CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aurorae

[MERGED] Pengalaman menghantar anak ke sekolah cina

[Copy link]
Post time 1-10-2018 11:40 AM | Show all posts
Jualan pelepasan produk bayi! Harga produk jenama bayi dari RM2!
Motherhood.com.my memberikan tawaran! Selain itu, diskaun produk-produk adalah setinggi 90%! Anda tidak perlu mengunakan kos yang tinggi untuk membeli produk jenama bayi untuk bayi anda. Ia memang berbaloi! Sama ada anda seorang ibu/bapa baru atau ingin menambah produk bayi kepada anak anda, jualan pelepasan produk bayi Motherhood.com.my kali ini pasti bernilai untuk dikunjungi! Dan kemasukan percuma! ! !
Tarikh: 6 Oktober hingga 7 Oktober (Sabtu hingga Ahad)
Masa: 10 am - 10 pm
Lokasi: Starling Mall, (Dewan 5, Aras 5), Damansara Uptown, Petaling Jaya
Ingin tahu banyak info lagi? Anda boleh pergi ke laman web http://bit.ly/babyclearancesale2018 atau https://www.facebook.com/events/1040164342792243 untuk mengetahui lebih lanjut!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2018 06:57 PM | Show all posts
lavendermiz replied at 1-10-2018 11:37 AM
Anak saya tahun depan umur 5 tahun. sekarang dia tadika di genius aulad. saya cadang nak hantar dia  ...

lavendermiz,
  Bila bapa tak setuju, dan cuma mak yang mahu anak sekolah cina, memang akan conflict.   Anak sekolah cina memang sangat2 ambil masa,  tenaga dan emosi kita.  Kalau pasangan susah nak bekerjasama, kita dan anak sama2 boleh kena stress.

Lavender kena bincang semula  dengan suami,  sama2  kena buat keputusan yang terbaik untuk anak, bukan untuk kita.  List out pro dan contra.  You must be really sure you will be there for the child, bukan serah  bulat2 pada cikgu tusyen.  Most ibu di sini berusaha belajar sendiri character cina untuk masa2 dimana cikgu tak sempat  nak guide anak mereka.  Akak sendiri dah baca kamus cina dari kulit ke kulit semasa nak bantu anak siapkan homework.  Homework mereka average 5-6 sehari.  Kalau tak datang sekolah sebab sakit pun, cikgu kumpul dan bagi masa hari pertama mereka balik semula ke kelas.  Memang jarang mereka cukup masa siapkan homework di transit (dengan guide dari cikgu).

Jangan sedih kalau keputusan memihak pada suami, sebab niat kita yang baik tak dapat sekarang, mungkin Allah bagi suatu masa nanti.  


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
aurorae replied at 1-10-2018 06:57 PM
lavendermiz,
  Bila bapa tak setuju, dan cuma mak yang mahu anak sekolah cina, memang akan confl ...

Hmmm.. Memang kena pkir betul2 ni.. Tq eh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 01:38 PM | Show all posts
Masyaallah.. ada thread pasal sekolah cina ni ya. Baru perasan.

Nak khatamkan dulu 45 pages worth of thread ni.

Anak sulung saya sekolah di SJKC, darjah 4 sekarang.

Anak kedua, umur 4 tahun, pun di tadika mandarin sekarang.

I have a lot to ask , hopefully more parents will share their experience here.


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 02:26 PM | Show all posts
aurorae replied at 27-9-2018 09:24 AM
Anak ketiga saya Sarah terpilih jadi MC di  Chinese Festival di Sydney.  Festival ni disertai sekola ...

Kak aurorae...(saya panggil kak la ya sebab anak2 akak semua dah besar panjang),

Your story sangat2lah inspiring! Bila i backlog tgk u post in 2005, and look at what your children have become today! you must be proud of them, and in 2005, I think that is one of the bravest decision any parent would have taken to send their kids to chinese school.

