CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2804|Reply: 0

[Sabah] JaPen Sabah Mahu Lahirkan Warga Kerja Dinamik

[Copy link]
Post time 13-10-2021 11:52 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Sabah mahu melahirkan warga kerja yang dinamik serta sentiasa berusaha untuk mengembangkan idea-idea baharu.

Pengarah Penerangan Sabah Nadzerah Abdullah berkata, ia selaras dengan tema sambutan hari Inovasi dan Kecemerlangan JaPen Sabah iaitu ‘Warga Kreatif Jabatan Inovatif’.

“Pengiktirafan serta penghargaan diberi kepada warga jabatan yang berjaya menghasilkan inovasi yang signifikan, menyelesaikan masalah dan memberi impak dalam melaksanakan tugasan harian.

“Sambutan seumpama ini merupakan inisiatif dalam menyemai dan memperkasakan budaya inovasi dan kreatif dalam kalangan warga kerja.

“Selain itu, penambahbaikan yang terhasil daripada cetusan idea-idea dalam setiap aspek kerja juga dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi serta memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya dalam majlis tersebut di Wisma Dang Bandang, disini semalam.

Dalam pada itu, Nadzerah menyeru warga JaPen agar lebih proaktif untuk menghasilkan inovasi-inovasi terkini bagi meningkatkan daya kerja dan membantu jabatan dalam memperkasakan perkhidmatan jabatan.

Pada sambutan itu, dua Anugerah Inovasi Individu dipertandingkan iaitu Kategori Inisiatif Inovasi Individu Terbaik yang dimenangi oleh Datu Azlee Datu Abdullah, Hamidah Mat Amin ditempat kedua sementara tempat ketiga dimenangi oleh Rejab Hadi Mansor.

Bagi Kategori Influencer Media Sosial Terbaik pula, tempat pertama disandang oleh Mohammad Abdul Rahman, Azrul Azham Azmi di tangga kedua dan Mohd Sabri Sailus di tempat ketiga.

Sementara itu, Anugerah Inovasi Berkumpulan Kategori Inisiatif Inovasi Terbaik dimenangi oleh Bahagian Media Siber, disusuli Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Kota Marudu dan Bahagian Penerbitan dan Dasar Negara.

Kategori Info On Wheels (IOW) Kreatif, tempat pertama jatuh kepada PPD Kota Marudu, PPD Papar ditempat kedua dan PPD Kota Kinabalu di tangga ketiga.
Manakala, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat mengungguli Kategori Inovasi Perkhidmatan dan Bahagian Penerbitan dan Dasar Negara di tempat kedua.

Turut menerima anugerah ialah Jainal Naim bagi Anugerah Khas Pengarah serta Pejabat Penerangan Tenom bagi Anugerah Khas Kreativiti dan Anugerah Khas Outreach COVID-19.

Pada majlis sama, turut diadakan ialah Program Sepakat@komuniti (Jalinan Kasih) iaitu penyampaian bakul makanan kepada 25 warga JaPen yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serta petugas yang pernah dijangkiti wabak COVID-19.

Turut hadir,  Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa, Ketua-ketua Penolong Pengarah setiap bahagian./Penerangan-


sabahmedia.com/2021/10/13

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.060251 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list