CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3387|Reply: 21

[Borneo] Madius kecam Azmin guna istilah ‘termasuk di Sabah dan Sarawak’

[Copy link]
Post time 13-10-2021 12:15 PM | Show all posts |Read mode

Wilfred Madius Tangau berkata penggunaan istilah berkenaan adalah tidak wajar dan mencerminkan penulis ucapan itu mempunyai pemikiran Malaysia hanya di Semenanjung. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau mengecam kenyataan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali yang menggunakan istilah “termasuk di Sabah dan Sarawak” dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat, semalam.

Dalam hantarannya di Facebook, Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran, berkata penggunaan istilah berkenaan adalah tidak wajar dan mencerminkan penulis ucapan itu mempunyai pemikiran Malaysia hanya di Semenanjung.

“Baca betul-betul kenyataan Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini. Pernahkah kita tanya kenapa perlu disebut “termasuk Sabah dan Sarawak?”

“Bukankah kenyataan ini cerminan kepada pola pemikiran ataupun “mindset” penulis dan pengucap?

“Pada saya sebutan ‘termasuk Sabah dan Sarawak’ itu berbangkit kerana pola pemikiran penulis melihat Malaysia itu samalah ataupun merujuk kepada Semenanjung Malaysia. Semenanjung Malaysia itu adalah Malaysia, dan Malaysia itu adalah Semenanjung Malaysia.

“Akhirnya pembangunan Semenanjung Malaysia itu diambil sebagai pembangunan Malaysia. Sebab itu, wilayah Sabah dan wilayah Sarawak difikirkan setakat “termasuk” dalam pelan pembangunan atau bukan sebagai keutamaan,” katanya.

Madius berkata, semua harus sedar wilayah Sabah dan wilayah Sarawak itu dengan jumlah keluasan 60% keseluruhan tanah Malaysia adalah “Tanah Besar Malaysia” yang sebenar.

“Tetapi kenapa setakat “termasuk” dalam perancangan pembangunan dan bukannya keutamaan ataupun rujukan utama dalam perancangan pembangunan Malaysia,” katanya.

Terdahulu, istilah berkenaan telah digunakan Azmin dalam ucapan penggulungan berkaitan kelestarian pembangunan kawasan perindustrian.

Katanya, bagi memastikan kelestarian pembangunan kawasan perindustrian termasuk di Sabah dan Sarawak, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan meneruskan inisiatif menaik taraf dan memperbaiki infrastruktur asas kawasan perindustrian sedia ada.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2021 01:04 PM | Show all posts
abistu apsal masuk sabah/serawak kena pakai passport lg? maaf ye dh lama xpi sana...

https://www.imi.gov.my/portal201 ... jalanan-terhad.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2021 01:18 PM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 13-10-2021 01:24 PM
musangbodoh replied at 13-10-2021 01:04 PM
abistu apsal masuk sabah/serawak kena pakai passport lg? maaf ye dh lama xpi sana...

https://www. ...

Takat kuar masuk tak lebih dari 3 bulan ...  tunjuk IC jer ... tak perlu passport pun ...

Pihak Imigresen akan bagi satu slip (slip perjalanan) untuk d simpan dan pulangkan kembali ke pihak Imigresen masa nak keluar dari Sabah atau Sarawak.

Slip ni untuk percutian selama 3 bulan / 90 hari ...

Bagi warga Semenanjung yang bekerja di Sabah / Sarawak, mereka ada ‘passport’ mereka sendiri dipanggil Dokumen Perjalanan Terhad. Macam passport Malaysia jugak tapi warna biru. Sesiapa yang ada DPT ni boleh stay kat Sabah lebih dari 90 hari. Tapi DPT ni perlu diperbaharui setiap 5 tahun sekali. Biasanya HR majikan tempat bekerja yang akan uruskan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 01:40 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 13-10-2021 01:18 PM
Takat kuar masuk tak lebih dari 3 bulan ...  tunjuk IC jer ... tak perlu passport pun ...

Pih ...

ingat lagi pasal slip tu...

tahun 2003 p sabah, 9 hr kt sana, 1st time p, pasal keje...masuk guna passport bagailah...bila nk balik dorang mintak slip tu(slip tu kecik je, bleh lipat2)nasib simpan dlm walet...kalo simpan dlm luggage sekali ikan bilis berkotak2 bwk blk semenanjung...naya pak karim woooo

tu je pengalaman...balik opis kena bahan...moral down gak lh seminggu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2021 01:52 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 13-10-2021 01:40 PM
ingat lagi pasal slip tu...