If i read correctly, the reason you send your children to chinese school is sebab nak diorg kuasai bahasa Mandarin. Any reason why u nak diorg master the language? is it because (pada masa tu) you foresee that China is going to be one of the major key player in economy? Or sebab you had some experience before yg tgk ppl with this language ada certain priviledges?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2018 03:58 PM | Show all posts
Lady_Di replied at 3-10-2018 02:26 PM
Kak aurorae...(saya panggil kak la ya sebab anak2 akak semua dah besar panjang),

Your story sa ...

selamat datang dan share your story here, Lady Di.   Dah lama kan thread ni, akak pun dah lupa kisah awal2.  Mengapa hantar sekolah Cina, pastilah reason pertama.  Dari awal  2000 lagi, para ekonomist meramalkan China akan gati US sebagai kuasa besar.   Sebelum tu mereka tak pasti samada China atau India, sebab IT baru berkembang dan dikuasai indians.  Tapi India ni dia guna English, dan walaupun bijak IT, mereka tak boleh lawan China dari bisnes.  Mandarin juga diramalkan akan jadi bahasa pertuturan terbesar didunia.  Dari segi ekonomi lokal, pastilah yang kita nampak siapa tahu mandarin, peluang dia lebih jauh dari yang tak tahu.

Akak nak pergi airport jap lagi nak balik cuti2, jadi mungkin tak dapat bersama 1-2 minggu ni sebab sekarang ni guna pc rumah.  Hp nokia 3310 cabuk akak takde access internet.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2018 01:43 PM | Show all posts
aurorae replied at 3-10-2018 03:58 PM
selamat datang dan share your story here, Lady Di.   Dah lama kan thread ni, akak pun dah lupa kis ...

Thank you kak.

Actually the talk of sending my kids to Chinese school ni secara kebetulan. We werent sure if it was a good idea sebab banyak sgt story pasal chinese school ni, the pros and the cons.

In my housing area, mostly adalah chinese kindy, yang aliran agama ada tp x banyak & those yang ada x menepati my requirement (shop lot area).

Then after surveyong almost 10 kindys, I settled with one that is near to my house, and their main medium is 60% mandarin & 40% English. I can tell English cikgu diorg pun x la up to par, tapi x perlah kita back up kat rumah

So my eldest, i started him at 2yo pergi chinese kindy (i had issues with my babysitter & no luck with getting reliable bibik), and since this kindy ada day care & terima 2 yo, i sent my son sini. Then masa umur 5 tahun, dah start kena register sekolah kebangsaan. After thorough discussion with the husband, his family & mine (yes it takes a village to raise a kid), we decided to let him go to chinese school in Cheras.

To our surprise, the school received A LOT of application (around 1000+ applications) but availability is around 500+ je. Cut long story short, alhamdulillah my son was accepted to the school. Out of 500+ students, around 150 were Muslims (by muslims i assume it is also Malays). ""Ramai kan?

there are 10 classes, each class ada dalam 50 students. Ramaiii giler hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 02:03 PM | Show all posts
And now my second son pun (4 yo) i send him to the same kindy like his brother.

Disebabkan dia ada abang yg boleh berbahasa Mandarin, dia pick up the language faster & i see how he progressed dari Day 1 dia join.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2018 01:33 AM | Show all posts
anak i tahun depan 5 tahun..... berdebar laa.. x sure nak anak masuk sekolah cina ke tak.... i= nak beklog semua posting kt sini..

tq uols for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 08:29 AM | Show all posts
Sharing this buat inspirasi parents lain yang menghantar anak ke chinese school :

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ekolah-cina-metrotv


MEMINATI Bahasa Cina ketika di tadika nampaknya tepat buat Muhammad Zaki Mahdi Chamam apabila meraih 8A bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Paling ‘win’ apabila Zaki anak Melayu pertama meraih semua A di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Selain subjek teras yang diajar di kebanyakan sekolah, Zaki turut meraih A bagi Bahasa Cina (Penulisan) dan A bagi Bahasa Cina (Pemahaman).

Biarpun dibesarkan tanpa sebarang panduan ibu bapanya yang tidak tahu bertutur Mandarin, Zaki tetap ingin menguasai bahasa itu yang dianggapnya cabaran luar biasa.

Zaki berkata, meskipun berbahasa Melayu dan Inggeris di rumah, ia tidak menghalang dia dan kembarnya, Muhammad Aqil Mahdi, 12, untuk menguasai Mandarin.

“Cabaran paling besar buat kami menghadapi peperiksaan UPSR adalah apabila ibu bapa tidak dapat untuk membantu kami. Kami kena belajar sendiri.


NURHIDAYU (kiri) melihat keputusan UPSR yang diperoleh Muhammad Zaki (tengah) dan Muhammad Aqil.
“Tetapi atas usaha bersungguh-sungguh dan menghadiri kelas tambahan, kami mampu menguasainya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Ampang.

Katanya, dia sering mengulangkaji Bahasa Cina bersama abang kembar dan rakannya serta lebih cenderong bertindak sebagai ‘tutor’.

