View: 5456|Reply: 13
|
Gambar Niezam Zaidi Pakai Uniform Juruterbang Jejas Imej TUDM
[Copy link]
|
|
Selepas kecoh dengan penahanan Niezam Zaidi yang terkait dengan kes dadah, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula tampil menafikan dia pernah menganggotai pasukan itu atau Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).
Kekeliruan itu tercetus selepas beberapa gambar Niezam memakai seragam TUDM digunakan mengiringi berita tersebut.
Foto: IG
Bahagian Perhubungan Awam, Markas TUDM Kuala Lumpur menjelaskan, "Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh beberapa media, blogger dan pengguna media sosial berkenaan seorang artis ditangkap kerana memiliki dadah telah disensasikan dengan penggunaan gambar beliau berpakaian juruterbang TUDM.
"Isu ini telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta mencalarkan imej TUDM."
Foto: via mStar
Tambahnya dalam kenyataan itu, "Artis berkenaan sama sekali tidak pernah berkhidmat dengan TUDM serta Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).
"Gambar dia berpakaian juruterbang tersebut adalah semasa memegang watak sebagai juruterbang TUDM dalam sebuah drama bertajuk Gempur Wira."
TUDM juga berharap agar pihak media, blogger dan pengguna media sosial untuk tidak mengaitkan artis tersebut dengan TUDM dan menurunkan semula gambar yang digunakan. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni kan yg kene banned ngan cys ketuk ketuk |
|
|
|
|
|
|
|
Itu kat bod Isu Semasa dekkkk...
Dah kali ke berapa bgtau walaupun topik sama tapi bod lain, takde masalah pun nak bukak....asalkan berkaitan.....
Jgn la kome bukak thread artis have2 pegi bercuti naik heli kat bod Isu Semasa pulak....itu haruslah masuk sini sbb cerita artis2 kan....
Harap faham dekkk....
|
|
|
|
|
|
|
|
Sayang betul, rupa ada, bakat ada. Career baru nak pick up balik, terus jadi macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Baru2 ni China ada keluarkan list retis yg di blacklist dari mainstream media kan - kes manipulate cukai, tinggalkan anak yg lahir dari surrogacy kat US sinun, kes rogol, dll. Apa kata kerajaan blacklist je terus retis yg terlibat dalam jenayah & dadah? |
|
|
|
|
|
|
|
ni kan dulu pernah bertunang dgn si nonie retis af tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 14-10-2021 04:45 PM
Baru2 ni China ada keluarkan list retis yg di blacklist dari mainstream media kan - kes manipulate c ...
Zaman 90an dulu pernah kerajaan buat keje blacklistkan retis2 x berdisiplin mcm ni...tp skrg, burung2 berterbangan pun elok je masing2 muncul di tv dsbgnya |
|
|
|
|
|
|
|
Disebabkan najis dadah, semua orang x terima kita, oleh itu jauhi lah dadah |
|
|
|
|
|
|
|
iols terpandang pada laki orang si aiman tu jah... herlokk sungguh heolss pakai gitu yachhhh...
tapi dalam drama tv3 yang pelakon 3 orang tu jerr ya ampunnn takde aura betul eman...
cuba tayang lesung batu mana tahu kot2 aura terus terpancar bersinar macam syafiq kyle, hun haqeem, kamal adli etc...
kalau perlukan proxy atau sape2 untuk tolong leak... boleh pm iols di forum ni yach.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyohmakk
He ols belakon jd tentera airforce keww
Media ni pun, takkan la tak reti2
Berita buruk gitu uols siarkan dgn gmbr retis dlm karakter lakonan... tentera lak tu
Yiiihh
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah lah tgk dia ni berlakon. ok lah juga lakonannya |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sendu, mendadih
Susah sikit laa nak mendoniaaa lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 17-10-2021 12:50 PM
Kalau sendu, mendadih
Susah sikit laa nak mendoniaaa lepas ni
Kalau beburung berterbangan blh naik balik |
|
|
|
|
|
|
| |
|