CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2990|Reply: 0

[Borneo] Berhenti kejap! Jangan lupa luang masa lakukan teknik pernafasan

[Copy link]
Post time 10-10-2021 02:13 PM | Show all posts |Read mode


Orang ramai diingatkan untuk berhenti rehat seketika dalam melakukan apa jua aktiviti harian dan tarik nafas. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR : Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut 10 Oktober setiap tahun, pelbagai inisiatif dijalankan dalam usaha memastikan kesejahteraan mental seluruh rakyat Malaysia.
Secara umumnya juga, pelbagai kaedah diperkenalkan dalam menangani keresahan dihadapi oleh seseorang.

Ia termasuk teknik pernafasan yang betul untuk menenangkan diri ketika berdepan situasi cemas.

Dalam memastikan orang ramai terus peka dengan kaedaah itu, Google Malaysia memberi peringatan agar orang ramai sentiasa meluangkan masa untuk melakukan teknik pernafasan.

Dalam ciapan ringkas, Google Malaysia mengajak orang ramai untuk berhenti rehat seketika dalam melakukan apa jua aktiviti harian dan tarik nafas.
“Tarik nafas ke dalam… hembus nafas kembali…”



Pada masa sama, Google Malaysia turut mengingatkan orang ramai untuk luangkan sedikit masa walau seminit untuk diri sendiri.

Anda juga boleh ikuti di laman Google teknik-teknik pernafasan yang betul selama satu minit.

Selain itu, antara kaedah lain untuk kurangan keresahan dan stres, anda juga dinasihatkan untuk melakukan senaman secara berkala, amalkan gaya hidup sihat, lakukan aktiviti yang digemari dan luangkan masa bersama orang tersayang.


https://www.astroawani.com/gaya-hidup/berhenti-kejap-jangan-lupa-luang-masa-lakukan-teknik-pernafasan-324542




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.360791 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list