View: 1481|Reply: 4
|
Klopp tak puas The Reds terikat
[Copy link]
|
|
Brentford: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata beliau tidak merasai nikmat permainan yang mendebarkan selepas dua kali pasukannya dihambat Brentford sebelum terikat 3-3.
Liverpool mendahului carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan satu mata selepas Chelsea dan Manchester United tumpas dalam perlawanan masing-masing semalam.
"Tidak pasti sama ada saya menikmatinya tetapi ia penuh debaran. Mereka berhak dengan setiap gol dijaringkan berdasarkan cara mereka bermain.
"Jelas sekali kami gagal menangani hantaran-hantaran jauh mereka hari ini. Saya berpuas hati ketika kami mengawal bola, tetapi tidak ketika ia di udara," kata Klopp.
Brentford sekali lagi membuktikan kemampuan mereka pada penampilan pertama dalam tempoh 74 tahun di liga utama England dengan persembahan meyakinkan.
Ethan Pinnock membuka jaringan untuk Brentford tetapi Diogo Jota kembali menyamakan kedudukan.
Mohamed Salah dan Curtis Jones dua kali meletakkan Liverpool di depan tetapi tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Vitaly Janelt dan Yoane Wissa.
Skuad kendalian Thomas Frank itu kini berada di tangga kesembilan liga selepas tewas hanya sekali dalam enam perlawanan awal liga.
"Sangat bangga dengan persembahan pemain-pemain. Kami berjaya bersaing dengan salah satu daripada tiga pasukan teratas EPL," kata Frank. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
KLOPP bersama pemain Liverpool selepas perlawanan. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
|
bukan..tak minat lfc
|
|
|
|
|
|
|
|
koh koh
bgasulah
seri depa dgn brentford
tapi man u kalah la pulak
huhs
|
|
|
|
|
|
|
| |
|