CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1817|Reply: 0

[Borneo] Malaysia diberi pengiktirafan A+ dalam pengurangan bahan pemusnah ozon

[Copy link]
Post time 6-10-2021 07:51 AM | Show all posts |Read mode



Malaysia diberi pengiktirafan tahap terbaik iaitu A+ dalam pencapaian pelaksanaan Protokol Montreal bagi mengurangkan penggunaan bahan pemusnah ozon.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata pengiktirafan tersebut telah diberikan Pakar Protokol Montreal Bank Dunia Viraj Vithoontien ketika sesi webinar bertajuk '’Implementation of Montreal Protocol in Malaysia: Success Story & Another Milestones Towards Ozone Climate Benefits." yang dianjurkan oleh JAS pada 29 Sept lepas.

Menurutnya pengiktirafan itu turut disokong oleh ahli panel Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Niloy Banarjee yang kagum dengan kejayaan JAS dalam meyakinkan industri kecil dan sederhana untuk menukar teknologi yang mereka gunakan kepada bahan mesra ozon.

"Selain itu, lebih 16,000 juruteknik terlatih dalam servis refrigeran dalam negara telah berjaya diwujudkan bagi memastikan penyelenggaraan sistem pendingin hawa dan penyejukan mengikut amalan mesra ozon.

“Inisiatif ini dicapai dengan menggalakkan kecekapan tenaga dalam sektor penyejukan yang turut menyumbang kepada jaminan kualiti kehidupan, jaminan makanan dan penyimpanan vaksin dalam keadaan baik dan selamat,” katanya menerusi kenyataan JAS hari ini.

Protokol Montreal adalah satu perjanjian antarabangsa bertujuan mengawal pengeluaran dan penggunaan bahan pemusnah ozon seperti Klorofluorokarbon (CFC), Halon, Karbon Tetraklorida (CTC), Metil Klorofom (111 TCA), Metil Bromida (MBr), Hidroklorofluorokarbon (HCFC), Hidrobromofluorokarbon (HBrFC) dan Bromoklorometana.

-- BERNAMA

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.150081 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list