CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1836|Reply: 4

Kantoi Sorok Kambing Dengan Kanvas

[Copy link]
Post time 2-10-2021 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Cubaan dua lelaki menyorok enam kambing di belakang pacuan empat roda menggunakan kanvas bagi mengaburi mata anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan gagal apabila ditahan pada Jumaat.


Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan pihaknya semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah jam 9 malam.


"Semasa ditahan kedua-dua lelaki berusia 23 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkait dengan barangan mereka bawa," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan pada Sabtu.








Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di bahagian belakang pacuan empat roda membawa kepada penemuan enam ekor kambing yang telah ditutup menggunakan kanvas plastik berwarna biru.


Katanya, kesemua barangan rampasan termasuk kenderaan dan kedua-dua lelaki itu dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.


Azhari berkata, kes disiasat bawah Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953 dan nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan serta kambing dianggarkan berjumlah RM127,500.


Pemeriksaan ke atas sebuah kereta membawa kepada penemuan rokok putih berjumlah RM15,000.


"GA akan terus memperketatkan lagi kawalan sempadan dengan membuat pemantauan di pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula dari Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor, Tumpat bagi membendung aktiviti jenayah rentas sempadan.


"Kami sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang dikesan terlibat dengan aktiviti tersebut," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mbekkkkkk



Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
blet blet...... -kambeng kokusen
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahaha
Hadoyaiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.284083 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list