CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45458|Reply: 237

Guru tidak pandai mengajar

[Copy link]
Post time 16-10-2004 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Guru tak pandai mengajar' -- Antara punca ponteng sekolah semakin berleluasa di kalangan pelajar
Oleh: SADATUL MAHIRAN ROSLI

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Guru yang dikatakan `tidak pandai mengajar' menjadi antara punca masalah ponteng sekolah semakin berleluasa di kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir berkata, segelintir guru yang tidak kreatif dalam pengajaran sehingga menyebabkan sesi pengajaran membosankan, akan mendorong pelajar ponteng kelas.

Malah, menurutnya, tiada aktiviti yang menyeronokkan serta berfaedah yang boleh diisi terutamanya selepas musim peperiksaan turut mendorong ke arah perbuatan terbabit.

``Selain itu, subjek yang diajar tiada kaitan dengan keperluan mereka dan tidak minat belajar juga sering dikaitkan berlakunya gejala ponteng,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai masalah ponteng sekolah yang didedahkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Mohamed Che Hamid, terus serius apabila ada sebuah sekolah menengah di Felda di negeri itu mencatatkan hanya 50 peratus pelajar sahaja yang ke kelas terutamanya pada hari Ahad dan Khamis.

Menurut Mahadzir, bagi isu di Terengganu ini, Kementerian Pelajaran telah mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri menyiapkan laporan yang konstruktif, punca berlakunya masalah ponteng di sekolah-sekolah secepat mungkin.

Laporan lengkap ini penting untuk mengenal pasti kategori ponteng yang berlaku di sekolah tersebut termasuklah ponteng sekolah (keluar rumah dengan memakai pakaian seragam tetapi tidak ke sekolah), ponteng kelas (ke sekolah tetapi pada masa pengajaran subjek-subjek tertentu), ponteng akibat bangun lewat atau tidak menyiapkan kerja rumah.

``Kementerian juga telah meminta supaya laporan tersebut disertai dengan langkah yang telah dan akan diambil oleh Jabatan Pelajaran Negeri bagi menangani masalah itu sebelum tindakan susulan diambil,'' jelasnya.

Menurutnya, isu ponteng kini berada pada tahap yang kritikal dan dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia penuh masalah.

``Laporan menyeluruh perlu dibuat terutamanya untuk mengenal pasti punca sebenar masalah ponteng itu bukan sahaja yang berlaku di Terengganu malah di seluruh negara dan seterusnya dicari jalan penyelesaian,'' katanya.

Tambah beliau, dalam kes ini, Pengarah Pelajaran Negeri perlu memanggil dan berbincang dengan guru besar sekolah yang terbabit dan mencari punca sebenar berlaku perkara tersebut.

``Setelah itu, pihaknya boleh mengemukakan langkah-langkah yang perlu diambil tanpa perlu merujuk kepada kementerian bagi menyelesaikan masalah tersebut,'' katanya.

Mahadzir juga memberitahu, pihak pengurusan sekolah perlu berusaha untuk memastikan sekolah menjadi tempat yang seronok kepada para pelajar mereka bagi menangani masalah ini.

Selain itu, hubungan mesra antara guru dengan murid, kemudahan untuk menyokong kehadiran mereka ke sekolah serta keprihatinan ibu bapa dan masyarakat dijangka dapat menyelesaikan isu tersebut.


Salam rakan-rakan cikgu yang ada di sini,

Nampaknya pi mai pi mai tang tu jugak. Akhir sekali seperti biasa, cikgu juga yang disalahkan.

Kesian cikgu-cikgu.

Sebenarnya pelajar yang ponteng ni, pelajar yang gagal PMR tapi terpaksa naik tingkatan empat. (di sekolah saya) Salah siapa kalau pelajar dah tak minat pergi sekolah tapi dipaksa juga.

Pelajar lain jarang yang ponteng.

