CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1482|Reply: 1

[Borneo] [ informasi ] Arahan kuarantin boleh didapati dalam MySejahtera

[Copy link]
Post time 23-9-2021 04:24 PM | Show all posts |Read mode
BINTULU: Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (Home Surveillance Order) dan Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Release Order) bagi pesakit COVID-19 dan kontak rapat kini akan dimuat naik ke aplikasi MySejahtera.

Pegawai Kesihatan  Bahagian Bintulu Dr. Melvin Chung Hsien Liang berkata, arahan kuarantin sekarang boleh didapati dengan melalui HSO digital selepas ujian calitan rt-PCR.

Menurutnya, keputusan ujian calitan rt-PCR akan dikemaskini ke dalam aplikasi MySejahtera yang kemudiannya akan bertukar warna secara automatik sekali gus menyatakan tempoh kuarantin.

“Selesai tempoh kuarantin akan ada satu surat pelepasan rasmi yang mempunyai cop rasmi KKM dilampirkan di dalam aplikasi tersebut.

Mereka boleh menggunakan dokumen tersebut secara rasmi untuk memaklumkan kepada majikan ataupun kepada pihak agensi yang berkaitan sekiranya mereka tidak boleh turun bekerja,” katanya semasa ditemui pada Rabu.

Jelas Dr. Melvin lagi, sekiranya seseorang individu itu positif COVID-19 atau kontak rapat aplikasi MySejahtera mereka akan “update” di dalam sistem  dengan mengeluarkan arahan HSO.

Dan apabila tamat tempoh kuarantin akan terdapat butang “completed” di penjuru atas kiri.

“Selepas itu surat arahan pelepasan boleh digunakan secara rasmi,” jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2021 04:51 AM | Show all posts
Langkah-langkah mengemaskini status MySejahtera bagi Kes Positif




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.172327 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list