View: 6945|Reply: 36
|
Ben Ali dan Nadiyah Shahab bangga masuk ‘mall’
[Copy link]
|
|
Ben Ali dan Nadiyah Shahab bangga masuk ‘mall’
KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun beroperasi secara atas talian, jenama popular tempatan Absolut Chocolat milik pasangan pelakon Ben Ali dan Nadiyah Shahab kini mengorak langkah menerusi pembukaan cawangan stor fizikal pertamanya di pusat beli belah terkemuka, Mid Valley Megamall.
Kios berkenaan di bawah tapak bernombor LGC-18 itu menjadi bukti kelangsungan jenama yang dimiliki anak tempatan berbangsa Melayu dalam bersaing secara sihat dan berdiri sebaris dengan jenama besar lain di pasar raya terkemuka negara.
Menurut Ben yang juga Pengarah Urusan Absolute Chocolat, dia memasang hajat untuk memasuki pasaran ‘offline’ dengan menyasarkan kesemua pasar raya terkemuka sekitar Lembah Klang.
“Sektor ‘offline’ terutamanya di dalam pasar raya mega ini didominasi oleh bangsa lain selain Melayu. Lantas ia menjadikan faktor ini sebagai satu cabaran dan batu loncatan kepada kami untuk terus maju kehadapan melalui visi dan misi yang diperjuangkan.
“Walaupun laluan itu tidak mudah bagi sebuah jenama yang dikira masih baru untuk pasaran offline seperti kami, saya tetap optimis. Usaha ini juga sebagai langkah permulaan bagi kami untuk membawa nama Absolut Chocolat tidak hanya di Malaysia, bahkan di serata dunia,” katanya.
Tambah Ben atau nama penuhnya, Nur Ali Nadzwan, jenama yang baru menerima pengiktirafan oleh Superbrand International dengan menjadi salah satu jenama yang membawa gelaran ‘Superbrand’ di Malaysia itu juga cuba melawan arus.
“Antara sebab lain kenapa kami melebarkan cabang perniagaan ke sektor ini selepas melihat kesan pandemik COVID-19 yang menggegar dunia. Khususnya kepada peniaga offline yang paling terkesan dan terpaksa menutup kedai selama berbulan bulan kerana terpaksa akur dengan arahan pihak berkuasa.
“Di saat banyak perniagaan offline mahu bertukar ke online, kami pula mengambil langkah sebaliknya. Usaha itu juga sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya apa-apa berlaku pada dunia dalam talian. Sekurang kurangnya kami mempunyai sandaran perniagaan offline juga. “Siapa pun tidak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti, dunia perlu menutup operasi ekonomi secara menyeluruh,” katanya.
Selain itu, menurut Ben usaha menembusi pasaran luar talian dengan memilih lokasi pertama pusat beli belah itu turut didorongi pelbagai faktor termasuk mahu ia diterima semua lapisan masyarakat.
“Salah satunya, kerana pusat beli belah itu memiliki faktor demografik yang lebih seimbang. Selama ini 85 peratus daripada pelanggan kami di kalangan orang berbangsa Melayu. Namun kami percaya bahawa perniagaan berasaskan makanan dan minuman (F&B) ini untuk semua kaum.
“Jadi kami memilih pusat belah itu juga kerana 50 peratus pengunjungnya di kalangan kaum Cina. Lucunya menerusi bancian kami lakukan selepas dua minggu beroperasi di situ, ramai menyangka jenama kami dari Korea. Malah rata rata terutama pelanggan berbangsa Cina tidak pernah mendengar jenama kami,” katanya.
Sementara itu, Nadiyah sebagai Ketua Pengarah Eksekutif pula berkata empat lagi kios fizikal di pusat beli lain sedang dirancang kemasukannya dalam tahun ini.
“Apabila mula memasuki Mid Valley, kami mula mendapat pelawaan daripada beberapa pusat beli belah utama lain.
“Seiring dengan apa yang dirancang, kami akan membuka empat lagi cawangan kios di Pavilion KL, Sunway Pyramid, IOI Mall Putrajaya dan Sunway Velocity bermula dari Oktober sehingga Disember 2021.
“Dan kami dijangka akan membuka lima cawangan kios lagi juga di Lembah Klang sebelum April tahun depan. Ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 10 cawangan bagi suku pertama 2022,” katanya.
