CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3199|Reply: 2

[Kelantan] Dua beranak maut, motosikal bertembung kenderaan pacuan empat roda

[Copy link]
Post time 11-10-2021 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Dua beranak maut, motosikal bertembung kenderaan pacuan empat roda[size=0.8]Ramli Ibrahim - Oktober 11, 2021 @ 8:55pmbhnews@bh.com.my


Dua beranak maut nahas jalan raya dekat Gua Sejuk, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, petang tadi. NSTP/Ramli Ibrahim



GUA MUSANG: Dua beranak maut, dua cedera manakala dua lagi terselamat selepas terbabit kemalangan di Kilometer 22, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Gua Sejuk, petang tadi.

Dalam nahas jam 2.15 petang itu, mangsa dikenali sebagai Jeli Udang, 34, dan anak lelakinya, Amir, 12, meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah pada kepala.

Kedua-dua mereka adalah dari perkampungan Orang Asli Kampung Pasir Linggi.

Seorang lagi anak mangsa berusia empat tahun yang belum diketahui identitinya cedera pada kepala dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata kemalangan membabitkan sebuah motosikal ditunggang mangsa dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.

Dalam kemalangan itu, katanya, pemandu kenderaan pacuan empat roda bersama seorang penumpang belakang terselamat manakala seorang penumpang hadapan cedera ringan.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal yang dibonceng bersama dua anaknya dalam perjalanan dari Gua Musang ke rumahnya di Kampung Pasir Linggi.

"Sebaik sampai di lokasi, mangsa dikatakan secara tiba-tiba membuat pusingan U memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda.

"Kenderaan pacuan roda itu terbabas ke dalam semak di tepi jalan bersama motosikal mangsa," katanya di sini, petang ini.

Choon Foo berkata, mangsa tiga beranak terjatuh atas jalan menyebabkan dua beranak meninggal dunia dan seorang lagi anaknya cedera.

Katanya, orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu menyelamatkan anak Orang Asli yang berusia empat tahun dan menghantarnya ke Hospital Gua Musang (HGM).

"Kanak-kanak Orang Asli itu dalam keadaan stabil dihantar pula ke HSIP Kuala Krai untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, penumpang kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, Siti Nor Nadia Amran, 27, yang cedera pada pinggang menerima rawatan di HGM.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Bilik Forensik HGM untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2021 09:44 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 01:32 PM | Show all posts
takziah buat keluarga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21672 Replies : 64
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 5694 Replies : 75
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205096 Replies : 4906
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4338 Replies : 8
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3593 Replies : 23
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12349 Replies : 9
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5692 Replies : 24
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3679 Replies : 28
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5829 Replies : 11
Cara-cara nak tonton siaran TV dan Astro online secara percuma
khairulikhwanCara-cara nak tonton siaran TV dan Astro
Views : 30438 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057506 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list