CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1979|Reply: 2

Ada soal jawab la.. bersama Ezlynn

[Copy link]
Post time 3-10-2021 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Saya cuma mahu jadi bidadari cantik di syurga – Ezlynn


TERKEJUT juga apabila penyanyi yang pernah popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye ini mengumumkan mengenai dirinya kini sudah kembali bergelar isteri orang.

Selamat bernikah dengan jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Wan Hafizam, pada 11 September lalu, Ezlynn juga dilihat cuma mengumumkan berita gembira itu secara santai tanpa niat untuk bermegah-megahan.

Menerusi perkhabaran itu, tentulah ramai kalangan peminat termasuk rakan artis pun tumpang gembira dengan dirinya. Iyalah, setelah melalui pengalaman pahit dek kegagalan rumah tangga yang lalu bersama bekas pengurusnya, Adam Fahmy Shamsuddin, ramai juga mendoakan agar rumah tangga keduanya kali ini kekal dan terus bertahan.

Tidak selamanya seseorang wanita itu mahu kekal memegang status janda, betul tak? Kalau sudah namanya jodoh dan Tuhan itu Maha Mendengar akan rintihan hati Ezlynn selama ini, siapa yang tahu bukan?

Berpeluang berbual dengan penyanyi yang satu ketika lincah beraksi di pentas ini, Pancaindera kongsikan bersama pembaca akan luahan hati wanita berusia 39 tahun ini.

Bagaimana keadaan Ezlynn sekarang, kembali berumah tangga selepas 4 tahun berstatus single?
Alhamdulillah. Saya bertemu dengan seorang suami yang memahami. Dia pun banyak memberi saya masa untuk membiasakan diri untuk kembali bergelar seorang isteri setelah sebelum ini pernah melalui sebuah rumah tangga yang kecundang. Suami juga banyak memberi tunjuk ajar dan cara bagaimana untuk menyesuaikan diri kami dalam penerokaan fasa baru kami ini. Dia juga tak asing lagi dalam dunia glamor jadi masalah cemburu atau apa itu tak timbul sangat.Pendek kata kami berdua ini sangat memahami diri masing-masing.

Boleh kongsikan detik perkenalan sebab mcm tiba tiba saja Ezlynn kahwin, bak kata orang tiada angin tiada ribut. Pandai simpan rahsia.
Ia bermula apabila kami banyak buat kerja-kerja amal termasuk badan bukan kerajaan (NGO) di bawah badan beruniform. Kurang lebih setahun lalu. Sebenarnya kami tidak pernah pun merancang untuk berkawan atau berkahwin dan hubungan itu banyak ke arah bekerjasama menjayakan program-program. Pendek kata perhubungan kerja dan tak lebih daripada itu. Sebab itulah tiada orang tahu pun. Sebab semuanya berteraskan kerja. Saya pun tak sangka dengan jodoh ini. Cuma saya akui memang mengagumi cara dia bekerja dan menjalankan tugas dan amanah.

Suami kini adakah orang yang memang sering Ezlynn doakan untuk hadir dalam hidup setelah sebelum ini, dibelenggu duka dengan kisah pahit?
Selepas saya bercerai pada 2017, saya memang banyak berdoa untuk Allah menggantikan saya dengan suami yang boleh membawa saya ke syurga. Banyak ciri-ciri yang saya cari ada dalam diri suami yang secara tidak langsung ada banyak persamaan dengan saya sendiri. Contohnya, suka memberi dan membuat kerja-kerja amal. Dia juga mempunyai misi yang sama dengan saya. Masing-masing mahu mencari saham akhirat.

Bercakap pasal status janda bertukar kepada isteri orang kembali, tentunya Ezlynn tidak boleh lari daripada trauma kegagalan rumah tangga terdahulu.
Setiap perhubungan perkahwinan ada masalah tersendiri . Cuma bagi saya, tidak perlulah menyalahkan pasangan kerana banyak juga masalah datang daripada diri sendiri. Apa yang saya boleh buat cuma berusaha jadi lebih baik daripada dulu. Cuba mendekatkan diri dengan Allah dan belajar banyak memberi berbanding menerima.

Pakej menjadi ibu kepada anak-anak tiri juga bagaimana? Kekok tak?
Untuk menjadi seorang ibu tidak kekok bagi saya sebab kebetulan, saya mempunyai ramai anak-anak saudara. Umpamanya sudah ada latihan. Cuma anak-anak tiri tidak tinggal bersama saya. Mereka bersama ibu mereka dan cuma hujung minggu sahaja Insya-Allah baru luangkan masa bersama.

Wanita, kalau pernah berkahwin, kemudian bercerai, orang sentiasa meletakkan kesalahan kepada wanita itu kononnya tak pandai urus rumah tangga. Berdasarkan pengalaman sendiri, apa nasihat Ezlynn kepada wanita yang mungkin takut untuk berkahwin sebab masyarakat memandang serong pada gelaran janda.
Saya lihat, kebanyakan perceraian sekarang ini berlaku disebabkan faktor kekangan kewangan dan ekonomi. Kalau nak cakap pasal layanan, hal itu bukan daripada sebelah pihak sahaja. Ia perlu seimbang dan diusahakan sama-sama sebagai suami dan Isteri. Barulah rumah tangga kekal ke Jannah Insya-Allah. Soal janda pula bagi saya ialah orang yang berpengalaman namun pernah buat kesilapan pada perkahwinan lalu, Kita bangkit dan cuba jadi yang terbaik untuk perhubungan seterusnya.

Perubahan baik Ezlynn juga menjadi bualan ramai sejak beberapa tahun ini, apakah ini juga menjadi fokus Ezlynn kerana dahulu orang tahu bagaimana lincahnya seorang Ezlynn di pentas. Dalam erti kata lain, nampak Ezlynn fokus ke arah akhirat sekarang, apa yang terdetik di hati Ezlynn?
Tiada lain kecuali besarlah harapan saya untuk menjadi bidadari yang paling cantik di syurga dari sudut isteri-isteri yang berlaku baik kepada suami. Memang sejak empat tahun lalu saya sudah mula mengejar saham akhirat. Cuma dua tahun kebelakangan ini saya makin kuat untuk mengikuti segala yang disuruh Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang. Satu cara yang mudah untuk ke syurga Allah adalah dengan menjadi isteri yang baik buat suami.


Sumber:https://www.utusan.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2021 04:51 PM | Show all posts
pnh jmpe dia kt SSM, manis cute2 org nya.. mcm periang2 gituuuu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga termakbul doa mu itewww haihaibaibai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.050985 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list