Kecoh apabila video seorang ibu memberikan anaknya yang masih bayi (bawah 30 hari) dengan makanan di media sosial.
Jelas bayi tersebut masih terlalu kecil, kulitnya juga kemerah-merahan tetapi terpaksa menerima nestum atau bubur yang disuap kepadanya.
Hal ini membuatkan netizen marah dan bengang dengan ibu tersebut apatah lagi kemudiannya si ibu memuat naik kembali video yang sama dengan kapsyen, nanti mummy bagi makan aiskrim pulak dengan tanda pagar suka hati aku lah.
Foto G
"Astaghfirullah. Baby ni okay tak skrg ni? Seramnya tengok."
"Dahla bagi makan baby umur ceni, pastu guna sudu besi beso pulak tu? Kebodohan apakah ini?"
Tidak dapat dipastikan di manakah lokasi si ibu tetapi melihatkan gaya bahasa, ianya dipercayai di Malaysia.
Adakah si ibu kekurangan ilmu sehingga tergamak memberikan makanan pejal kepada anaknya? Atau memang sengaja mahu glamor? - CARI
|