“Saya suka mengajar kerana itu lebih banyak membantu saya untuk mengingati apa yang dipelajari.

“Selain itu, ibu bapa mendidik saya supaya jangan sombong dan kongsi ilmu yang kita ada.

“Ibu adalah idola saya. Saya mahu menjadi seperti dia untuk belajar di luar negara.

“Saya harap suatu hari nanti kerajaan boleh bantu saya untuk menyambung pengajian di luar dan mengharumkan nama negara,” katanya.

Ibunya, Nurhidayu Kamaludin, 38, berkata, dia dan suami, Chamam Zulkarnen, 41, tidak pernah memaksa kedua-dua anak mereka mempelajari Bahasa Cina.

“Malah, kami beberapa kali bertanya sama ada mereka mahu bertukar sekolah atau tidak.

“Ketika mereka di tahun satu dan dua, banyak kali saya tanya sama ada mereka mahu berpindah ke sekolah biasa.

“Namun, kedua-duanya mahu terus belajar di sekolah Cina walaupun pelbagai cabaran dihadapi.

“Biarpun kadangkala ‘terpinggir’ di sekolah dan pernah dibuli pada awal kemasukan, mereka kuat untuk buktikan mereka boleh berjaya.

“Alhamdulillah, keputusan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) membuktikan kedua-duanya cemerlang,” katanya.

Menurutnya, kejayaan Zaki sekaligus menjadi inspirasi kepada murid Melayu lain di SJKC dan membuktikan murid yang aktif dengan kokurikulum juga boleh meraih keputusan terbaik.

Difahamkan, lima daripada 185 murid tahun enam di SJKC Chung Hwa memperoleh 8A dan dianggarkan 15 peratus daripada keseluruhan murid adalah Melayu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2017 @ 12:17 AM
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 08:30 AM | Show all posts
True-X replied at 14-10-2018 01:33 AM
anak i tahun depan 5 tahun..... berdebar laa.. x sure nak anak masuk sekolah cina ke tak.... i= nak  ...

true-x,

sekarang anak dah start tadika ke? Di tadika aliran cina?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 08:36 AM | Show all posts
aurorae replied at 3-10-2018 03:58 PM
selamat datang dan share your story here, Lady Di.   Dah lama kan thread ni, akak pun dah lupa kis ...

Kak,

Arini anak saya final exam standard 4 di SJKC dia.

Akak ada tips x mcm mana nak improve kan kemahiran penulisan (essay) dalam cina x?

Sebab bila dah masuk tahap 2 ni , even if dia ada idea nak tulis karangan apa, tapi bila vocab dia x banyak, idea tu tersekat2 & tak terzahir mcmana yg dia nak sampaikan.

Anak saya suka baca komik cina (ge mei lia) but ayat2 dlm komik bukannya sesuai utk penulisan karangan kan...

Any tips to brush up this skill x? saya notice dia suka tgk cerita mandarin di youtube jugak, maybe akak boleh suggest good chinese movies too?

any sharing from other parents are welcome as well

TIA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2018 11:09 PM | Show all posts
Lady_Di replied at 8-10-2018 01:43 PM
Thank you kak.

Actually the talk of sending my kids to Chinese school ni secara kebetulan. We  ...

ramainya melayu dalam kelas dan 50 pelajar satu kelas?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2018 11:32 PM | Show all posts
Edited by aurorae at 17-10-2018 12:29 PM
Lady_Di replied at 15-10-2018 08:36 AM
Kak,

Arini anak saya final exam standard 4 di SJKC dia.

alhamdulillah dah tahun 4 rupanya anak lady.  Akak baru baca yang 50 orang satukelas dan melayu ramai tu, macam agak susah anak nak catch up bahasa china kalau dia ada tendency nak berkawan sesama melayu.  Akak agak anak lady dah melepasi tahap pertama dan dapat bertutur dan menulis dalam bahasa china, cuma vocab dalam bentuk penulisan sahaja masih terbatas.  

Apa yang akak nampak anak2 akak dulu, mereka wajib beli buku yang mengandungi sampel esay (english melayu cina) dari berbagai tajuk. Sebenarnya ramai pelajar pilih jalan shortcut dengan cara menghafal.  Akak ada kawan yang jadi pemeriksa upsr kertas english untuk satu sjkc ni, dan itulah yang dia nampak, sebenarnya memang betul pun.

