CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1815|Reply: 2

[Borneo] COVID-19 beri banyak pengajaran, rakyat lebih bersatu dan berdisiplin

[Copy link]
Post time 3-10-2021 01:31 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 memberi banyak pengajaran kepada semua dan rakyat kelihatan lebih bersatu serta berdisiplin dalam menghadapi musuh yang sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata dari segi ekonomi, ramai yang dahulunya berniaga secara tradisional termasuk orang kampung telah beralih kepada kaedah terkini, secara dalam talian yang semakin popular sekarang.

“Pandemik ini kita dapat mendisplinkan ramai kerana amat sukar untuk menyekat orang daripada keluar dari rumah berbulan-bulan, namun disebabkan COVID-19, ia boleh dilakukan,” katanya semasa sesi wawancara khas bersama editor kanan media di sini baru-baru ini.

Beliau berkata ketika ini tidak ada orang yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam dan lambat laun amalan ini akan menjadi satu budaya baharu bagi ramai dalam penjagaan kesihatan diri.

“Bila berjalan-jalan sebagai contoh, jika ada yang tidak memakai pelitup muka kita akan tegur supaya dia pakai ... mungkin kerana kita ambil berat tentang dia atau kerana kita mahu elak daripada jangkitan. Kita menjadi lebih prihatin” katanya.

Disebabkan perancangan teliti kerajaan, Ismail Sabri menjangkakan menjelang Disember semua sektor dapat dibuka semula dan rakyat kembali gembira dengan kes penularan COVID-19 serta angka kematian akibat virus itu terus menurun.

“Siapa sangka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang dahulu kita tidak tahu bila boleh dibuka semula kini di fasa pemulihan ketiga. Lembah Klang inilah nadi ekonomi, 70 peratus tertumpu di sini dan sekarang sudah dibuka dan ini lah perasaan gembira yang dirasai semua,” katanya.

Beliau berkata keputusan untuk membenarkan rentas negeri semula apabila tahap vaksinasi golongan dewasa mencapai 90 peratus amat mengembirakan semua kerana ramai yang sudah tidak pulang ke kampung untuk menziarahi keluarga. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2021/10/02


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2021 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandemik ini kita dapat mendisplinkan ramai kerana amat sukar untuk menyekat orang daripada keluar dari rumah berbulan-bulan, namun disebabkan COVID-

that is so true..lagi satu sejak covid weols sedar bertapa pentingnya kena harga org sekeliling
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 08:44 AM | Show all posts
Para antivaxx bukan nak mengahargai orang sekeliling pun.. merosakan minda org sekeliling adalah kehulur kehilir vaksin, kehulu kehilir dajjal, al-mahdi, illuminati.

pengajaran aku dalam pendemi adalah seksa.. melawan kebodohan terutama dari kalangan adik beradik sendiri. aku org IT bukan org didalam pakar kesihatan.. tapi terpaksa buat fact check sebab fitnah dan kebodo melampau lampau tersebar disekeliling.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.055468 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list