Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri mengakui terpaksa menggugurkan nama pengarah dan penolong pengarah telefilem terbitannya selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, pagi kelmarin.
Syafiqa berkata, pihak produksi terkilan apabila pengarah dan penolong pengarah yang sepatutnya menghabiskan baki penggambaran sebanyak 20 peratus bagaimanapun didapati positif dadah.
Kredit foto: Harian Metro
"Saya serahkan kes ini kepada pihak berkuasa. Kami juga tidak bercadang untuk ikat jamin mereka, sebaliknya kami mengambil keputusan untuk menggugurkan nama mereka dalam telefilem ini secara serta-merta.
"elakon yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah ini juga tidak akan diambil berlakon selepas ini. Mujurlah babak lakonannya dalam telefilem ini sudah selesai," katanya.
Menurut Syafiqa, dua nama yang digugurkan akan digantikan dengan indvidu lain yang lebih layak mengalas tugas terbabit.
"Sepatutnya hari ini baki penggambaran di Kuala Kangsar sebanyak 20 peratus sudah selesai, tapi disebabkan kes ini penggambaran terpaksa dihentikan seketika.
"Buat masa ini, kami dalam proses mencari pengganti sebagai pengarah dan penolong pengarah bagi telefilem ini yang perlu menghabiskan baki penggambaran sebenar iaitu sebanyak 30 peratus saja lagi.
"Sekitar 20 peratus di Kuala Kangsar, manakala 10 peratus lagi di Kuala Lumpur," katanya.
Sumber: Harian Metro |