View: 1305|Reply: 1
|
Percaya Dirasuk, Wanita Gigit Dan Makan Jari Teman Serumah
[Copy link]
|
|
Wanita diberkas selepas menggigit dan memakan dua jari rakannya di hadapan anak mangsa berusia enam tahun.
Lapor The Sun, suspek berusia 45 tahun menyerang mangsa berusia 48, di rumah mereka di Seville kerana mempercayai mangsa ‘dirasuk’.
Selepas mendapat panggilan daripada jiran mangsa, pihak polis bergegas ke rumah tersebut dan berjaya memberkas suspek.
Foto: AFP
Media tempatan melaporkan, polis mengesyaki berlaku pertelingkahan kerana salah seorang daripada mereka dipercayai membaling sebotol minuman bercampur garam.
Penyerang mempercayai rakannya ‘dirasuk’ lalu bertindak ganas terhadap mangsa.
Dia didakwa memukul mangsa di kepala dengan batu besar sebelum menolaknya ke lantai dan menggigit dua jari mangsa.
Menurut pihak polis, suspek berasal dari Kenya melakukan jenayah itu ketika memasuki pangsapuri tersebut menggunakan batu yang digunakan sebagai alat serangan.
Foto: fr24news
Mangsa yang berasal dari Congo dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada pembedahan bagi menyelamatkan jari mangsa berjaya dilakukan atau sebaliknya.
Suspek ditahan di wad psikiatrik hospital lain sebelum dihantar ke penjara serta berdepan dengan pertuduhan membunuh.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Haiyoooo rasuk ke bath salt? |
|
|
|
|
|
|
| |
|