[ Last edited by deseree on 7-11-2004 at 08:00 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


pakcik_d This user has been deleted
Post time 16-10-2004 11:27 AM | Show all posts
biasa la cikgu.....
hanya cikgu yang benar2 memahami realitinya. kalau dah timbalan menteri kita sendiri yang cakap macam tu, walaupun dirujuk 'segelintir'....terpalitnya semua...siap dalam paper lagi tu kenyataan masuk...

soal pengajaran kita sama ada membosankan atau tidak tu...ada jugak kebenarannya. tu kena buat introspection le.

tapi kalau nak cakap pasal pengajaran guru tu menyebabkan budak2 tu ponteng sekolah/kelas...tu kena buat kajian betul2,baru boleh buat kenyataan....bukan main sedap cakap je kat public. kalau tanya budak2 ponteng tu memang le...dia manusia biasa....mesti le tuding jari kat orang lain (helah bela diri tu cikgu)

budak2 ponteng ni pun ada banyak jenis (sama la macam jenis2 ponteng yang timb. menteri kita tu cakap - ponteng sekolah, poteng kelas....)

kat sekolah pakcik lak...sama la deseree.....budak2 jenis tu la yang ponteng....jenis yang terpaksa sekolah sebab mak bapak paksa.....kat sekolah menyusahkan orang je ngan kerenah disiplin dia. memang takde keinginan langsung nak belajar...:stp:

ok la kalau nak kata sebab pengajaran guru membosankan....maknanya dalam sehari tu...pengajaran semua guru tu membosankan la agaknya kan....ataupun sebab guru tu kategori guru garang...maka terpaksa la jasadnya hadir dalam kelas, kalau guru  tu kategori tak kisah, maka hilanglah jiwa dan jasadnya dari dalam kelas...;)

satu lagi...dalam satu2 kelas tu ada 30-40 orang murid..kalau 2-3 orang ponteng (muka yang sama je - walaupun subjek lain)...adakah ini menunjukkan pengajaran guru tu membosankan???:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2004 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by pakcik_d at 16-10-2004 11:27 AM:
biasa la cikgu.....
hanya cikgu yang benar2 memahami realitinya. kalau dah timbalan menteri kita sendiri yang cakap macam tu, walaupun dirujuk 'segelintir'....terpalitnya semua...siap dalam paper  ...

uiks baik2 komen pakcik..nnt ade org kementrian bace:bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2004 05:09 PM | Show all posts
tak de bende baru.... mmg ramai cikgu tak reti mengajar .. bukan cikgu aje .. lecturer pun sama .. banyak gile ...

degree seme dapat dari over sea.. .bila nak mengajar ... sama cam bercakap ngan papan hitam tu sendiri ... mana tak bebudak fedup
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2004 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by pakcik_d at 2004-10-16 11:27 AM:
biasa la cikgu.....
hanya cikgu yang benar2 memahami realitinya. kalau dah timbalan menteri kita sendiri yang cakap macam tu, walaupun dirujuk 'segelintir'....terpalitnya semua...siap dalam paper  ...



2-3 tu yg dah extreme .. bebudak lain tu nak tak nak ... kene gak telan ape yg cikgu tu ajar .... sebab respect cikgu .. kalau tak, dah lama dah tak datang sekolah la pulak ... korang depend la cikgu2 tu .. dan hasilnya nanti korang tau la camana qualiti murid2 yang dihasilkan untuk dibentuk la pulak dek institusi pengajian tinggi ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2004 05:51 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 16-10-2004 05:09 PM:
tak de bende baru.... mmg ramai cikgu tak reti mengajar .. bukan cikgu aje .. lecturer pun sama .. banyak gile ...

degree seme dapat dari over sea.. .bila nak mengajar ... sama cam bercakap nga ...



Kalau cikgu tak reti mengajar, macamana cikgu boleh lepas semasa latihan di maktab dan universiti ?

Kalau lecturer tu, mungkin lah, sebab lecturer tak semestinya dilatih menjadi pengajar seperti cikgu-cikgu sekolah.

Kalau dah pelajar ponteng kerana cikgu tak pandai mengajar, sebahagian besar pelajar yang tak ponteng tu, macamana pulak?

~harap cikgu-cikgu tak patah semangat, walau apa jua tuduhan , yang penting kita ikhlas.

[ Last edited by deseree on 16-10-2004 at 05:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2004 05:56 PM | Show all posts
tak pandai menari...salahkan lantai jongkat-jongkit...tu la dier...

sapa yg buat sillibus...sapa yg exam-oriented...kalau sekolah
yg peratus exam teruk...kena mengadap PPD...

bah humbug....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2004 05:57 PM | Show all posts
ooops...satu lagik...sapa yg kasik permit...
bukak cyber-cafe depan sekolah???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2004 06:13 PM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 16-10-2004 05:57 PM:
ooops...satu lagik...sapa yg kasik permit...
bukak cyber-cafe depan sekolah???



