CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1941|Reply: 4

Budak 8 Tahun Cabut Bulu Mata, Rambut Sampai Botak Kerana Covid-19

[Copy link]
Post time 29-9-2021 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak berusia lapan tahun hampir botak selepas mencabut rambutnya sendiri kerana tertekan akibat pelaksanaan perintah berkurung Covid-19.


Amelia Mansie mula mencabut bulu matanya April lalu, selepas mengalami tekanan akibat perintah berkurung kali pertama.








Menurut ibunya, Jemma, selepas itu dia mula mencabut rambutnya sendiri, lapor Daily Mail.


Katanya, kanak-kanak itu bertindak sedemikian kerana tidak dapat bertemu rakan dan ahli keluarga lain seperti keadaan biasa.








Jelasnya, anaknya itu akhirnya didiagnosis dengan trikotilomania yang mempengaruhi seorang dari 50 orang pada satu-satu masa.


Individu yang mengalami gangguan tersebut mempunyai dorongan kuat untuk mencabut rambut mereka sendiri.








Gangguan itu mirip dengan gangguan obsesif kompulsif (OCD) yang berpunca akibat tekanan, kecemasan atau trauma.


Amelia kini hanya memiliki beberapa helai rambut panjang di bahagian belakang kepalanya.





Amelia sebelum mula mencabut rambutnya




Disebabkan itu, dia terpaksa memakai rambut palsu ketika keluar rumah.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemurungan kot  sian
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 02:32 PM | Show all posts
aduh siannye.. budak kan kadang ank aku pon dah lain mcm peel dia ddk rumah lelama.. bawak la naik kete g kedai pon dah buat dia teruja keluar rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 30-9-2021 07:34 AM

sometimes i pulling out my hair when i am superrr stressed out and can’t take it..its like a self comforting gitoh
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Poor girl
Moga sheol cepat sihat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051664 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list