CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19707|Reply: 172

Bad Indigo Perlu Banyak Pakai Duit, Tak Kisah Dapat Bantuan Asnaf

[Copy link]
Post time 6-10-2021 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdulah atau Bad, 46, mengakui memerlukan wang yang banyak untuk proses rawatan selepas semua jari kaki kirinya dipotong akibat diabetes, September lalu.


Bad ketika dihubungi berkata, dia perlu ke klinik untuk proses mencuci luka dengan bayaran RM35 setiap kali rawatan.


"Saya terpaksa lakukannya di klinik swasta kerana di klinik kerajaan terpaksa tunggu lama sedangkan saya memang tak larat untuk berbuat begitu," katanya.




Foto: IG




Bad berkata, proses mencuci luka itu perlu dilakukan selang sehari dan setiap minggu dia perlu memperuntukkan kira-kira RM140.


"Ia sesuatu yang sukar sedangkan saya tiada cara lagi untuk dapatkan wang kerana sudah setahun hilang pendapatan," katanya kepada Harian Metro.


Bad berkata, dalam keadaan sekarang memang sukar untuk dia bekerja.


Pekerjaan saya dulu pun dalam pengendalian acara. Apabila berlaku penularan Covid-19, tiada acara dapat diadakan.




  



"Kalau ada pun, saya tak boleh bergerak. Satu lagi kepakaran saya ialah buat kertas kerja acara untuk orang, tapi malangnya acara pun tiada sekarang," katanya.


Menurutnya, untuk menjual makanan pula dia tidak mempunyai kepakaran memasak, manakala untuk membuat ulasan berbayar dia tidak mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.




  



"Saya juga minta tolong keluarga seperti kakak apa yang boleh dibantu. Mak pun banyak bantu dari segi kewangan. Siapa yang nak susahkan emak dan adik-beradik tapi dah terpaksa. Dah tiada cara lain.


"Isteri saya, Ashira sebelum ini pernah menyanyi di platform MICO. Mula-mula okey tapi lama-kelamaan banyak syarat menyusahkan dan terpaksa berhenti," katanya.


Bad berkata, Ashira boleh menjana pendapatan kira-kira RM1,000 hingga RM1,200 sebulan ketika itu.




  



"Sekarang memang dah tiada langsung. Syukur buat masa ini kami tidak putus makanan lagi. Saya harap sangat ada kerja untuk cari pendapatan.


"Selepas ini saya bercadang untuk minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekurang-kurangnya dapatlah RM300 sebulan. Saya pun tak kisah jika dapat bantuan asnaf kerana sangat memerlukan wang," katanya.


Bad berkata, dia kini bergantung kepada pengeluaran wang skim i-Citra menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kehidupan.




  



"Ia cuma untuk lima bulan saja. Lepas itu entahlah, harapnya ada lagi sambungan. Wang itulah saya gunakan tanggung anak-anak, nafkah isteri dan membayar bil rawatan. Nasib baik untuk rawatan hospital saya dapat kad OKU (Orang Kelainan Upaya) dalam sebulan, kira okeylah.


"Sebelum itu saya kena bayar ribuan ringgit. Untuk proses potong sepenuhnya jari kiri kaki saya di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) tiga minggu lalu pun dibiayai sepenuhnya untuk pembedahan. "Namun saya kena bergerak menggunakan perkhidmatan Grab untuk rawatan susulan. Status OKU banyak membantu saya," katanya.




  



Pembedahan itu juga membuatkan pergerakan Bad terbatas dan terpaksa menggunakan 'walker' kerana tidak boleh memijak lantai.