tahun 2003 p sabah, 9 hr kt sana, 1st time p, pasal keje...mas ...
ooo ke Sabah pun gtu ... baru tau

sebab bila kena kutuk pasal passport ni Sarawak jer yang pemes

apa2 pun ... jangan la serik yer ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 02:00 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 13-10-2021 01:52 PM
ooo ke Sabah pun gtu ... baru tau

sebab bila kena kutuk pasal passport ni Sarawak jer yang pe ...

ahahaah...masa tu kwn aku pun sama tugas tp diaa kt sarawak...dia puji sumandak sana cantik2...jeles aku

kt sabah cantik juga tp kalah dgn sarawak..ini mcm

hehee...tp x sempat di sabah mau p gunung kinabalu..masa suntuk...lenkali kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-10-2021 02:05 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 13-10-2021 02:00 PM
ahahaah...masa tu kwn aku pun sama tugas tp diaa kt sarawak...dia puji sumandak sana cantik2. ...
hahahamboi ...

samer jer... kecantikan kat memana ... cuma FC pun akui ... yang putih mulus ni ramai gadis2 dari ulu2 sana mungkin sebab cuaca sejuk ...

yang pasti bak kata cikgu2 Sjung yang FC kenal dan kawin dengan gadis ulu ... bukan kecantikan yang buat dier rang terpikat ... tapi kelembutan tu ...

citarasa memasing kan




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 13-10-2021 01:04 PM
abistu apsal masuk sabah/serawak kena pakai passport lg? maaf ye dh lama xpi sana...

https://www. ...

Sebab perjanjian MA63 atau MA65 tak ingat. Sabah Sarawak ada autonomi imigresen.

Secara jujurnya, ramai je orang tak puashati dlm diam pasal ni. Sebab dari Borneo masuk semenanjung perlu apa2 sampai penuh semenanjung dgn diorg start zaman Air Asia tambang murah.  tapi org Semenanjung ke sana mesti ada passport atau slip lawatan. Yg best tu PATI ramai klu kt Sabah. . Org Semenanjung yg susah masuk. Aku setuju Borneo nampak tak patriotik bab ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2021 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Statement Azmin ni memang bebal. Dah Malaysia tu Semenanjung dan Borneo la. Lain kali cakap la Tanah Melayu dan Sabah Sarawak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu benda saya pelik dari dulu. Kenapa kita panggil Sabah Sarawak. Sabah di depan baru Sarawak. Sarawak lagi besar.

- Sebab Sabah sign dulu perjanjian Malaysia ke?
-Atau sebab estetik. Sedap sikit sebut Sabah Sarawak daripada Sarawak Sabah?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2021 09:51 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 13-10-2021 09:37 PM
Sebab perjanjian MA63 atau MA65 tak ingat. Sabah Sarawak ada autonomi imigresen.

Secara jujurn ...
FC pun tau ramai sangat tak puas hati tentang ni ...

tapi mungkin tu adalah salah satu dari Perjanjian ... tetap kena hormat gak ... walaupun apa keuntungan dan kelebihan nya ... FC pun tak tau ...


@cmf_shalom  lebih pakar dalam hal2 camni ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2021 09:54 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 13-10-2021 09:43 PM
Statement Azmin ni memang bebal. Dah Malaysia tu Semenanjung dan Borneo la. Lain kali cakap la Tanah ...
pasal ni bagi FC la ... pendapat pribadi ... menda kecik ja ...


yang FC kurang berkenan tu ... tentang "dan lain-lain "

Cina kita ikhtiraf , India pun sama ... tapi mengapa bangsa asal Sarawak dan Sabah hanya tersenarai sebagai "dan lain-lain"

Contoh :


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2021 09:58 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 13-10-2021 09:46 PM
Ada satu benda saya pelik dari dulu. Kenapa kita panggil Sabah Sarawak. Sabah di depan baru Sarawak. ...
FC pun sering tertanya2 pasal ni

ikutkan Sarawak terlebih awal Merdeka : 22 Julai 1963
Sabah Merdeka 31 Ogos 1963



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 13-10-2021 09:51 PM
FC pun tau ramai sangat tak puas hati tentang ni ...

tapi mungkin tu adalah salah satu dari Perj ...

Kadang2 saya terfikir certain autonomi ni yg buat federal berkira dgn Borneo. Cuma saya xboleh nak kongsi sebab ia purely fikiran saya saja.

On personal notes. Bab pasport terhad. Saya ingat dulu dad saya cakap lepas dah dapat ic umur 13, saya perlu pasport Sarawak klu nak balik kampung sebab born in Peninsular. . Ni cerita tahun 90 an lah.  Masa below 12 tu saya tak tau la saya ikut je. .

Cuma dah dapat ic umur 13 tu ( dulu2 lambat dapat ic kadang dekat setahun baru dapat) xde keperluan sgt nak balik. Sebab grandparent Sarawak dah pindah sini atas my parent invitation and passed away here after few years. Father pun passed away. Jadi macam saya, masih tertanya2 perlu ke saya sebagai children born in Peninsular to a Sarawakian ni pohon passport klu nak pergi sana?

