CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3294|Reply: 13

[Borneo] Kes basikal lajak: Jurujual wanita kekal dibebas, dilepaskan

[Copy link]
Post time 10-10-2021 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Walaupun ni bukan Berita Borneo ... FC letak juga kat sini ...
untuk menjadi peringatan buat ibu bapa ... supaya seboleh nya memantau pergerakan anak-anak bawah umur ... jangan la sampai mereka bebas sangat keluar malam2 sampai ke pagi ...


Sam Ke Ting dan peguamnya, Muhammad Faizal Mokhtar di Mahkamah Majistret Johor Bahru - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Siti Hajar Ali selepas Sam Ke Ting, 26, diarahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi, Februari lalu.

Keputusan itu diputuskan Siti Hajar, yang membacakan keputusan kes di akhir pembelaan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Siti Hajar dalam keputusannya berkata, mahkamah memutuskan bahawa adalah tidak selamat baginya untuk mensabitkan tertuduh atas pertuduhan yang dihadapinya.

"Selepas meneliti segala keterangan yang dikemukakan dan menimbang semua hujahan Timbalan Pendakwa Raya dan peguam bela tertuduh di akhir kes pembelaan, timbul keraguan munasabah dalam minda saya.

"Maka diputuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan di akhir kes pembelaan," katanya.

Siti Hajar berkata, alasan terhadap keputusan itu mengambil kira keterangan tertuduh yang tiada pengetahuan terhadap aktiviti basikal lajak di situ, adalah munasabah.

"Tertuduh menyatakan beliau tidak tahu ada aktiviti basikal lajak pada waktu malam dan tiada sebarang amaran terhadap aktiviti berkenaan di situ.

"Keterangan tertuduh dia berada di lorong paling kiri lokasi kejadian iaitu Jalan Lingkaran Dalam juga bertepatan dengan hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), yang mendapati kenderaan tertuduh sama ada dipandu pada kelajuan 44.5 kilometer sejam atau 75.8 kilometer sejam.

"Lokasi kejadian itu juga mendaki bukit yang berselekoh dengan keadaan yang gelap dan tertuduh menyatakan tidak nampak ada kumpulan basikal lajak yang memenuhi ketiga-tiga lorong jalan iaitu di bahu, tepi dan tengah jalan di sebalik selekoh berbukit itu.

"Terdapat keraguan identiti pemandu sebenar kereta yang didakwa dipandu tertuduh, berikutan terdapat kemungkinan munasabah tertuduh menumpang kereta yang dipandu rakan berikutan terdapat saksi mata kewujudan seorang lelaki Cina di lokasi kejadian yang didakwa rakan tertuduh," katanya.

Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh yang sebelum ini digantung, dikembalikan semula kepadanya dengan serta-merta.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman, manakala Ke Ting diwakili Muhammad Faizal Mokhtar.

Terdahulu, Ke Ting yang berbaju kemeja biru putih dan berseluar warna krim, hadir ditemani seorang rakannya tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru, kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Pada 18 Februari lalu, Mahkamah Tinggi di sini, mengarahkan Ke Ting yang dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu, untuk membela diri.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahanaz Sulaiman dilaporkan membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, sekali gus mengetepikan perintah dibuat Mahkamah Majistret pada Oktober 2019 untuk melepas dan membebaskan Ke Ting.

Pada 28 Oktober dua tahun lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru, melepas dan membebaskan jurujual wanita berkenaan daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak berkenaan.

Majistret Siti Hajar Ali dilaporkan membuat keputusan itu terhadap Ke Ting, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie pada akhir kes pendakwaan.

Sepanjang perbicaraan bermula Ogos 2017, 46 saksi pendakwaan dan 214 eksibit dikemukakan di mahkamah.

Pada 10 November tahun lalu, pihak pendakwaan dilaporkan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan jurujual wanita itu.

