CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3920|Reply: 27

Empat Beradik Yatim Piatu, Hanya Mampu Tumpang Kasih Bapa Saudara- "Waktu M

[Copy link]
Post time 24-9-2021 05:26 PM | Show all posts |Read mode
KOTA TINGGI: Empat beradik hanya mampu menumpang kasih bapa saudara mereka apabila menjadi yatim piatu selepas pemergian ibu yang meninggal dunia akibat Covid-19, awal bulan lalu.


Kanak-kanak malang tersebut, Nur Atirah Zafirah Hail Halim, 13; Nor Aimi Zakiah, 11; Nor Asyikin Zulaikha, 10, dan Nor Aisyah Zafirah, 4, kini menetap bersama abang kepada arwah ibu mereka, Mohd. Nazir Nordin, 46, di rumah pusaka keluarga di Felda Air Tawar 2, dekat sini.


Mohd. Nazir yang dipanggil Pak Tam oleh anak saudaranya itu berkata, adiknya Zalipah, 40, meninggal dunia pada 7 September lalu selepas ditidurkan ekoran bacaan oksigen menurun ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA).


Foto: IG




“Saya memang sangat rapat dengan anak-anak arwah, bahkan sejak suaminya meninggal tiga tahun lalu akibat sakit, saya kerap ulang-alik ke rumah adik di Skudai untuk menziarahi dia dan anak-anak.


“Saya pernah ajak adik tinggal bersama selepas suaminya meninggal, namun arwah menolak kerana dia mahu berdikari membesarkan anak-anak sendiri. Arwah adik hanya mengambil upah menjahit,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Rosleli Jahari.


Mohd. Nazir berkata, sebelum meninggal dunia, arwah pernah berpesan kepadanya untuk menjaga kanak-kanak itu jika berlaku apa-apa kepadanya.


Katanya, dia akan cuba menjadi ‘ibu dan bapa’ terbaik buat keempat-empat anak saudaranya agar amanah yang diberikan digalas sebaik mungkin bagi menjaga mereka sehingga kesemua anak-anak Allahyarham berjaya.


Sementara itu, anak sulung kepada Zalipah, Nur Atirah Zafirah berkata, dia turut positif Covid-19 sehingga dimasukkan ke hospital pada hari yang sama dengan arwah ibunya, namun hanya mengetahui tentang pemergian ibunya sehari kemudian melalui telefon.


“Masa itu saya terus tanya Pak Tam, mama ada lagi tak. Pak Tam tidak bersedia memberitahu saya terus kerana bimbang mengganggu emosi saya. Kemudian seorang ibu saudara menerangkan semuanya kepada saya.


“Saya sangat sedih sehingga tidak berhenti menangis ketika itu. Sebagai kakak saya turut memaklumkan kepada adik-adik yang lain, adik yang bongsu dia hanya menangis sekejap sahaja mungkin masih kecil tidak tahu apa-apa.


“Tapi bila tiba waktu malam dia mencari mama. Masa tu saya hanya peluknya dan memujuk memberitahu mama sudah tiada,” katanya.


Ujar Nur Atirah Zafirah, ibu mereka tidak sempat berpesan apa-apa sewaktu ke hospital ekoran keadaannya yang sesak nafas dan dipakaikan oksigen ketika itu tetapi sebelum ini sering berpesan agar sentiasa menjaga solat dan belajar rajin-rajin.


Sementara itu, orang ramai yang mahu menyumbang meringankan beban keluarga tersebut boleh menyalurkan bantuan ke akaun CIMB 7043195345 atas nama bapa saudara kanak-kanak itu, Darwis Nordin. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2021 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya bapa saudara adik2 ni tak macam bapa saudara adik highway duke
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
alah kesiannya yg tudung merah tu..sabar dik..semoga pakcik dorg ni amanah..ada bini tak tu pak tam..kesian kan bdk2 lagi nk hadap benda gini..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 05:50 PM | Show all posts
xde anak lelaki eh
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by spankee_fili at 24-9-2021 06:54 PM
miszclassique: Harapnya bapa saudara adik2 ni tak macam bapa saudara adik highway duke


Uols, apa yg bapak saudara adik hiway Duke buat?