:hmm: sama jugak ker, lebih kurang la tu, depan sekolah saya pun ada cc jugak. (walaupun bukan setentang dengan sekolah)
Reply

Use magic Report

pakcik_d This user has been deleted
Post time 16-10-2004 06:57 PM | Show all posts
Originally posted by brilianxx at 16-10-2004 16:09:

uiks baik2 komen pakcik..nnt ade org kementrian bace:bgrin::bgrin:


bagus le kalau ada orang kementerian baca....pakcik lagi suka
Reply

Use magic Report

pakcik_d This user has been deleted
Post time 16-10-2004 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by deseree at 16-10-2004 09:52:
Guru tak pandai mengajar' -- Antara punca ponteng sekolah semakin berleluasa di kalangan pelajar
Oleh: SADATUL MAHIRAN ROSLI

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Guru yang dikatakan `tidak pandai mengajar' m ...


pakcik baca dalam utusan...tengok tajuk tu '....antara punca....'' tapi bila baca keseluruhan berita sensasi tu...takde la pulak sebab2 dihuraikan sama...adil ke???? memang sengaja disensasikan.

Alhamdulillah petang tadi masa tertengok buletin pukul 6 petang tadi....ada maklumbalas menteri pendidikan....terima kasih datuk :solute:

[ Last edited by pakcik_d on 16-10-2004 at 08:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2004 07:58 PM | Show all posts
Beginilah nasib guru zaman sekarang...... Mak bapak kat rumah buat apa ya? Anak dia teruk, buat masalah, cikgu yg kena. Anak dia bijak, cemerlang, sebab parents yg bagi didikan dari awal..

Hmmm... entahlah!!

Apa pun, saya sayang kerjaya saya sbg cikgu ni. Apa depa nak kat lantaklah. Saya tak kisah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2004 09:10 PM | Show all posts
Pada pendapat saya, kalau pelajar yang bijak dan pandai kata cikgu tak pandai mengajar,  bolehlah  diterima.

Kalau setakat pelajar yang kaki ponteng cakap cikgu tak pandai mengajar, sedangkan dari awal tahun tak masuk kelas, cikgu pun belum tentu dia kenal , alasan helah bela diri saja tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2004 09:12 PM | Show all posts
Originally posted by brilianxx at 2004-10-16 16:09:

uiks baik2 komen pakcik..nnt ade org kementrian bace:bgrin::bgrin:

Biar diaorg baca!
Biar diaorg tau!
Reply

Use magic Report

pakcik_d This user has been deleted
Post time 16-10-2004 09:48 PM | Show all posts
ada satu kelas hujung tu, tempat dimana semua pelajar bermasalah ditempatkan...

macam2 cara/kaedah pengajaran yang pakcik dah guna...macam2 idea kreatif dah pakcik gunakan....rasanya dah habis segala teori pengajaran dah pakcik gunakan.....dok macam tu jugak...

akhirnya pakcik jumpa jugak cara yang  paling berkesan dan cara yang paling diorang suka....apa lagi kalau tak 'spoon feeding'....suap sampai kenyang...pakcik sendiri bagi soalan dan pakcik sendiri bagi jawapan!! habis semua soalan dan nota pakcik bagi....kalau itulah kehendak 'pelanggan' pakcik ni...

hmmm....lulus gak kebanyakan diorang tu akhirnya. kalau menang dah itu la caranya yang paling sesuai kaedah untuk diorang...cuma yang 'degil' tu tetaplah dengan kedegilannya....yang ponteng tu tetaplah dengan kegemarannya....

maka kagumlah pentadbir2 kat sekolah tu ngan pakcik...kononnya pandai pakcik mengajar. asal semua merah dah bertukar jadi biru...kira pandailah cikgu tu mengajar, kan? bukan ke itu kehendak sistem pendidikan kita secara realitinya? berapa ramai lulus exam, berapa ramai dapat A?

cuma itulah....yang degil tetap dengan kedegilannya, yang tak peduli tetap ngan kealpaannya, yang ponteng tetap dengan kegemarannya...