Kebaikan membaca dan menghafal (dah tentulah character kena hafal) itulah salah satu cara mereka nak kenal vocab beserta character yang relevan dengan cerita mereka.  Sebab budak2 ni tkde masalah oral, masalahnya macammana nak transfer oral menjadi character/tulisan dalam esay.  Sebab tu kena banyak baca sampel esay yang ada kena mengena dengan topik, sebab mereka takkan dapat hafal complete tulisan cina yang beribu2 tu.  Cuma kenalah jadi kreatif dan buat essay sendiri, barulah pemeriksa  nak bagi markah tinggi berbanding essay tipikal pelajar lain.


Akak nak share satu website yang sarah jadikan rujukan semasa dia nak cari bahan untuk recitation competition dulu.  

Chinese Reading practise

  Ni masa pertandingan recitation, bahasa cina sarah agak pelat  sebab dah hampir 5 tahun tinggalkan sekolah cina.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2018 11:49 PM | Show all posts
True-X replied at 14-10-2018 01:33 AM
anak i tahun depan 5 tahun..... berdebar laa.. x sure nak anak masuk sekolah cina ke tak.... i= nak  ...

selamat datang juga true x dan meriahkan tempat ni. ramai parents anak2 sebaya akak dah tak aktif di sini,  mungkin sebab anak masing2 dah high school aliran biasa/agama sama seperti kami.  Kita belum ada contributor kat sini yang anaknya sambung ke sekolah menengah cina.  Mana tau true akan jadi parent pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 04:30 PM | Show all posts
hi semua..

maaf nak tanya ye.. klu anak masuk sekolah cina, ada ke peluang diorang utk further sek men kat boarding school mrsm semua tu? maaf ye mohon pencerahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2018 12:11 PM | Show all posts
black_handbag replied at 16-10-2018 04:30 PM
hi semua..

maaf nak tanya ye.. klu anak masuk sekolah cina, ada ke peluang diorang utk further se ...

chances sangat kecil, dari pengalaman akak sendiri yang mohon secara online.  Anak akak tak dapat, tapi 2 orang sepupunya sekolah kebangsaan yang result upsr sama bagus, gaji parents pun lebih kurang, asal kl lagi, dapat pula.  Forumer kak leen pun ada memohon, pergi sendiri ke sana, dan borang permohonan anak kena koyak depan mata.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 01:07 PM | Show all posts
aurorae replied at 15-10-2018 11:09 PM
ramainya melayu dalam kelas dan 50 pelajar satu kelas?

yup, 50 budak 1 kelas. mmg ramai
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 01:29 PM | Show all posts
aurorae replied at 15-10-2018 11:32 PM
alhamdulillah dah tahun 4 rupanya anak lady.  Akak baru baca yang 50 orang satukelas dan melayu ra ...

bestnya tgk video ni.

SJKC anak saya ni masa Guru Besar lama dlu, sgt mementingkan result (result oriented). Bila saya dgr apa yg GB tu buat utk pastikan result sekolah bagus, saya yg dengar pun stress. Bukan takat anak murid stress, cikgu2 pun mengeluh stress. Then tetiba starting last year, guru besar tu ditukarkan dgn yg baru, GB yg ni setakat yg anak saya cerita & dengar dari parents lain, x lah se extreme GB lama.

Having said that, sistem 1st class sampai last class tetap sama, it is very result base.

Anak saya dlu sebelum masuk skolah ni kena jalani ujian bertulis utk streaming the class (BM, english , maths & mandarin).

Bila result keluar, dia masuk second class masa darjah 1.

Then alhamdulillah dia perform periksa, dapat masuk ke kelas no 1.

Di kelas tu, he is the only Malay (and only Muslim) in class.

Until now dah darjah 4, still seorang but he is happy la saya tgk.

Subjects dia semua saya tgk OK, cuma mandarin essay & pemahaman tu kalau boleh nak improve lagi. Saya x suka paksa2 dia belajar tp kadang2 kalo x paksa dia mana mau bukak buku. Saya nak develop interest dia membaca essay cina as pleasure reading tu, sampai skrg x tau mcmana.

saya ada beli buku essay contoh mcm yg akak cakap, kdg2 apa saya buat, saya suh dia baca 3 kali, then salin ayat tu 2 kali, mana yg x tau bukak kamus. kamus diorg pun bukan straight fwd. kena tgk kata dasar dlu (berapa stroke bagai), then baru boleh cari pkataan dia.








Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 01:32 PM | Show all posts
saya tgh cari support grp yg maybe ada parents mcm saya. Hantar anak ke SJKC & knows nothing abt mandarin hahaha

if ada, do share ya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.067111 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list