CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1694|Reply: 0

[Borneo] Kesan sampingan Vaksin tetap ada - Pakar Perubatan

[Copy link]
Post time 4-10-2021 07:29 AM | Show all posts |Read mode
Suntikan vaksin COVID-19 yang diberikan kepada seluruh rakyat di negara ketika ini tetap mempunyai kesan sampingan ataupun dikenali sebagai AEFI (Adverse Events Following Immunization).

Menurut seorang Pakar Perubatan, Dr. Rafidah Abdullah dalam satu kenyataan yang dimuat naik pada Facebook miliknya malam tadi menyatakan bahawa suntikan vaksin COVID-19 yang diberi kepada seluruh rakyat di negara ini diakui ada kesan sampingannya.

“Tiada siapa yang kata vaksin tiada kesan sampingan, tetapi kebanyakannya adalah gejala ringan…

“Saya pun rasa sedikit kepenatan dan mengantuk selepas dos kedua. Saya juga telah melaporkan beberapa kemungkinan AEFI pesakit-pesakit saya yang sampai ke hospital,” demikian menurut Dr Rafidah.


Dr. Rafidah Abdullah

Dalam pada itu, beliau memohon kesemua rakyat percaya akan mereka yakni petugas-petugas perubatan.

“Kerajaan sudah membuat kenyataan akan memberi pampasan jika AEFI sangat teruk berlaku. Jadi, saya mohon kesemuanya percaya kami, petugas-petugas perubatan. Kami akan laporkan AEFI untuk anda,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Dr Rafidah turut menasihati orang ramai agar tidak melaporkan atau menularkan maklumat yang tidak betul akan mengundang salah faham masyarakat
“Laporkan kepada persatuan ke, orang perseorangan bukan caranya. Kalau hendak saman pun, kesemuanya memerlukan laporan klinikal terperinci…

“Saya percaya data penuh AEFI akan dikeluarkan selepas analisa penuh oleh pihak yang berkepakaran. Setiap kes perlu diperhalusi dan dibincang, keputusan pemeriksaan klinikal, keputusan darah dan ujian-ujian lain di nilai,” jelas beliau.

Justeru, Dr Rafidah dalam kenyataannya malam tadi berkongsi cara yang betul dalam melaporkan AEFI, iaitu;
1. Secara manual – borang diisi dan melalui Jabatan Farmasi fasiliti kesihatan (Kerajaan dan Swasta)
2. Melalui web (kami masukkan maklumat) di https://quest3plus.bpfk.gov.my/front-end/adr_web_form_mid.php
3. Lapor sendiri di aplikasi MYSejahtera.

Mengakhiri katanya pada hantaran itu, beliau memohon masyarakat percaya kepada mereka kerana pegawai-pegawai perubatan yang akan menolong serta mereka tidak akan menyelindungi sebarang perkara yang benar dan fakta.

“Kami sentiasa mahukan yang terbaik untuk anda semua.  Kami lah yang akan menolong anda; bukan orang lain. Percaya lah, please (tolong). But, allow us to help you (Tetapi, benarkan kami membantu anda),” ujar beliau.

credit

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.071725 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list