CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1611|Reply: 0

[Borneo] Cadangan penubuhan Institut Genom dan Vaksin Negara tepat pada masanya - Penyeli

[Copy link]
Post time 6-10-2021 07:53 AM | Show all posts |Read mode


Cadangan penubuhan Institut Genom dan Vaksin Negara adalah tepat pada masanya memandangkan negara kini mempunyai penyelidik pakar dalam bidang itu yang bersedia menyumbang kepakaran dan tenaga untuk menghadapi cabaran pandemik.

Universiti Putra Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata tiga penyelidik vaksin COVID-19 dari universiti itu  Prof Datin Paduka Dr Khatijah Yusoff, Prof Datuk Dr Mohd Hair Bejo dan Prof Madya Dr Eddie Chia Suet Lin mengalu-alukan cadangan itu dan memaklumkan ramai pakar penyelidik vaksin negara ini dikenali di seluruh dunia.

“Dengan penubuhan Institut Genom dan Vaksin Negara, diharap ia boleh menjadi Pusat Kecemerlangan dalam bidang vaksin bagi mencetuskan kerjasama yang lebih berkesan antara penyelidik dari universiti, institut penyelidikan, swasta dan kerajaan,” menurut kenyataan itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.209295 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list