Mungkin juga yg father saya cakap tu rules masa zaman tu. Boleh jadi sekarang dah xsama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 13-10-2021 09:54 PM
pasal ni bagi FC la ... pendapat pribadi ... menda kecik ja ...



Its true. Even dlm statistik penyelidikan pun Bumi Borneo classified under lain lain.

Patut buat 6 kategori. Melayu, Cina, India, Bumi Sabah, Bumi Sarawak dan lastly baru lain2. Lebih tepat.

Macam bumi kat borneo tu campur je semua asalkan bumi under negeri masing2.

Rasanya step ni yg lebih perlu diambil Federal sebab ia pengiktirafan dari segi praktikal bukan teori.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2021 10:40 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 13-10-2021 10:26 PM
Kadang2 saya terfikir certain autonomi ni yg buat federal berkira dgn Borneo. Cuma saya xboleh nak ...
Memula dulu FC pun fikir begitu ...
tapi...
setelah banyak membaca tentang hak Borneo patut dapat tapi sengaja di abaikan ... takde kot kaitan dengan passport tu ... sentimen nya lebih kepada tak tunai janji.


Untuk Sabah terasa perit nya ... kerana Kerajaan Sabah sendiri serba kekurangan dalam hal kewangan untuk mengatasi sendiri masalah2 rakyat ... apalagi dengan masalah PATI yang berlambak2 tu ...

Berbanding dengan Sarawak ... contoh terbaik pasal Vaksin Covid tu ... Sarawak dapat mempercepatkan kadar pemvaksinan untuk rakyat nya dengan membeli sendiri Vaksin ... kalau tak ... jadi lah macam Sabah ... paling sedikit peratusan yang dah kena Vaksin ...


Tak tahu dulu macam mana ...
Tapi dari apa yang FC tau sebab ada kawan ni ... suami orang Sjung dan bersalin kat sana ... dia ada mohon untuk anak dia ... dapat.

Boleh kot cuba2 bertanya ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2021 10:42 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 13-10-2021 10:39 PM
Its true. Even dlm statistik penyelidikan pun Bumi Borneo classified under lain lain.

Patut bu ...
Patut buat 6 kategori. Melayu, Cina, India, Bumi Sabah, Bumi Sarawak dan lastly baru lain2. Lebih tepat.
7 kot ...


sebab Sjung sana ada orang asal / orang asli juga ...



Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 13-10-2021 09:58 PM
FC pun sering tertanya2 pasal ni

ikutkan Sarawak terlebih awal Merdeka : 22 Julai 1963

Klu begitu, teori saya adalah kerana sedap sikit bunyi sebut Sabah Sarawak. Klu vice versa, Sarawak Sabah macam pelik sikit tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2021 10:51 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 13-10-2021 10:48 PM
Klu begitu, teori saya adalah kerana sedap sikit bunyi sebut Sabah Sarawak. Klu vice versa, Sarawa ...
FC pun rasa menda yang sama

lagipun dulu2 rasa nya orang lebih kenal Sabah ... berbanding Sarawak ni ...

cuma baru2 ni jer bila Sarawak mula "bangun"


itu pun masih ada yang tanya ... tido atas pokok ke...?
siyes ... masih ada yang tanya



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 13-10-2021 10:40 PM
Memula dulu FC pun fikir begitu ...
tapi...
setelah banyak membaca tentang hak Borneo patut dapat ...

Sabah tu saya rasa a lost of big economic opportunities to Malaysia. Klu dari dulu masa zaman perindustrian dan persyarikatan Malaysia tumpuan pelaburan industri di beri pada Sabah, mungkin Sabah ni sekarang mini China. Rakyat Sabah kerja kat Sabah sebab job berlambak kat sana.  Banyak kilang2 di sana instead multinasional company set up kilang offshore diorang kat our neighbour.  At that times, kita still have a lot of advantages. Buruh murah. Laluan laut senang. Hidup masyarakat harmoni. ( Ini yg antara apa yg saya rasa mungkin federal berkira. Takut Borneo sabotag dgn autonomi negeri kot)

Now that golden opportunity had passed.

Macam bab passport ni mmg saya rasa sangat di anak tiri kan. Sebab ada pertalian darah di sana kan. Saya rasa rules sekarang dah berubah. Mcm anak kawan FC tu.  Jenis macam saya tak perlu lagi passport.

But time gap nya dah terlalu lama. Entah2 sedara sendiri pun tak suka klu kita balik kot2 nak tuntut apa2 ke kan. Mana la tau dah lama sangat kan.

Tapi yg nyata nya peraturan lama tu membuat saya jadi lost root person.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.122260 second(s), 65 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list