CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3114|Reply: 0

[Borneo] Rentas negeri: KKM tubuh pasukan khas hadapi sebarang kemungkinan

[Copy link]
Post time 12-10-2021 05:18 AM | Show all posts |Read mode
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan berlaku peningkatan kes selepas rentas negeri dibenarkan bagi mereka yang lengkap vaksinasi bermula 11 Oktober.

Bagaimanapun, kebanyakan kes adalah tidak bergejala dan bergejala ringan atau kategori 1 dan 2, dengan mengambil kira peratusan vaksinasi yang tinggi melebihi 80% di seluruh negara kecuali Sabah.

Menteri Kesihatan, [url=https://www.facebook.com/Khairykj?__cft__[0]=AZVZvjw6pPtUrNWyZ_TMEmV6yQ_GnKrqwCtnCr-w-Ra2hdglA-aZYiBUhuVXzsGNSQ1PoBPa4Es9WYvGtvmSL1GZhhbqxfFAwnhzdUt4ubAz99aUnhfjFllIjjeQt5OyYAns3BCj548B8oXJqOSMNTFw&__tn__=-]K-R]Khairy Jamaluddin[/url]  berkata KKM telah menubuhkan National COVID-19 Rapid Response Task Force (RRTF) bagi menghadapi segala kemungkinan susulan pertambahan pergerakan itu.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda Awani di Astro Awani, malam tadi.

RRTF adalah jawatankuasa khas yang akan melaksanakan tindakan awalan pantas dalam mengawal penularan di sesebuah negeri atau kawasan antaranya menambah katil dan mengubah suai katil bukan COVID-19, membina hospital medan dan menyumberluaran pesakit ke hospital swasta.

YB Khairy berkata, dalam fasa pandemik hidup bersama COVID-19, adalah menjadi tanggungjawab individu untuk memastikan keselamatan diri dan orang sekeliling daripada jangkitan virus itu atau 'take charge'.

Selain terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan terutama pemakaian pelitup muka dan kebersihan diri, orang ramai juga perlu memperkukuhkan kawalan kendiri dengan mengamalkan konsep Test, Report, Isolate, Inform dan Seek (TRIIS).

Jika bergejala, buat ujian saringan dan asingkan diri di rumah. Laporkan kepada KKM menggunakan MySejahtera, maklumkan keadaan kesihatan untuk dipantau dan segera pergi ke fasiliti kesihatan jika gejala semakin teruk.

Kawalan kendiri bermaksud kita sendiri yang harus ada kesedaran, pengetahuan untuk memikul tanggungjawab melindungi diri, keluarga dan masyarakat.

Sehubungan itu, sebelum dan sepanjang perjalanan untuk rentas negeri, pastikan anda bebas COVID-19 sebelum berjumpa ahli keluarga yang lain.

Vaksin telah terbukti berkesan mencegah jangkitan yang teruk, namun usia dan status kesihatan individu juga menjadi faktor penting.






credit


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.618146 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list