CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3283|Reply: 0

[Perak] Kaki pancing dah boleh 'serang' Tasik Temengor

[Copy link]
Post time 8-10-2021 09:53 PM | Show all posts |Read mode
Kaki pancing dah boleh 'serang' Tasik Temengor[size=0.8][size=0.9]Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my




Ipoh: Pengusaha produk pelancongan sekitar Tasik Temengor, Gerik, khususnya pengusaha rumah bot (houseboat) 'bernyawa kembali' apabila dibenarkan beroperasi semula selepas hampir 19 bulan menutup operasi susulan pandemik Covid-19.

Tourism Perak Management Berhad (Tourism Perak) dalam kenyataannya tadi berkata, pengoperasian semula sektor pelancongan di kawasan berkenaan turut menyaksikan pembukaan Taman Negeri DiRaja Belum.

Bagaimanapun hanya pengunjung dari dalam negeri Perak dibenarkan melakukan aktiviti itu.

Kata kenyataan itu, kelonggaran bagi aktiviti sektor pelancongan tertakluk kepada beberapa syarat selain prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, antara syarat itu adalah pengusaha perkhidmatan 'houseboat' perlu berdaftar dengan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik dan Jabatan Perikanan untuk beroperasi.

"Selain itu wajib ada penyediaan rekod kehadiran pengunjung serta memastikan protokol kesihatan membendung penularan Covid-19 ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa dipatuhi," katanya.

Selain itu menurutnya, kebenaran bermalam di dalam 'houseboat' dibolehkan dengan syarat 'houseboat' berkenaan berada dalam kawasan Taman Negeri DiRaja Belum.

"Bilangan maksimum penumpang termasuk jurumudi dalam satu bot tidak melebihi 50 peratus daripada kapasiti asal penumpang 'houseboat' serta hanya pengunjung berumur antara 18 hingga 60 tahun sahaja dibenar melaksanakan aktiviti berkenaan.

"Pembukaan sektor pelancongan ini akan memberikan sinar baharu kepada mereka yang mana secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan ekonomi komuniti setempat selepas sekian lama suram akibat tiada menerima kunjungan daripada pelancong," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, bagi pengunjung yang ingin memasuki Taman Negeri DiRaja Belum pula, pengusaha produk pelancongan dan pengunjung perlu mematuhi SOP ditetapkan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak.

Menurutnya, antara SOP itu adalah pengunjung hanya dibenarkan melakukan aktiviti memancing secara harian tanpa membabitkan aktiviti bermalam , serta hanya menerima pengunjung dari dalam negeri Perak sahaja.

Menurutnya lagi, pengusaha dan pengunjung mesti lengkap divaksinasi dan perlu mengemukakan salinan sijil sah vaksinasi Covid-19 bersama borang permohonan permit; selain memastikan kapasiti penumpang bot adalah 50 peratus daripada kapasiti sebenar; dengan aktiviti ke perkampungan Orang Asli tidak dibenarkan sama sekali.

Disiarkan pada: Oktober 8, 2021 @ 2:21pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.805421 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list