CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1709|Reply: 1

[Borneo] Tabung Haji berbincang dengan Arab Saudi untuk urusan haji, umrah

[Copy link]
Post time 23-9-2021 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Tabung Haji (TH) sedang merangka lawatan ke Tanah Suci dalam masa terdekat untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi mendapatkan perjelasan terperinci berkaitan peraturan urusan haji dan persiapan untuk musim haji 1443/2022.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, bagi musim haji 1443/2022, TH telah memulakan persediaan sebaik sahaja tamat ibadat haji pada tahun ini.

Perancangan utama TH adalah pemilihan bakal haji yang tertakluk kepada kuota rasmi Malaysia dan kriteria lain pemilihan yang akan diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi, katanya menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Rubiah dalam pertanyaan lisannya bertanya persediaan terkini kerajaan untuk urusan rakyat Malaysia menunaikan fardhu haji dan umrah di Tanah Suci Mekah setelah hampir dua tahun negara tidak berpeluang menghantar jemaah ekoran pandemik Covid-19.

Ahmad Marzuk memberitahu dewan, kerajaan melalui Lembaga TH telah membuat persediaan yang sebaiknya untuk operasi haji 1442/2021 sebelum Kerajaan Arab Saudi membuat keputusan untuk mengehadkan jemaah haji kepada warga negaranya dan warga asing yang bermastautin di Arab Saudi.

Beliau berkata, keutamaan menunaikan haji musim tahun hadapan akan diberi kepada bakal haji yang tahun giliran mereka adalah 1441H/2020 dan masih tertangguh.

Bagi bakal haji yang tahun giliran mereka adalah tahun ini, mereka akan turut diberi peluang pada tahun 2022 tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa, tegas beliau.

Perancangan TH bagi persediaan awal menghadapi musim haji 1443H/2022 ialah mengadakan pasca penilaian urusan ibadat haji tahun ini untuk memahami dengan lebih mendalam SOP dan protokol kesihatan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, katanya.

Selain itu, katanya, TH turut menganjurkan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan untuk menyeragamkan hukum-hakam ibadat haji dalam suasana wabak dan menganjurkan kursus asas haji untuk bakal-bakal haji secara dalam talian, tambahnya.

Perancangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi urusan pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi bakal haji berasaskan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi akan turut dilaksanakan, katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2021 04:18 PM | Show all posts
semoga d permudahkan urusan...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.048048 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list