View: 4787|Reply: 18
|
7 Bulan Hisap Vape, Paru-Paru Budak 15 Tahun Rosak Teruk
[Copy link]
|
|
Sydney: Padah tabiat menghisap vape, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dari Australia, nyaris maut.
Ia selepas Dakota Stephenson dimasukkan ke hospital dan disahkan menghidap masalah kelainan paru-paru berpunca daripada tabiat berkenaan.
Penyakit itu dikenali sebagai Vaping Product Use-Associated Lung Injury (Evali) atau kecederaan paru-paru yang berkait dengan penggunaan produk vape.
Portal Kompas melaporkan, Dakota dikejarkan ke hospital pada September lalu dengan menaiki ambulans, beberapa hari selepas dia mengalami sakit punggung dan kesulitan ketika membuang air kecil.
Foto:Agensi
Dia kemudian muntah-muntah, di samping degupan jantung menjadi cepat selain suhu badannya meningkat sehingga 39 darjah Celsius.
Ibunya, Natasha memberitahu bahawa Dakota mengalami masalah pernafasan hingga terpaksa menggunakan bantuan ventilator.
Pada awalnya, doktor di hospital menyangka Dakota dijangkiti Covid-19.
"Ketika itu Dakota mengalami kesulitan untuk bernafas dan (keadaannya) semakin parah," kata Natasha.
Dalam beberapa jam Dakota mengalami hipoksia apabila bekalan oksigen tidak mencukupi untuk paru-parunya kerana remaja itu mengalami pneumonia.
Pada waktu itu, Dakota terpaksa berterus-terang kepada ibunya bahawa dia sudah menghisap vape selama tujuh bulan.
Dakota hanya dibenarkan keluar dari hospital selepas seminggu menerima rawatan.
Dia kini sukar untuk bersukan walaupun sebelum ini adalah seorang yang aktif.
Sehubungan itu, Dakota mengingatkan remaja lain mengenai kemungkinan dan risiko daripada tabiat menghisap vape.
"Ia boleh membunuh kamu dan sangat menakutkan," katanya.
Sementara itu, Natasha mengakui terkejut selepas tahu Dakota menghisap vape.
"Waktu paling sukar adalah ketika harus membawanya ke hospital.
"Kata-kata tidak dapat menggambarkan perasaan saya sebagai ibunya," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
15 tahun dah hisap vape?. Knp tak hisap kontol jahhh? |
|
|
|
|
|
|
|
vape tegar ke? asyik hisap memanjang
isk isk ... takde penyakit cari penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau share artikel ni kat vapers pun bukannya dorang nak ambik iktibar. Keluarlah hujah2 nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Evali .. penyakit sebab vape. memang ada orang yang sensitif kot... ker dia ni vape sepanjang masa.. ker dia ni tak pandai coil yang sebabkan coil tu hangit.. |
|
|
|
|
|
|
|
ini mesti hantu vape yg bangsat kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
orang lain hisap vape nak marah sbb apa
|
|
|
|
|
|
|
|
takde penyakit cari penyakit.. muda-muda dah sakit |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit yang di cari hadap lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
dak2 vape mesti bagi alasan "kes x reti guna vape la ni" , "vape lebih selamat dari rokok" & " ni mesti konspirasi nak menjatuhkan industri vape" |
|
|
|
|
|
|
|
Vape dah di fatwakan haram di Malaysia tp ramai tak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
cash la sbb bangang sgt kan isap vape bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm...peparu tu hanya menerima udara dari luar dan seterusnya disedut ke dalam peparu lah untuk pertukaran gas . Bukannya peparu dibuat macam tempat sampah tau? peparu you tu untuk menerima bahan sedutan / inhalants yg akan merosakkannya kelak, bukan ke tak bijak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tau lepas ni jangan lah nak cuba-cuba hisap vape |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 yang berlebihan pasti merosakan sama macam dalam kes ni |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 korang umur 11 tahun dah hisap vape ye.
tanyalah cikgu2
pastu tak puas, belajar hisap rokok.
pastu hasut member2 lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmmm cari nahas sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
Hadapp jelaaa sendirikk carikk penyakitt khuenss |
|
|
|
|
|
|
|
kakakko replied at 14-10-2021 11:50 AM
Kalau share artikel ni kat vapers pun bukannya dorang nak ambik iktibar. Keluarlah hujah2 nanti.
Harap hpus subsidi ksihatan |
|
|
|
|
|
|
| |
|