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, ketika itu, Amir Nasruddin, dilaporkan berkata, notis rayuan difailkan pihaknya selepas mendapati dan percaya ada merit memfailkan notis terhadap beberapa isu.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017.

Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda, selain lesen memandu digantung, sekiranya disabit kesalahan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya keadilan dilaksanakan.
Takziah kat mak bapak mangsa kejadian.
Pukul 3 pagi eh? Dimana anak2 anda?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga pelaku dan keluarganya mengalami lapan karma yang tidak mempunyai destinasi
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
i yakin dia tak sengaja.. semoga jadi pengajaran buat semua ibu bapa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa letak kat Borneo?
Ni kes kat Johor kan
Btw..kat FB ramai doakan bukan2 kat amoi ni
Semua tak ngaku salah mak bapak biar anak berkeliaran jam 3 pagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 07:38 PM | Show all posts
lawyer pembela melayu...alahai...demi duit...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2021 07:39 PM | Show all posts
naina replied at 10-10-2021 07:34 PM
Kenapa letak kat Borneo?
Ni kes kat Johor kan
Btw..kat FB ramai doakan bukan2 kat amoi ni
Post time 10-10-2021 05:59 PM | Show the author posts only Reply Awards
Walaupun ni bukan Berita Borneo ... FC letak juga kat sini ...
untuk menjadi peringatan buat ibu bapa ... supaya seboleh nya memantau pergerakan anak-anak bawah umur ... jangan la sampai mereka bebas sangat keluar malam2 sampai ke pagi ...



Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya kalau korang terlanggar mat rempit tak salah laa..sebab tidak dinyatakan ada aktiviti rempit.
Salah satu contoh marhaen lawan kayangan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 09:56 PM | Show all posts
dah tu nak macammana ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 06:06 AM | Show all posts
Belibis replied at 10-10-2021 07:54 PM
Maknanya kalau korang terlanggar mat rempit tak salah laa..sebab tidak dinyatakan ada aktiviti rempi ...

betul la tu...mat rempit tu membahayakan orang lain

if ko la duk drive elok2 pulang dari mencari rezeki, x mabuk x apa...tetibe terlanggar mat rempt yg bawa motor tk ingt dunia, dia mati...then ko harap ko kene hukum gantung..setuju kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2021 08:24 AM | Show all posts
nak perempuan tu d gantung sampai mati kat khalayak ramai bersaksikan mak ayah , sedara mara , sahabat handai dan jiran tetangga arwah adik2 tu ...

gtu la kot baru puas hati...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2021 08:29 AM | Show all posts
merrissa replied at 11-10-2021 06:06 AM
betul la tu...mat rempit tu membahayakan orang lain

if ko la duk drive elok2 pulang dari mencar ...
Setuju ...

dalam hal ni tak yah la main kan sentimen bangsa ...

Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
paling tua 16 tahun ...
16 tahun patut nya pukul 10 malam dah ada kat rumah ... apa tah lagi pukul 3am...

kalau nak kata mak pak tak perasan ... sebab anak2 keluar d luar pengetahuan ... sembunyi2 keluar ... boleh la d terima skit ...

tapi nak salah kan yang melanggar ... agak tak lojik la d situ ...

pasal mat rempit lak ...
tak yah d langgar ... berlanggar sesama sendiri tu dah bertimbun2 kes ...
dan banyak kes maut ( orang yang memandu elok2 ) d sebab kan mengelak mat rempit ni...


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 09:31 AM | Show all posts
biar jadi pengajaran buat ibu bapa yg lain..

jam 2-3am berseronok berlumba membahayakan nyawa org lain..adakah itu xsalah..
what happens if the car driver is malay?
what happens if the car driver died trying to avoid them..?


xyah nak play victim or play the marhaen vs kayangan sgt laa..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 10:58 AM | Show all posts
Pengajaran buat ibu bapa.
Pantau lah anak2 waktu2 malam jangan la di biarkan merata2.
Bila kena kejadian sebegini perit nya tanggung sendiri.
Amik ikhtibar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.068773 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list