Sumber:https://www.utusan.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Finally. Kek cloud dalgona dia sedap. Kek tu gebu-gebu rasa oren tuang dengan dalgona cream. Harga pun tak mahal untuk saiz dia |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la, berani .. moga terus maju dan dapat sokongan dari semua bangsa.. jom kita bagi sokongan |
|
|
|
|
|
|
|
supermum replied at 30-9-2021 07:11 PM
Finally. Kek cloud dalgona dia sedap. Kek tu gebu-gebu rasa oren tuang dengan dalgona cream. Harga p ...
yg sos kuning tu sedap jgk tak sis terliur tgk org post dedulu masa mula2 muncul tp xde org nk join mkn..sorg mana habis khenzz |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku kek dia ni biasa saja dan rasa lbh kurang sama je antara jenis tu dan x rasa nk repeat beli lg....byk lg kedai kek yg sedap2 dan pelbagai flavour n rasa..
Tapi apa2pun tahniah sbb melebarkan lg biznez anda..mohon buat RnD lg rasa kek tu klau mahu trus bertahan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Good for them..tp nape muka bini tu nmpak pelik |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah..sis suka milk lava dia..nyum nyum |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 30-9-2021 07:34 PM
yg sos kuning tu sedap jgk tak sis terliur tgk org post dedulu masa mula2 muncul tp xde org nk joi ...
Sos kuning yang salted egg tu ke? Tak pernah try. Macam tak kena tekak aku pulak kek rasa salted egg haha tapi dalgona dia sedap |
|
|
|
|
|
|
|
supermum replied at 30-9-2021 08:59 PM
Sos kuning yang salted egg tu ke? Tak pernah try. Macam tak kena tekak aku pulak kek rasa salted e ...
aah yg salted egg tu
tu la bila i nak beli..org keliling i dk ckp mcm xkena ngn tekak..tu yg xbeli2 lg |
|
|
|
|
|
|
|
Iol tak pernah makan kek kedai deyol ni
Tapi congrats dan moga sukses! |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nampak diorg kat ioi city mall last week. Pakai mask pon mak i boleh kenal. Aura celebrity memancor |
|
|
|
|
|
|
|
Jadahnya superbrand? Aku tk kenal langsung n tk penah jumpa produk depa.ni anugerah beli or anugerah syok sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
apedehal replied at 30-9-2021 08:40 PM
Good for them..tp nape muka bini tu nmpak pelik
syg chuolls muka bini dia tu asal nya mmg lawa org nya.. tp dh mula repair.. nk jatuh skit muka tu, cucuk renew.. syg la... |
|
|
|
|
|
|
|
Hebatlaaa. Sure sewa mahal puluh2 ribu. Takpelah bisnes kencangggg. Semoga terus maju jaya |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Mid Valley ek, bolehla try nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
enot_sibudak replied at 30-9-2021 01:55 PM
syg chuolls muka bini dia tu asal nya mmg lawa org nya.. tp dh mula repair.. nk jatuh skit muka tu ...
Muka dia mcm ada iras lucinta luna kan? Pakdol selalu keliru.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm menarik utk dicuba
rege tel aviv tak kaka
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah try Salted Egg Charcoal cake. UHuuuuuuhhh... nasib baik aku tak beli. Tp adik adik ipo beli. Yg bhgian dlm kek coklat tu.. tak sedap , okayyy . Tlebih bikarbonat.. Frust giler SIL aku. Tp yg kuning2 biji2 (salt egg) tu sedap.lah.. Kalau ada jual b'asingan aku nak beli yg biji2 tu je . hahahhaha.... Tp harap2 dorg dpt buat penambah baikkan lah. Sbb yg bagi komen ni bukan aku je... Nitizen lain pn sepdpat cam aku...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pak.dolla replied at 1-10-2021 09:15 AM
Muka dia mcm ada iras lucinta luna kan? Pakdol selalu keliru..
mcm lucinta lawa lagi hasil operate smbil iols terbayang time dia batuk n nk muntah masa konon pregnant kembar, sora dia trus keluar asli laki trus bunyi.. hahahaha.. seremmm |
|
|
|
|
|
|
|
enot_sibudak replied at 1-10-2021 01:38 AM
mcm lucinta lawa lagi hasil operate smbil iols terbayang time dia batuk n nk muntah masa konon pre ...
Cer tgk ada sorang actress seberang..muka dia sejibik lucinta..nama dia sheila alexander |
|
|
|
|
|
|
| |
|