CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5441|Reply: 19

Anak Fara Hazel Terperangkap Dalam Kereta, Pintu Tiba-Tiba ‘Lock’ Sendiri

[Copy link]
Post time 12-10-2021 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Fara Hezel berdepan detik mencemaskan apabila anak sulungnya iaitu Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra terperangkap dalam kereta yang terkunci selepas beriadah di sebuah kawasan rekreasi di Terengganu pada petang Selasa.


Cerita Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri, 25, pintu kereta itu terkunci secara automatik selepas dia selesai meletakkan anaknya yang berusa setahun itu di kerusi bayi pada bahagian penumpang hadapan.






Foto: IG




"Semasa kejadian hanya saya dan Aisy sahaja... kami dah nak balik rumah, saya letak Aisy di kerusi hadapan penumpang kemudian tutup pintu untuk bergerak ke bahagian pemandu.


"Bila nak buka pintu pemandu tiba-tiba tengok dah terkunci dari dalam... kunci kereta pula tak ada dekat tangan saya sebab beg awal-awal lagi dah masukkan dalam kereta.


"Saya terus hilang arah, tak tahu nak buat macam mana, kereta pun belum start lagi risau kalau Aisy lemas dekat dalam... saya tak fikir panjang terus minta tolong orang sekeliling, saya pinjam telefon untuk hubungi suami dan minta mereka bantu bukakan pintu," katanya kepada mStar.




  



Tidak menunggu lama, kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini berkata dia meminta bantuan orang awam memecahkan tingkap kereta milik suaminya itu.


Selepas beberapa kali mencuba akhirnya cermin pada bahagian penumpang belakang berjaya dipecahkan dan pintu dibuka.


"Selepas hubungi suami, dia terus bergerak datang ke kami, lokasi taman rekreasi tu tak jauh pun dari rumah... sementara dia dalam perjalanan itu saya minta tolong beberapa orang di situ untuk pecahkan tingkap.


"Beberapa kali cubaan nak pecahkan tingkap menggunakan batu tapi tak boleh. Datang seorang abang ni bawa besi dan akhirnya pecah juga tingkap kecil di bahagian belakang. Syukur Alhamdulillah... tak kisahlah tingkap kereta rosak asalkan pintu boleh dibuka.


"Semasa itu saya memang kalut, minta tolong semua orang yang ada di situ, tak boleh nak fikir apa dah... risau kalau Aisy menangis tapi syukur dia diam sahaja dan masih boleh ketawa tengok saya dari dalam," ujarnya.




  



Penyanyi lagu Setiaku Pasti ini berkata dia menjadikan insiden itu sebagai pengajaran untuk dia lebih berhati-hati ketika berada di luar rumah.


Malah, dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantunya menyelesaikan masalah itu.




  



"Sebelum ni tak pernah pun berlaku kejadian terkunci dalam kereta, walaupun benda tak jangka nak berlaku tapi selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan pastikan kunci sentiasa berada bersama.


"Sampai sekarang saya masih terbayangkan insiden itu, cemas tu tak boleh nak cakap. Betul-betul jadi pengajaran. Nasihat saya untuk ibu bapa yang lain, kena sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.




  



"Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada kakak-kakak dan abang-abang yang membantu semalam. Kalau mereka tak tolong tak tahu la macam mana," katanya yang kini menetap di kampung halaman suami di Kuala Terengganu.


Fara mendirikan rumah tangga dengan Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada Oktober tahun lalu. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2021 05:25 PM | Show all posts
Menda mula2 i buat lepas start enjin mmg bukak tingkap. Dh jalan br nek kn blk tgkap. Takut jd mcm ni lah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 05:29 PM | Show all posts
owh laki dia pulak ni yg ikut All togethr now Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kawen kerabat teganu ke?
Duduk teganu tu
Orang kaya2 jugak ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab takut kes macam ni la kunci keta aku sentiasa letak dalam poket
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju dgn dia.. pecah kan tingkap kereta. Dari menyusahkan panggil bomba rela bagai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2021 07:31 PM | Show all posts
Kunci spare sepatutnya sentiasa standby kat rumah.....pastu  org kata patut pecahkan tingkap yg besar sbb yg kecik lebih mahal?
I pnah kena dua kali mcmni. Sekali time isi minyak. Staff Petron tu kenal sorang uncle yg pandai bukak pintu kete. kena la jugak bayar 180, and uncle tu pun cepat je sampai.
Sekali lagi dgn anak. Dah letak dia dlm kete, tetiba kete dah auto locked tapi nasib baik x tutup pintu habis lagi. Separa tutup. Tapi mmg dah x boleh bukak dari luar dah walaupun tak rapat. Time tu dlm car park Mid Valley.
Panggil security guard, pakcik tu kata tutup je habis pintu tu. I pulak takut nak tutup sbb nanti tertutup habis naya je. Betul ckp pakcik tu. Bila tutup habis, lock tu terus unlock. Huhuhuhuhuhu.
So for kereta skrg, i request non auto lock. Haha. senang. Cuma pintu blkg i on child safetly lock so dorang xleh bukak dari dlm. itu je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sensor rosak ke? Dia pakai kereta apa?

