CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2225|Reply: 3

[Borneo] Kes vaksin kosong lagi

[Copy link]
Post time 2-10-2021 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Remaja disuntik vaksin ‘kosong’ terima vaksin baharu

PUTRAJAYA: Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) mengesahkan petugas kesihatan (pemvaksin) telah  tersalah mengambil satu picagari kosong yang masih belum digunakan dari ruangan  meja sama dengan picagari berisi vaksin dalam isu kejadian seorang remaja disuntik picagari kosong.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata,  siasatan awal oleh ProtectHealth mendapati kejadian tersebut berlaku di Pusat  Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM) pada 30 September lalu.  

Dalam kejadian pada pukul 3.16 petang itu, katanya, petugas kesihatan itu telah mengikut prosedur ditetapkan seperti menunjukkan vaksin dikeluarkan dari botol vaksin melalui picagari dan  menunjukkan picagari berisi vaksin dengan dos sepatutnya kepada ibu  remaja berkenaan.

“Setelah menunjukkan picagari berisi vaksin, beliau meletakkan sebentar picagari tersebut di atas meja untuk melakukan proses nyahkuman di lengan remaja sebelum memberikan suntikan.

“Bagaimanapun, dia tersalah ambil  picagari yang kosong dan membuat suntikan ke lengan remaja tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi CITF-A berkata,  bagaimanapun setelah selesai, petugas kesihatan itu menyedari kesilapan beliau dan memaklumkan kepada Pegawai Perubatan yang bertugas di PPV UM dan kedua-dua mereka segera mengadakan perbincangan dengan ibu bapa remaja tersebut.

Beliau menjelaskan, setelah memahami penjelasan diberikan, ibu bapa remaja berkenaan memberi kebenaran untuk remaja tersebut diberikan suntikan vaksin di  lengan yang berlainan mengikut Prosedur Dos Kurang.

“Prosedur Dos Kurang  merupakan garis panduan klinikal yang mencadangkan pemberian vaksin di  lengan berlawanan jika dos pertama dianggap tidak mencukupi dan dos  semula diperlukan.

“CITF-A amat kesal dengan kejadian ini dan ingin memohon maaf kepada  ibu bapa dan remaja yang terlibat di atas kesulitan yang berlaku. Kejadian ini  disifatkan sebagai kesilapan ketika bertugas atau human error,” katanya.

Beliau menegaskan,  petugas kesihatan berkenaan telah diberi amaran untuk lebih berhati-hati  dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Katanya, prosedur dalaman juga ditambah  baik dengan memastikan tiada picagari lain di ruangan meja sama ketika  memberi suntikan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Sebelum ini tersebar video tular yang menunjukkan rakaman proses vaksinasi ke atas  seorang remaja berusia 12 tahun menggunakan picagari kosong oleh seorang  pemvaksin. – UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangka baikkkkk..misi sengaja sbb dia risau keselamatan kanak2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2021 08:34 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah penat, bukan sikit2 orang. Badan tak cukup rehat

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.060747 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list