View: 6485|Reply: 29
|
Gambar Iblis, Jam Pasir, Metafora Terkini Pendedahan Caprice
[Copy link]
|
|
Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice terus-menerus mencetuskan tanda-tanya ramai apabila sekali lagi memuat naik foto berupa wajah entiti iblis dalam hantaran Instagramnya.
Perkongsian foto gambaran imej iblis dengan lidah terjelir itu turut disertakan bersama perkataan ‘husnuzon’ yang membawa maksud ‘bersangka baik’.
Sebelum ini Caprice pernah berkongsi imej serupa pada 27 Julai lalu.
Tindakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, memuat naik foto berkenaan dipercayai ada hubung kait dengan pendedahan yang bakal dibongkar membabitkan kontroversi yang menimpa pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Foto: Kosmo
Menerusi hantaran berbeza, penyanyi lagu Lenglui itu turut berkongsi gambar berupa jam pasir yang dipercayai membawa simbolik menunggu waktu atau masa untuk melakukan pendedahan membabitkan Ebit.
Kosmo! pada 21 September lalu melaporkan bahawa Caprice yang baru sahaja pulang ke Malaysia selepas dua bulan berada di Jordan dan Mesir telah melancarkan ‘perang’ terhadap beberapa golongan yang telah mencemar kesucian agama dan bangsa, termasuk pedofilia.
“Tomorrow (hari ini) saya bebas. Hari ini adalah permulaan perang saya melawan predator seksual, pedofilia dan orang-orang munafik.
“Saya tidak akan pernah berhenti selagi orang itu tidak meringkuk dalam penjara. Ingat itu,” katanya.
Walaupun pendedahan dan perjuangannya untuk membuktikan kebenaran sebelum ini mendapat kecaman dan cacian daripada masyarakat, Caprice mendakwa mereka yang pernah mengugut dirinya itu satu persatu akhirnya tampil memohon maaf selepas pembongkaran mula menampakkan penjelasan.
Situasi dan konflik bertambah tegang apabila pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi siaran Telegramnya baru-baru ini mendedahkan rakaman suara dan tangkap layar perbualan lucah yang dikatakan milik seorang pendakwah terkenal dipercayai Ebit.
Firdaus berkata, dia dan pasukannya sedia berdepan dengan tindakan saman sekiranya terdapat pihak tertentu ingin mengambil tindakan undang-undang.
Jelasnya, mereka akan tetap bersama dengan mangsa-mangsa untuk mendapatkan keadilan serta memperjuangkan kebenaran.
Pada 20 Ogos lalu, siasatan ke atas Ebit dilakukan berikutan aduan diterima Polis Diraja Malaysia daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.-CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ini contoh org tua yg tak reti settle2 ye. Patut once dah find out jenayah, buat report, create awareness ok dah settle. Byk bunyi siak kawin jela dgn ritrud tu biar meriah rumah hari2 merempan. Penat dah aku sebagai masyarakat nak kunyah popcorn. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni dah skizo kee//lepas ni sembang imam mahdi pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Bila la nk matang.klu kawin anak masuk sek dah |
|
|
|
|
|
|
|
Pergi Africa balik pandai cakap Arab tak ada pelat pelat sikit ke byk makan kabab |
|
|
|
|
|
|
|
Semakla langau nie sekor... |
|
|
|
|
|
|
|
semak la dia ni....x abis2 ratip.....mcm la org sokong dia sgt...puiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Bila lah hang nak matang cap oiii |
|
|
|
|
|
|
|
Klu korang singgah ke ig dia.. korang tgk folder yg dia highlite tittle LOVE. boleh describe lah dia org mcm mana....
Jenis lelaki kerdil yang sukakan attention. Suka dikerumuni. Suka being centre of attention. Pelik.aku student2 yg dok kerumun dia tu. Padahal dia tu mengaji takat mana ja.... pastu suka repost kalau org bagi pickup line.. like budak2 sgt.. rempit sgt... dia ni x de pencapaian apa yg dia boleh banggakan.. kecuali berjaya merasa hebat bila dikerumuni ramai2. Entah dia p gaza yg kononnya nak berjihad tu.. nak.jumpa influencer sana kononnya tu.. ntah apa lah yang dia gebangkan psl dia kat sini.. mesti up diri x hengat punya. Lagi satu, kehulu hilir pakai bussiness suit.. CEO company2 besar pun x pakai gitu.... kesian dia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Ciri-ciri #bakalpm2040 katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa..... sape suruh kunyah pop-corn. Kunyah air le, sekurang2nya boleh hilang haus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Iol menanti detik sape jadik bakal bini mamat ni
Nampak gaya bini yang pakai pants in the relationship. |
|
|
|
|
|
|
|
Jantons tersemak di muka bumi acah2 hero yang menggoncang dunia walaupun heols adalah punca hijab ummah terbuka tentang ropa dewasayu yang sebenar. Tapi tetaplah yer, heols sejenis cakap ajer sambil meletakkan kaki di atas meja persis gangster sekolah lalu mengharapkan team wong buat keje. Iols rengsa dengan heols nieyh, dah lah pelat kemain, king coco pun tak pelat gittuew. |
|
|
|
|
|
|
|
Walopon meols sokong jer dewa sayu dihadapkan ke muka pengadilan, tp meols mengharapkan semuanya bukan dari topinasi. Aku tgk dia bukan buat kerja apa pon, dok gebang lebih propa sana sini. Yg team FW dengan Akhi fairuz la mula2 bg awareness pasal ni, derang yg ada banyak bukti sumer. Si topinasi ni dok tumpang nama derang, sbb orang tu pernah declare sokong dia jer.....malang betul bakal bini kau, perangai memgada x boleh bawak bincang.... |
|
|
|
|
|
|
|
matjerk replied at 24-9-2021 03:01 PM
Klu korang singgah ke ig dia.. korang tgk folder yg dia highlite tittle LOVE. boleh describe lah dia ...
Geli geleman tgk wanita2, muka terhegeh, muka terdesak, muka horny, muka berangan, muka desperate, muka jakon dan muka berhidung bawang. |
|
|
|
|
|
|
|
iols bknla penyokong dewasayu, dan xterperanjat pn kalau betul dia.. dan iols jgk bkn penyokong topi yg separuh masak ni.. oerangai mcm bdk2 |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pun x suka cap tp bab bibit lew ni mmg iols tentang habis2an |
|
|
|
|
|
|
| |
|