Amelia Grey Hamlin ketika Minggu Fesyen London ternyata mencuri perhatian ramai.
Dalam acara pada Ahad lalu, Amelia, 20, mengenakan pakaian yang terlalu seksi sehingga mendedahkan sebahagian anggota badannya.
Kredit foto: IG Amelia
Malah, dia turut berkongsi fotonya mengenakan pakaian itu menerusi Instagram Story.
Dalam perkongsian berlainan, Amelia memuat naik paparan skrin perbualan mesej dengan keluarganya.
Kredit foto: Dave Benett/Getty Images for NoM
Kredit foto: IG Amelia
Dalam mesej itu, dia memohon maaf kepada bapanya kerana memakai pakaian tersebut, lapor Daily Star.
Ibunya dilihat turut membalas mesej dan tidak kisah dengan pakaian itu.
"Saya baru tengok. Itulah fesyen," jawab ibunya dalam mesej berkenaan.
Sumber: mStar |