CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3727|Reply: 13

Ramai Kawan Dapat Mesej Hattan Nak Pinjam Duit

[Copy link]
Post time 27-9-2021 08:32 AM | Show all posts |Read mode
Bengang dan sakit hati... itu yang dirasakan Datuk Hattan apabila namanya digunakan individu tidak bertanggungjawab bagi memperdaya orang ramai.


Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 57, menyedari identitinya digunakan sindiket penipuan dengan tujuan meminjam wang daripada kenalan di aplikasi WhatsApp.


Kredit foto: Harian Metro




"Saya dapat tahu perkara ini selepas salah seorang kawan bertanya sama ada betul atau tidak saya mahu meninjam wang daripadanya... saya kata tidak ada. Dia cakap mesej yang dia terima itu menggunakan gambar saya.


"Dari semalam saya sakit hati tak sangka jadi mangsa seperti ini," katanya kepada mStar.


Terdahulu, Hattan menerusi Instagram mendedahkan dia menjadi mangsa sindiket penipuan setelah indentitinya digunakan penyamar untuk meminta wang daripada kenalan rapatnya.




  



Hattan berkata, dia sudah membuat laporan polis selepas mendapati aplikasi komunikasi WhatsApp sudah diceroboh pihak berkenaan.


"Saya baru balik dari balai buat laporan polis kerana telefon saya kena hack. Mereka guna nama dan gambar saya.


"Habis semua kawan-kawan saya terima mesej dari satu nombor telefon yang menggunakan muka saya mahu pinjam duit. Tapi saya dah maklumkan kepada semua tentang scam ini," katanya.




  



Dalam pada itu, penyanyi Gadis Jolobu ini turut menyarankan orang ramai supaya menyemak lebih teliti apabila menerima mesej untuk meminjam wang biarpun daripada individu dikenali.


"Kadang-kadang dalam keadaan yang sibuk kita tidak fokus... jadi apabila ada orang mesej macam itu kita akan terus beri bantuan.


"Saya juga disarankan oleh pihak polis untuk memuat turun aplikasi Semak Mule di telefon supaya bila ada nombor yang tidak dikenali, kita boleh semak siapa yang menghubungi kita," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 09:12 AM | Show all posts
mesti dia ada tertekan some link or appear kan no dia..
sbb kawan opsi pnah kena jugak..
tiber la minta pinjam n masukkan duit kt no akaun yg tidak dikenali..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian bang tan {:teatime
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 10:24 AM | Show all posts
kawan aku pon pernah kena. hp dia hilang. scammer tu msg semua dlm number dlm phonebook dia minta pinjam duit. ada siap dah transfer dah. lagi sorg kena ada org buat fake acc dia kat fb msg semua friendlist dia nak pinjam duit
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 12:23 PM | Show all posts
Bulan lepas ada juga artis kena kan? Lupa pulak siapa yang Bell Ngasri masukkan 1500 tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 12:32 PM | Show all posts
hattan ni ada bisnes apa2 ke? sebab nampak life dia senang..nk kata menyanyi jarang2 je nampak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2021 12:59 PM | Show all posts
menjadi-jadi dah  sindiket ni... bukan artis jer dorang aim.. orang2 biasa pun dorang kerjakan jugak..  kawan aku pun kena... dia ni pulak memang ramai kawan... dia terpaksa pos kat fb warning kawan2 kalau dapat wassap konon dr dia nak pinjam duit supaya abaikan sbb itu bukan dr dia....   malu weyyyy... kalau kekawan percaya.. apa kess tup2 antar mesej nak pinjam duit....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 01:10 PM | Show all posts
uiiks bhy nya lahai.. fon hilang lagi laa bhy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 01:52 PM | Show all posts
2 org suami kawan kaka kena pukau dgn scammer...rugi rm1000 setiao org...scammer guna whatsapp close contact...mesti ler kita angkatkan sebb kawan yg call...bila angkat mengalami pukau dan terus transfer duit...hati2 yer semua...

Kawan sorg tu scammer guna number whatsapp dia dan message semua kekwn cakap nak pinjam duit...nasib ler kawan2 dia bijak...call balik confirmkan betui ka nak pinjam duit...

Laknatullah punya scammer
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga dijauhkan
Pandai ooo scammer sekarang
Sampai kawan sendiri boleh terpedaya
Memang kena password betul la
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
X mati2 jugak scammer ni..patah tumbuh hilang berganti
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
X guna btl scammer ni.sedap ke mkn duit haram
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nauzubillah... Minta dijauhkan dr jumpa makhluk scammer nih

Sib Toktan kayooo tu yg selamat kawan2 tu kot sbb tanya dulu kompom. Tak la tercemar sgt
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by che-cikL at 28-9-2021 08:23 PM

Inilah contoh wartawan masa  kini yg iols kecam dlm thread TokTi. Punyalah lama Hattan ni menyanyi, ada lagu yg evergreen... Budak wartawan ni indicate Hattan dgn tulis penyanyi lagu Gadis Jolobu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.244450 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list