia ikut sahaja kehendak mangsa demi keselamatan mangsa.

Macam-macma kerenah sherinna masa disana.

Kita tgk kat TV negara luar yang mengalami bencana, mangsa berebut-rebut nak mengambil bantuan, ini pun terjadi jugak ada yg sampai tertinggal anak kerana berebut makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 12:21 AM | Show all posts
ranjer,
yalah, sebagai petugas dan sukarelawan bukan mudah. Pelbagai cabaran dan rintangan. Apatah lagi masyarakat hari ini sangat berhati2 dengan orang yang tak dikenali. Malah kerja2 kebajikan dan sukarelawan juga dipandang enteng dan dipandang rendah. Bak kata pengasas Shifa' iaitu Mak Tom "bukan sikit2 orang kata dia gila sebab memilih untuk menjaga 10 anak yatim dan saudara baru."

Untuk buat keje2 mcm ni hati kene sekeras batu, muka kene setebal tembok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2007 10:14 AM | Show all posts
Anugerah kenang jasa sukarelawan
Oleh Hidayah Mohammad



PENGIKTIRAFAN: Shahrizat (tiga dari kiri), Faizah (dua dari kiri)
dan Refek (tengah) bersama pemenang kategori yang
dipertandingkan menerusi Anugerah Mayang Seri
Endon, baru-baru ini.

Pengorbanan bantu insan tak bernasib baik harus dihargai setiap masyarakat

RAKYAT Malaysia sememangnya penyayang dan dermawan, tetapi tidak ramai yang sudi menjaga dan membelai mereka yang kurang bernasib baik. Tanpa insan bergelar sukarelawan, kehidupan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim khususnya di pusat jagaan atau rumah amal kebajikan tidak dapat menikmati kehidupan bermutu.

Sifat sabar, penyayang serta kasih memang sebati dalam jiwa insan yang bertugas di rumah perlindungan. Titik peluh yang mengalir ketika menguruskan insan kurang bernasib baik adalah keringat yang sangat bernilai.

Bagi menghargai insan yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menganjurkan Majlis Anugerah Mayang Seri Endon 2006 yang diadakan baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata majlis itu bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu yang berkhidmat di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan sukarela.

揟ahun ini adalah kali kedua diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka yang secara sukarela membantu mereka yang kurang bernasib baik. Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap apa yang mereka sumbangkan kerana pengorbanan mereka terlalu besar dan tidak ternilai.

揗ereka yang dicalonkan memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu menunjukkan kepimpinan, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti yang berkualiti selain cemerlang dalam bidang masing-masing. Jangan pandang rendah keupayaan mereka kerana apa yang mereka lakukan mulia di sisi agama,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2007 10:50 PM | Show all posts
dah lama jadi ahli... sampai dah jadi double register  tp still banyak halangan nak aktif..... coz sblm leh involve aktif.. kena hadiri kursus dulu.. problemnyer.. mana sempat nak kursus   

so.. skrg nih sleeping member ler...........
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 01:17 PM | Show all posts
OOOOOOOOOOO
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 01:34 AM | Show all posts
bagus jugak info nie..tankSS frenZZ
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 10:34 PM | Show all posts
dulu ada daftar, tp xde apa2 pon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.100220 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list