View: 1997|Reply: 4
|
[Sabah]
Isu pencerobohan China, kerajaan Sabah desak adakan rundingan antarabangsa
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah memandang serius tindakan keterlaluan China yang disifatkan sebagai ancaman terhadap kerajaan Malaysia dan negeri Sabah secara menyeluruh.
Timbalan Ketua Menteri Sabah I, Datuk Seri Bung Moktar (gambar) berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada kerajaan Pusat untuk segera mengatasi perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan rakyat Sabah dan bakal menjejaskan banyak industri seperti ekonomi dan perlancongan negeri itu.
“Saya memandang berat perkara ini kerana isu ini telah berlarutan sejak sekian lama sehingga banyak berlakunya pencerobohan di sempadan perairan negara yang melibatkan pulau-pulau kecil di kawasan berhampiran.
“Saya yakin dan percaya kerajaan pusat akan dapat segera menyelesaikan perkara ini kerana tindakan China ini bakal memberikan implikasi buruk kepada keselamatan dan ekonomi kerajaan negeri serta menimbulkan kebimbangan rakyat dan pelabur seperti perniagaan laut dalam, perlancongan dan sebagainya.
“Di masa yang sama saya berharap agar pihak keselamatan seperti maritim dan TUDM serta semua yang terlibat untuk bersama-sama mempertingkatkan keselamatan di perairan dan sempadan negara ,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Semalam Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob berkata, insiden pencerobohan perairan negara melibatkan kapal daripada China telah berlaku sejak 2013 dan terdapat peningkatkan aktiviti tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Abdul Rahman mengulas laporan beberapa portal pertahanan antarabangsa yang mendakwa terdapat sejumlah kapal Pengawal Pantai China menceroboh perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.
Insiden itu berlaku selepas tidak sampai 24 jam TUDM melakukan latihan bersama Amerika Syarikat (AS) apabila dua kapal negara itu dengan kod CCG 5202 dan CCG 6307 bertindak biadab memasuki kawasan Sabah yang kaya dengan gas dan minyak mentah berkualiti.
Ketika mengulas lanjut, Bung yang juga Ketua UMNO Sabah berkata pihaknya berharap agar kerajaan pusat mendesak agar satu rundingan segera diadakan dengan semua pihak yang terlibat.
“Saya serah pada Menteri Luar untuk melihat dan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menanggani perkara ini. Perlu segera di selesaikan sebab kalau semua negara mahu tuntut boleh menyebabkan berlakunya kekacauan.
“Bagi pihak kerajaan negeri kami mengharapkan agar perundingan di peringkat antarabangsa dapat segera diadakan bagi mencari jalan peneyelesaian kerana perbalahan yang berterusan telah mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat.
Filipina pada Jumaat menzahirkan rasa marah dengan menghantar bantahan diplomatik kepada Presiden Xi Jinping ekoran laporan perisikan negara itu berhubung pencerobohan hampir 100 buah kapal China yang dilihat memasuki perairan Laut China Selatan yang di tuntut Manila.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
melibatkan kapal daripada China telah berlaku sejak 2013
uihh lama dah kisahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia baik hati sangat...relax je setakat jenguk je abg besar masuk kawasan... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia tidak akan berkompromi sekiranya terdapat ancaman di Laut Cina Selatan
Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana negara sekiranya terdapat ancaman di Laut China Selatan, demikian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata perkara itu pernah dibangkitkannya beberapa kali dalam perjumpaan bersama wakil-wakil negara dan forum antarabangsa semasa memegang portfolio Menteri Pertahanan.
“Kita katakan kita tidak akan berkompromi dari segi kedaulatan kita,” katanya.
Ismail Sabri berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan di stesen televisyen tempatan malam ini.
Menyentuh dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara, iaitu antara sembilan fokus dalam Rancangan Malaysia Ke-12, beliau berkata keselamatan merupakan isu yang amat penting kerana pembangunan negara akan terbantut sekiranya berada dalam keadaan kucar-kacir dan tidak selamat.
“Sememangnya kerajaan menumpukan perhatian kepada keselamatan dan pertahanan sejak dari dahulu.
“Bajet kita pun tahun lepas bertambah berbanding dengan yang lepas-lepas kerana kedaulatan negara tak boleh dikompromi dengan sesiapa sekali pun,” katanya.
Ismail Sabri turut menyifatkan Op Benteng, yang diketuai Angkatan Tentera Malaysia dan dibantu 11 agensi lain, sebagai berjaya dalam menyekat kemasukan pendatang tanpa izin yang mungkin membawa virus COVID-19 ke negara ini.
Beliau berkata usaha itu diperkukuh dengan penambahan 19 pos kawalan sempadan serta pembinaan kem baharu terutama di Sabah dan Sarawak. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|