CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2458|Reply: 10

[Sabah] Bayi cukup sifat dibuang di tong sampah

[Copy link]
Post time 6-10-2021 10:56 PM | Show all posts |Read mode
Bayi cukup sifat dibuang di tong sampah
ASYIKIN ASMIN | | 06 Oktober 2021


Lokasi bayi lelaki ditemui di tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Taman Indah Permai, Manggatal, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Bayi lelaki cukup sifat ditemui di dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Taman Indah Permai, Manggatal, di sini, pada malam Rabu.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan masih hidup oleh seorang lelaki berusia 30-an yang kebetulan melintas kawasan pembuangan sampah berkenaan.


Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan seperti terdengar bunyi yang disangkanya kucing.


Katanya, lelaki itu kemudian menghampiri kawasan pembuangan sampah berkenaan dan mendapati, bunyi berkenaan semakin kuat sebelum bertindak berusaha mencarinya.


"Lelaki terbabit kemudian terkejut dengan penemuan bayi itu sebelum bertindak menghubungi pusat panggilan kecemasan MERS 999 untuk memaklumkan kejadian berkenaan.


“Polis yang tiba di lokasi kejadian terus menjalankan siasatan dan bayi terbabit diserahkan kepada pasukan ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, pada Rabu.


George berkata, bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKS) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.


"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi.


"Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil dan boleh berhubung terus pegawai penyiasat iaitu Inspektor Ab Zumin di talian 014-5521 425,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... uang-di-tong-sampah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2021 10:59 PM | Show all posts
Nasib baiklah ada org jumpa. apa punya manusialah buang2 anak. kalau tak nak bglah kt org lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2021 11:04 PM | Show all posts


ini gambar dr harian metro.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang
Takde baby hatch ke kat sabah tu
Ko main campak anak mcmtu, mcmana budak tu nak idop
Surat beranak takde, mana nak tau dtg dari mana
Ingat budak paperless ni ada masa depan ke

Yihhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kerisnaga replied at 6-10-2021 03:04 PM
ini gambar dr harian metro.

Walaupun berpetak petak, nampak gebu babynya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kang komen lebih2, kot mak dia sedia mental. Harap dikau tu dijumpai lah. Setel kan hal anak. Lps tu hilanglah ke mana sekali pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2021 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya babyyyy!
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 06:09 AM | Show all posts
kerisnaga replied at 6-10-2021 11:04 PM
ini gambar dr harian metro.
Kredit Foto: Zura Wong





Masyarakat perlu lebih banyak kesedaran mengenai perlindungan bayi dengan meninggalkan bayi mereka dalam peti khas Baby Hatch demi keselamatan dan masa depan anak itu.
Kesian baby tu main buang sembarangan ...sampai hati tol...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2021 06:11 AM | Show all posts
Acikgomen replied at 6-10-2021 11:07 PM
Bangang
Takde baby hatch ke kat sabah tu
Ko main campak anak mcmtu, mcmana budak tu nak ido ...
takde pun ...

jangan la buang gtu ... kat tong sampah tu ...
dengan kotoran nya ...
anjing2 liar lagi...

memang niat nak membunuh


Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy paling sakit hati kalau ada kes-kes macam ni. Apalah dosa anak ni sampaikan dibuang macam benda tu tak bernyawa. Walau apa pun alasannya, saya tetap tak boleh terima. Semoga si pelaku mendapat balasan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 7-10-2021 06:11 AM
takde pun ...

jangan la buang gtu ... kat tong sampah tu ...

Yes agree.. Dia mmg niat nak bunuh.. Tapi kuasa Allah.. Baby hidup dan ditemukan orang.. Moga pelaku insaf and come forward la.. Kesian baby takde dox segala..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.146600 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list