View: 5022|Reply: 20
|
[Tempatan]
Poster dimuat naik di laman sosial jabatan kerajaan mendapat kecaman. Golongan
[Copy link]
|
|
Golongan lain-lain ke Langkawi dan terkesan pandemik, jangan pukul rata
https://www.kosmo.com.my/2021/10 ... -jangan-pukul-rata/
Oleh KOSMO!
14 Oktober 2021, 4:27 pm
Tangkap layar hantaran yang tular di media sosial.
PETALING JAYA – Sebuah poster yang dimuat naik di laman sosial jabatan kerajaan mendapat kecaman orang ramai hari ini.
Poster tersebut yang dipercayai diambil daripada laman sosial Jabatan Penerangan Johor memaparkan keluhan masyarakat semasa pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan mendapat perhatian ramai sebaik sahaja dimuat naik semula oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman di Twitter.
Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! mendapati, rata-rata pengguna media sosial meninggalkan komen negatif terhadap poster tersebut yang menggambarkan ada segelintir masyarakat yang mengeluh kerana tidak lagi mempunyai duit simpanan, tetapi masih pergi melancong.
“Are you serious? Kenapa nak perli-perli rakyat? Rakyat nak mengadu susah, tak boleh. Rakyat nak keluar ambil angin, pun tak boleh? Apa objektif dibuat penerangan begini? Apa yang kamu mahu kami buat dari penerangan macam ini?,” soal Syed Saddiq.
Sementara itu, seorang pengguna berkata, kementerian atau mana-mana jabatan diharapkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat ‘pukul sama rata’ atau berjenaka atas kesusahan yang rakyat hadapi.
“Sepatutnya kementerian atau jabatan perlu keluarkan data yang lebih tepat berapa peratusan yang hilang kerja, syarikat yang terpaksa tutup dan sebagainya. Segelintir masyarakat tidak boleh mewakili seluruh rakyat Malaysia,” kata Spinach.
Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Diyana berkata, tindakan jabatan tersebut memuat naik poster itu dilihat seolah-olah rakyat yang dalam kesusahan tidak layak bergembira atau berseronok.
“Golongan terkesan teruk dan golongan yang pergi Langkawi betul ke golongan yang sama? Rasanya tidak, kalau sama pun mereka mesti perlukan percutian dengan harga mampu milik dan ruang untuk berehat selepas berdepan pandemik,” katanya.
Bagaimanapun difahamkan, komik itu telah dipadam daripada laman sosial jabatan berkenaan. – K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
ya..tunjukkan ststistik rakyat yang terkesan dan rakyat yang masih mampu dan berduit sekarang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni puak2 yg kecam org pergi bercuti la ni dok jaga jabatan penerangan. Hey kau ingat dah terperuk kat rumah setahun dua tu bila dah dapat kebebasan masih nak duk dalam gua macam antivax ke?? Laknat betul pemikiran sebegini! |
|
|
|
|
|
|
|
Apa motif Jabatan Penerangan keluarkan poster mcm ni?
Nak ckp rakyat tak bersyukur ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg katup border gomen yg bukak gomen yg suruh melancung pun gomen, klau jangkit covid jgn salahkan gomen sukahati la klau rkyat nk komen |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham apa motif kartun ni. Nak kata lawak, tak kelakar. |
|
|
|
|
|
|
|
Asal dari johor?
Hahaha
Bab nak perli org mmg ko boleh serah ke org blah sana..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak bercakap tapi tak pandang realiti...
Tak semua dapat melangkawi sempadan daerah sekalipun ya.
So sindiran ni tak sesuai di angkat oleh pihak jabatan penerangan.
Simpati la sikit pada rakyat yg terkesan
Macam ini kerajaan yg baik??? |
|
|
|
|
|
|
|
gomen sindir gomen guna rakyat sebagai bahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun ada terpikir macam ni juga, kawan-kawan duk merempan tak boleh balik kampung nak jumpa mak bapak selama bertahun. Bila dapat rentas ehh esoknya dah sampai penang, desaru, genting. Kenapa tak balik kampung dulu? Dulu marah-marah bila govt tak bagi rentas now dah boleh rentas, nak balik kampung jumpa mak ayah dah tak jadi priority pun. Sikap orang kita memang pelik |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi ada logiknya gak heheh iols ada kesian kat seseorang ni sampaikan walaupun beberapa bulan ni dia tak dapat bg servis iols tetap bayar sekali tu seminggu ni ha dia pi bercuti sementara iols yg kesian kat dia ni mereput je weh kat umah hahahaah.
Kita ni punya la risau takut dia anak beranak tak cukup mkn ke apa rupanya depa ok je.
Siap beli iphone lagi 2 biji kat anak2 dia, beli emas eh mcm2 lagi la dia selalu post kat status wassep tu.
Maybe dia sbenarnya ada je byk income lain kot. |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu jabatan penerangan johor perli bangsa johor sendiri.
bangsa negeri lain boleh dok tepi makan popcorn. |
|
|
|
|
|
|
|
Ateee duit rakyat masuk gakk poket gomen? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg p holiday dlm atau luar negeri ni geng gomen dan geng2 t20 kot..
B40/m40 ni mereput je kat rumah tunggu cuti sekolah nak balik kg |
|
|
|
|
|
|
|
Cekla replied at 17-10-2021 10:42 AM
Yg p holiday dlm atau luar negeri ni geng gomen dan geng2 t20 kot..
B40/m40 ni mereput je kat rumah ...
Nape ckp geng gomen
Bkn gomen gaji ciput ke
Ke gaji dorg besar
|
|
|
|
|
|
|
|
TeropongThaico replied at 15-10-2021 03:53 PM
Bila nak bercakap tapi tak pandang realiti...
Tak semua dapat melangkawi sempadan daerah sekalipun y ...
Tu la, patut tak yah pun buat kartun gini... Gomen nasihat suruh patuh sop & bagi nasihat lain yg berkaitan mcm sblm2 ni dah ok dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Gomen sibuk kata tak pasti jgn kongsi tapi base on above poster ni diorang pun tak pasti yang gi langkaswi tu susah ke tidak pastu ko pun kluar poster yang misleading... |
|
|
|
|
|
|
|
fortiori13 replied at 17-10-2021 10:19 PM
Tu la, patut tak yah pun buat kartun gini... Gomen nasihat suruh patuh sop & bagi nasihat lain yg ...
Masalah sekarang puak gomen ni sorg cakap lain yg sorg cakap lain pulak. Deols yg promote pelancongan local tp deols gak yg tak puas hati. |
|
|
|
|
|
|
| |
|