"Setengah tapak kaki kiri dipotong dan sebahagian kulit tapak kaki ditolak ke atas dan dijahit, tapi lukanya terbuka. Itu yang sakit apabila memijak. Bila daging naik dan sebati dengan kulit baru okey. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2021 09:46 AM | Show all posts
bang.. kalau dh terpaksa..
tunggu je la even lame pun..kt klinik kerajaan..
jgn sbb kn status artis.. semua nye nk special..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
rindu klinik 1malaysia, nak pi cuci luka takyah tgu lama2 kat klinik kesihatan dah, lepas kul 5 pun boleh pi lagi... ni pengalaman aku la yang nak kena pi cuci luka.. tapi la ni kalau dah tak mampu sgt, hadap ja la waktu menunggu tu, byk gak tu rm35 sekali kos cuci..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 11:47 AM | Show all posts
masih dgn ashira lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 11:54 AM | Show all posts
kesian ashira...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 12:21 PM | Show all posts
kesian ashira, kot kawin boleh senangkan hidup rupanya lg susah, bad ni dah tau sakit gatal nak kawin, tak malu ke susahkan semua org
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2021 12:24 PM | Show all posts

nk wat camane kn...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 12:28 PM | Show all posts
hotmak replied at 6-10-2021 12:21 PM
kesian ashira, kot kawin boleh senangkan hidup rupanya lg susah, bad ni dah tau sakit gatal nak kawi ...

sbb tu lh org2 tua pesan kalu nk kawin cari y beto2 boleh mnjamin masa depan...pdhal ashira nih dh kawin dh sblum nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2021 12:36 PM | Show all posts
Bantuan JKM dia minta, tapi tak mau pegi dptkan rawatan di klinik gomen kerana kena tunggu lama....jgnla anggap gitu. Klinik sekarang dah jauh lebih baik.....tunggu masa memula nak daftar dan doktor nak diagnos aja, bila dah tau apa masalah, senang aja proses nya. Datang waktu 6g ditentukan, nanti nurse akan buat dressing luka tu. Artis yg suam2 kuku pun nak berlagak. Sedar diri tu, zaman susah2 ni kita jgn nak berkira sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 01:39 PM | Show all posts
klinik gomen jugan yg diburukan..dh xtau xde duit tunggu jelah sekejap, dri pada ko mengemis sane sini..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 01:51 PM | Show all posts
tak tau la perasaan si Ashira tu mcm mana kan ..
jahat mulut aku kalau aku ckp, kesian kat dia sbb ingatkan blh idup senang lps kawen, tapi lain jadinya  huhuhu ..
apa2 pun moga urusan mereka dipermudahkan hendaknya.. ada hikmah disebalik semua ni In Sha Allah ..
btw, sekali pandang mcm Nana pun ada gak si Asyira ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mampu kesian kat wife dia je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni aku x berapa nk kesian, dh mmg dia sakit, cuma aku kesian kt bininya. Ingatkan kawen lega la sikit hidup, rupanya lg perit. Moga Allah permudahkan segalanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Berat mendengar, berat lg bahu yg memikul.. moga dipermudahkan
Utk asyira, mungkin ni jalan dia ke syurga. Moga baik2 aja
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian si ashira nk kena hadap bnda ni plk dia jd janda dulu pon bknnya senang mn pon msti dia ingt dh brlaki senang hidup ada org jaga tp sebaliknya plk dia yg kena jaga org
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
squeeze replied at 6-10-2021 01:39 PM
klinik gomen jugan yg diburukan..dh xtau xde duit tunggu jelah sekejap, dri pada ko mengemis sane si ...

Gov sbnarnye lau nk cpt dtg awal2 pgi..
Kol 8 appointment. Kol 7 dtg dah. Baru la no pggl cpt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2021 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ashira, you can always get out of the marriage..eh
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak uzur benar dia skrg nih kurus jaa.
Anak2 dia sapa tgk2 kan ye?
Bekas isteri ada lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengada-ada golongan B40 baru nak up ni.
Dah tau tak mampu, tunggulah jerlah kat klinik kerajaan tu.
Datang awal pagi.
Tunggu lama pun, bukan chuols ada kerja nak dikejar.



Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Keadaan bad ni sebelum kawin mmg ada yg dah dipotong kan? Ashira maybe dah well informed. Kuat ashira ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.050558 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list