View: 3837|Reply: 1
|
Terjatuh Sampai Patah Siku, Pengantin Saman Venue Perkahwinan
[Copy link]
|
|
Seorang pengantin perempuan mengemukakan saman berjumlah £150,000 (RM853,157.00) terhadap sebuah venue perkahwinan paling terkenal di United Kingdom (UK) kerana membiarkan lantai dewan basah dek tumpahan minuman sehingga menyebabkannya terjatuh dan mengalami patah siku.
Cara Donovan yang merupakan seorang guru mendakwa dia tergelincir gara-gara pemilik venue, Country House Weddings Ltd melakukan kecuaian.
Country House Weddings Ltd pernah terpilih sebagai venue perkahwinan terbaik di UK oleh pembaca majalah.
Gambar Hiasan
Dakwanya, walaupun ada tumpahan minuman pada lantai dewan namun tiada sesiapa kakitangan yang datang untuk membersihkannya.
Insiden tersebut yang berlaku pada September 2018, mengakibatkan Cara mengalami patah siku.
Cara mendakwa dia masih mengalami kesakitan yang kekal sungguhpun sudah menjalani tiga kali pembedahan. -CARI
Sumber: mstar/ India.com |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kata Msia bole ke saman event venue? Kalau ambil insuran cover 3rd party on premis ada tak chuolls? |
|
|
|
|
|
|
| |
|