Penyanyi Stacy Anam mendedahkan kehidupan lampaunya umpama tiada agama sebelum dipertemukan dengan suami, Akim Ahmad, yang mendekatkan dirinya dengan Islam sekali gus bergelar mualaf enam tahun lalu.
Katanya yang memilih nama Ummu Shaikhah, detik bermakna itu tidak mungkin luput dalam ingatannya yang mengenal keindahan Islam tanpa dipaksa sekali gus mengambil keputusan mengucap kalimah syahadah pada 24 Ogos 2015.
Kredit foto: IG
“Dulu sebelum memeluk Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengar. Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati dorong untuk tahu apa itu Islam.
“Pendekatan digunakan Akim sangat mudah, malah cara dia bercerita tentang agama Islam nampak ringan dan terus terang. Boleh dikatakan segala-gala berkaitan Islam dan keindahan yang terpacul dari mulutnya membawa kepada siri penceritaan menarik,” dedahnya.
Anak jati Negeri Di Bawah Bayu itu mengimbas semula detik penghijrahan dirinya di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor genap enam tahun lalu selain perkahwinannya dengan Akim ketika diundang sebagai tetamu program bual bicara dalam Instagram, Bersama Tya Ariffin.
Malah, akui penyanyi itu lagi, ketulusan Akim memperkenalkan dan membimbingnya ke jalan Allah bukan sekadar menjentik hatinya untuk bergelar muslimah malah turut membuka ruang menerima lelaki berkenaan sebagai teman hidup.
“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami. Pada 26 September 2015 kami bertunang, seterusnya 5 Februari 2016 kami nikah di sebuah hotel di Sabah,” katanya.
Rumahtangga pasangan terkenal itu diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata, Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4 tahun.
Terdahulu, berita Stacy memeluk Islam pernah menjadi berita hangat apabila momen yang cuba dilalui secara peribadi itu terdedah gara-gara video pengIslaman ditularkan seseorang dalam media sosial membuatkan berita tersebut hangat diperkatakan.
Menerusi temu bual sama, Stacy, 31, memaklumkan detik paling bermakna yang terus tersemat dalam ingatan adalah sokongan kedua-dua orang tuanya apabila mereka sanggup ‘terbang’ dari Sabah untuk turut berada di sisi ketika dia melafazkan kalimah syahadah.
“Saya rasa momen pengIslaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka. Awalnya hanya mereka saja tahu keputusan saya memeluk Islam.
“Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Jadi apabila gambar dan video viral, keadaan bertukar kecoh. Tetapi Akim minta saya banyak-banyak bersabar dan bertenang,” ulasnya.
Mengimbas lagi situasi ketika itu, katanya, dia melalui suatu perasaan sukar dan dahsyat sebelum detik melafazkan kalimah syahadah apabila mula berperang dengan diri sendiri.
“Jujur saya takut dengan keputusan yang dibuat hingga mempersoalkan sama ada betul atau sebaliknya. Saya seperti berperang dengan diri sendiri sampai terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri demi agama Islam.
“Tapi akhirnya takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Selesai mengucap kalimah syahadah, saya nampak ibu bapa saya tersenyum gembira.
“Barulah saya sedar, perasaan negatif itu semua adalah mainan perasaan. Apa pun saya masih belum sempurna, namun dalam hati saya mahu berusaha ke arah yang lebih baik,” kata pemilik syarikat pengurusan artis itu lagi. -CARI
Post time 25-9-2021 12:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by nordin84 at 25-9-2021 01:01 PM
OyaTonggek replied at 24-9-2021 10:59 PM
tentangan kluarga jua ke kapel ni? tinggal ketapi ni meols
ye, family akim, family stacy xsuke.. sbb lain agama dorgmg prefer jodoh sama agama sng.. tp kredit to akim la.. sbb dia yg sungguh2 sbb stacy 50-50 dgn dia.. pasal tu byk kali break.. iols dgr dgn djlin punye interview kot
kalau stacy ngan nubhan dl dpt plk nubhan jns gitu dats y putus kot..