Edited: bawah ni nak reply kat @monreyes

Kalau ada anak lelaki umur 13 tahun apa yg dia boleh buat noks?
Alahai kesian betui jadi yatim piatu
Moga pakcik makcik sanggup jaga, bukan senang nak tambah lagi 4 mulut nak diberi makan pakai
Kalau both family pakat tong2 pakat allocate belanja tiap2 bulan bagusla
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 07:46 PM | Show all posts
Edited by monreyes at 24-9-2021 07:49 PM
spankee_fili replied at 24-9-2021 06:51 PM
Uols, apa yg bapak saudara adik hiway Duke buat?

Edited: bawah ni nak reply kat @monreyes

general statement je
mesti dapat bantuan zakat...biasiswa kecil dll
kalau bapak dia dulu keje..adalah pencen socso
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2021 07:52 PM | Show all posts
harap kerajaan ambil berat tentang golongan ni...
kerajaan gagal bendung covid..ramai jadi mangsa,,,
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 09:36 PM | Show all posts
Ya Allah kesiannya...
semoga Allah permudahkan urusanmu anak2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2021 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah.. sedih, sayu melihat bebudak ni... semoga dipermudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 01:41 AM | Show all posts
spankee_fili replied at 24-9-2021 06:51 PM
Uols, apa yg bapak saudara adik hiway Duke buat?

Edited: bawah ni nak reply kat @monreyes

beza jugak tu.. kalau ada anak lelaki.. pakcik dia ni x dapat faraid pusaka.. now takde anak lelaki.. so pakcik dia otomatik akan dapat pusaka dr arwah adik dia jugak walau sikit.. dan dia yg jaga anak2 arwah.. elokla tu

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga pokcik deme jaga amanah tu elok2
Santuni anak2 yatim
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 03:36 AM | Show all posts
sangat sedih
tak sempat ibunya nk beri kata2 terakhir or say goodbye properly
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 05:02 AM | Show all posts

Harap janganlah anak anak sedara ini jadi "mangsa" ... harap pak sedara bukan jenis lalang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 05:07 AM | Show all posts
Mmg faraid dpt jgk la dkt pakcik dia ni kan sbb xde anak lelaki…bagus pakcik ni bertggjwb nk jaga juga…harap jg betul2 la..kesian bdk2 tu…benci covid ni..ramai yg jd yatim piatu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 24-9-2021 05:39 PM
Harapnya bapa saudara adik2 ni tak macam bapa saudara adik highway duke

Tu laa.. harap pak sedara mempunyai hati emas dan teguh iman wpun tengok duit berkepuk sumbangan org ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 06:46 AM | Show all posts
DARSITA replied at 25-9-2021 05:02 AM
Harap janganlah anak anak sedara ini jadi "mangsa" ... harap pak sedara bukan jenis lalang.

Aku pun teroikir benda yg sama. Harap2 nya pakcik dia ni betul ikhlas jaga, takde kes2 sexual ke hapa ke. Semoga Allah mememlihara dan melindungi anak2 yatim piatu ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2021 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnyer.. semoga dipermudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by spankee_fili at 25-9-2021 07:19 AM
talapia replied at 25-9-2021 01:41 AM
beza jugak tu.. kalau ada anak lelaki.. pakcik dia ni x dapat faraid pusaka.. now takde anak lelak ...


Ahh faraid ke.. kalau budak bawah 18, duit freeze sampai cukup umur
Monthly expenses mahkamah akan bank in kepada penjaga (savings/epf/socso) bukan kepada anak tersebut kan?
So lebih kurang jugak konsepnya, insya Allah pakcik jugak yg dapat duit untuk uruskan.. tak pasti la ada upah untuk penjaga ke tak..

Teringat pulak cerita Berlima Ramadhan yg pakcik dorang songlap semua duit anak2 yatim.. mintak dijauhkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 24-9-2021 06:51 PM
Uols, apa yg bapak saudara adik hiway Duke buat?

Edited: bawah ni nak reply kat @monreyes

Hway duke tu, pakcik dia mula2 kata nak jaga anak arwah, sekali dah dpt donation banyak masuk akaun sendiri, heols gelap mata dan siap cakap tu duit dia sbb masuk personal account dia... Hidup pun terus mewah lepastu... Skrg budak2 tu dah org lain yg jaga
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 25-9-2021 01:41 AM
beza jugak tu.. kalau ada anak lelaki.. pakcik dia ni x dapat faraid pusaka.. now takde anak lelak ...

hopefully kalau ada sedikit sebanyak.. blh lah pakcik dia guna utk sara mereka
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.260378 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list