CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1927|Reply: 5

[Borneo] Program Imunisasi turunkan kes baharu

[Copy link]
Post time 24-9-2021 07:34 AM | Show all posts |Read mode
Trend kes baharu COVID-19 di Malaysia mula merekodkan penurunan sejak hujung Ogos lepas dengan jumlah populasi individu lengkap vaksinasi ketika itu mencapai tahap 46 peratus.
Pengarah Pusat Penyelidikan Klinikal, Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Kalaiarasu M Peariasamy berkata data itu sekali gus membuktikan keberkesanan pemberian semua jenis vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Jelas beliau, trend kematian akibat wabak itu turut merekodkan pengurangan sejak awal September apabila jumlah populasi rakyat lengkap divaksin mencapai 55 peratus.

“Setakat 12 Sept, pemberian vaksinasi lengkap dapat mengurangkan risiko kemasukan pesakit COVID-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 83 peratus, manakala risiko kematian pula sebanyak 88 peratus.

“Kes aktif telah sampai tahap tertinggi penghujung Ogos dan menurun seperti  kes harian...kami harap pada penghujung tahun ini kita mencapai lebih kurang 4,000 dan ke bawah bagi kes aktif,” katanya dalam sesi libat bersama media berkaitan PICK dan PICK Remaja secara maya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Kalaiarasu memaklumkan kajian melibatkan 1,261,270 individu lengkap dan separa lengkap vaksin mendapati, risiko dijangkiti COVID-19 dapat dikurangkan sehingga 88 peratus bagi mereka yang lengkap divaksin berbanding 51 peratus bagi suntikan vaksin separa lengkap.

Bagi data kajian ‘breakthrough infection’ COVID-19 melibatkan 14,500,984 individu lengkap vaksinasi, hanya 0.007 peratus atau 953 daripadanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 0.010 peratus (1,445) dilaporkan maut.

“Secara keseluruhan, vaksin berkesan mencegah dan mengurangkan penyakit teruk dan kematian dalam kalangan pesakit COVID-19 selain mengurangkan beban sistem kesihatan.

“Sementara individu yang tidak divaksin pula berdepan 11 kali lebih tinggi risiko kematian akibat jangkitan varian delta,” katanya.

Setakat semalam, seramai 18,964,474 individu atau 81 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

-- BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2021 07:36 AM | Show all posts
menurun kan jangkitan ... tak kot ...

menurun kan kes bergejala yer ... sebab sekarang ni kalo kita swab semua ... rasa nya ramai akan terkejut ... eh...? positif ...? tapi ... sihat jer ...tak demam tak batuk ... takde sakit2 ...


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul. Kurangkan risiko pada diri masing2. Semalam pun kes keseluruhan makin menurun. Tp perlis yg selama ni rekod helok, kes naik ke 3 angka plk smlm
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 09:46 AM | Show all posts
so apa maksudnya muntri kesebalan dan najib 1mdb mecadangkan circuit breaker 7 hari kononnya klu kes naik balik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 01:34 PM | Show all posts
cucutokwan89 replied at 24-9-2021 08:42 AM
Betul. Kurangkan risiko pada diri masing2. Semalam pun kes keseluruhan makin menurun. Tp perlis yg s ...
makna nya ...
kena la pandai displin kan diri dan keluarga ... walaupun dah lepas bebas nanti2 ... jangan pula sampai lupa apa yang kita "belajar" sepanjang 2 tahun ni...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 01:34 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 24-9-2021 09:46 AM
so apa maksudnya muntri kesebalan dan najib 1mdb mecadangkan circuit breaker 7 hari kononnya klu kes ...
makna nya ...
abang abuk kena jager diri bebaik ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.051496 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list