"2 tahun lalu, mommy bertarung nyawa 10 jam dalam labour room"
Aktres, Elfira Loy mengimbas kembali kenangannya ketika melahirkan anaknya, Rayyan. Dengan gambarnya bertelekung menahan kesakitan, Elfira menyatakan kesyukurannya kerana anaknya sudah pun berusia dua tahun.
Foto G
Menurut Elfira lagi, 10 jam menahan sakit untuk bersalin berbaloi dengan kelahiran anaknya yang sangat baik.
"Memang seperti dalam doa mommy, penyejuk hati dan pelembut hati kami. Tengok dia je dah boleh gelak , soo cheeky. Alhamdulillah for this biggest blessing in my life."
Rakan artis turut mengucapkan selamat hari jadi kepada Rayyan, antaranya Sari Yanti, Ramona Zam Zam, Cik Manggis, Indah Ruhaila dan Daiyan Trisha.
Foto : IG
Terbaharu, mereka sekeluarga bercuti di Langkawi sempena gelembung perlancongan.
Jadi, nampaknya yang netizen marah-marah kerana Elfira risau tidak dapat menyambut hari jadi anaknya, disambut bersama keluarga di tempat percutian.
Selamat harijadi Rayyan. - CARI
|