apa nak buat lagi.....'cikgu tak pandai mengajar' kan

memang patut le 'pendidikan' dah tukar kepada 'pelajaran'
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2004 10:38 PM | Show all posts
ni komen aku pulak..aku pon penah jd guru sandaran..aku tgk guru2 mude ni yg baru kluar (graduated) lagi bagus cara penyampaian die di dalam kelas berbanding guru senior..sorry to say mase aku mengajar di sekolah tu ader guru2 yg bute komputer so mengajar gune la kaedah lame..yg membosankan..terjerit2 terpekik2 suruh murid ambil perhatian..tulis nota di papan hitam pjg2 sampai murid pon tak paham ape yg ditulis..waktu aku ganti cikgu mengandung ni bebudak komplen cikgu ni ajar satu ape depa tak paham..so mission aku plak nak attract ttg murid2 pelajaran tu supaye die org paham..so aku pon dgn kreativiti aku..gune komputer..scanner..yg ader aku pon buat lah nota dan latihan utk diorg buat sambil tu aku mengajar dgn ade citer-citer intesting supaye mrk ambil perhatian dan tak la melayang waktu aku mengajar (aku ajar kajian tempatan)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2004 10:45 PM | Show all posts
so budak budak ni leh terima..dan akhirnye berjaye mencuri perhatian murid2 tu..ttg cikgu2 senior plak..ader yg bagus dan ade yg mengajar hanya utk sara kehidupan..semate2 nak gaji ujung bulan..tak ambil kisah pasal murid...ye betul mestilah ade report utk student2 yg lemah tp cikgu ni alasan die budak ni ade masalah disiplin dan die tak layan lgsg budak ni dalam kelas (pengakuan cikgu ni sendiri) dan aku rase mmg tak patut aaa die wat camtu kan..so ape yg menteri cakap tu ade benarnye..tak semue tp segelintir..bak kate pakcik_d walaupun dirujuk 'segelintir'....terpalitnya semua..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2004 12:04 AM | Show all posts
antara sebab murid ni ponteng sekolah sebab malas buat kerja sekolah..
dah tak buat, takut nak dtg sekolah..takut guru marah...guru jugak la
yg salah...agaknya tak yah la kasik murid buat kerja...kasik main je dlm
kelas...baru murid tak ponteng....toksah buat 'drilling'..tok sah ajar
teknik2 menjawab soklan peperiksaan...latih-tubi sebab tak kreatif...
result jatuh tak pe....janji murid mai sekolah...murid tak lulus pun tak
pa...janji diorg dok dlm kelas....
Reply

Use magic Report

pakcik_d This user has been deleted
Post time 17-10-2004 12:21 AM | Show all posts
pakcik pun dah cakap dalam respon pertama pakcik kat atas nun....

soal pengajaran kita sama ada membosankan atau tidak tu...ada jugak kebenarannya. tu kena buat introspection le. :hmm:

macam kata brilianxx...ada cikgu yang betul2 mengajar,dan ada jugak cikgu yang ala kadar je. introspection maksudnya lihat dalam diri kita sendiri...betul ke tidak? betul ke cara kita mengajar membuatkan budak tak minat? kalau betul...buatlah sesuatu...agar 'cikgu tak pandai mengajar' bukan lagi boleh dijadikan helah bela diri untuk kaki2 ponteng ni ;)

sensitif sebenarnya perkara ni. pakcik pun terasa, sebab pakcik cikgu..walaupun pakcik rasa, pakcik tidak le macam tu.....tapi kalau dah tajuknya lebih fokus kepada salah 'guru tak pandai mengajar'....mana tak terasa!! hampir 300 000 cikgu terasa tau.

apapun...macam yang sorang rakan kita,rossa,katakan...

Apa pun, saya sayang kerjaya saya sbg cikgu ni. Apa depa nak kat lantaklah. Saya tak kisah.....

pakcik sokong...cuma bab ayat 'apa depa nak kata lantaklah' tu pakcik kureng sokong ;) ...sebab adakalanya kita perlu menerima kritikan, kalau kritikan tu benar ;)

[ Last edited by pakcik_d on 17-10-2004 at 12:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2004 02:07 PM | Show all posts
lagik satu...sambung hujah...

awat la cikgu banyak sgt kursusnyer..EteMS larr...Lip larr...Litetarture larr...
komputer larr...

berpada2 la...bila budak byk ponteng ..salahkan guru lak tak kreatif...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 1.345978 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list