Iolsss memang rasa annoyinggg sangat kalau sensor rosak.. Nak repair sensor ke apa tu pergi dekat branch servis lebih bagus sebab deorang ada kelengkapan yang lengkap berbanding bengkel.. sebab ni sensor ye dekkk plus boleh merasa ala2 queen dekat service centre tu, mesin kopi ada, kusi urut ada, silap2 GRO pun ada dengan Hanak Ikan jejan, kalau tukar cermin boleh ler bengkel2 tepi jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2021 07:42 PM | Show all posts
kaka pernah kena dengan rented car
ada orang tua cina punya mucau kaka
tapi baik sungguh, dia juga pergi panggil foreman
tolong buka
sebab car rental services lambat nak sampai
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dah panik kan, panggil bomba pun lambat, takpelah cermin boleh ganti nyawa anak mana ada gantinya oiii

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh? Seriau pulak aku baca cerita minah ni (walaupun aku xkenal dia siapa
Aku selalu lah sangat, letak handbag dulu bawah seat depan, then pasang anak aku dlm carseat dkt seat blkg (btw, minah ni letak anak kat seat depan dlm carseat tu salah ya, i hope dia offkan airbag dia   then aku baru jalan pegi driver seat

Eh semua kereta ke ada auto lock ni hah?
Alhamdulillah so far, tak penah pulak jadi kat kereta aku. Siapa tau ini apply utk kereta apa
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
supermum replied at 12-10-2021 06:39 PM
Sebab takut kes macam ni la kunci keta aku sentiasa letak dalam poket

Betul acik pun sama. Kunci keta sentiasa dlm poket suar. Acik siap boh getah larian amal kat kunci tuh. Kalo pakai baju kurung, acik sarung getah larian amal tuh kat wrist fefeling bawak keta pakai gelang pandora
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
First of all, me puji sebab anak dia duduk dalam carseat (sangka baik, anak dia pakai safety belt lah kan). Banyak meols tengok duduk dalam carseat tapi tak pakai safety belt)

Okay pastu meols nak hencap, apsal la letak anak dekat seat depan. Bahaya kot sebab ada airbag. The most safe place for child seat is at the back, away from airbag. Tak tengok ke ada gambar larangan letak anak dekat depan

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 12-10-2021 10:20 PM
Eh? Seriau pulak aku baca cerita minah ni (walaupun aku xkenal dia siapa
Aku selalu lah sangat,  ...

Toyota ada auto lock. Tp kalau avanza dia ada beberapa minit lah sebelum auto lock ni. Selalu nya bila enjin tak hidup baru jadi auto lock. Kalau vios baru tak nak auto lock guna je button dekat door handle. Jgn guna rwmote key kalau nak bukak or tutup kereta
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 07:31 AM | Show all posts
bila artikel sebut "kakak kepada aiman tino" baru aku teringat kewujudan dia ni.
masa mula2 baca "sapa dia fara hazel ni?"
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 13-10-2021 12:42 AM
Betul acik pun sama. Kunci keta sentiasa dlm poket suar. Acik siap boh getah larian amal kat kunci ...

Hahaha aku kalau takde poket, sangkut kat pinggang seluar cik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2021 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 12-10-2021 10:20 PM
Eh? Seriau pulak aku baca cerita minah ni (walaupun aku xkenal dia siapa
Aku selalu lah sangat,  ...

Viva aku yang more than 10 years pun ada. Tapi aku tak tau mechanism auto lock ni macam mana. Unexpected pun ada. Jadi aku sentiasa simpan kunci dalam poket.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana datang Hazel?

Iol takde anak so hanya mampu baca komen jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 11:00 PM | Show all posts
adui.. bahayanya
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Huii.. kalau aku kene cmni pon cuak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.058166 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list