CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1718|Reply: 0

Ramai sebak lihat kanak-kanak ‘berbual’ dengan pusara ibu saudara

[Copy link]
Post time 22-9-2021 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Ramai sebak lihat kanak-kanak ‘berbual’ dengan pusara ibu saudara

https://www.kosmo.com.my/2021/09 ... pusara-ibu-saudara/

Oleh NUR HUDA MUSA
22 September 2021, 10:40 am


Tangkap layar video berkenaan yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak menziarahi pusara ibu saudaranya mengundang sebak orang ramai.

Menerusi video berdurasi 22 saat yang dikongsi di laman Facebook Kepala Berputar itu, kanak-kanak berkenaan dilihat duduk di sebelah pusara ibu saudaranya yang dipanggil Mak Long sambil bercerita perkembangan terkini mengenai dirinya.

“Mak Long.. Ajiq datang ni, Ajiq dah besar dah. Dah nak masuk darjah satu, Ajiq ‘handsome’ tau,” kata kanak-kanak itu.

Apa yang menyentuh hati orang ramai ialah apabila kanak-kanak terbabit bertanya kepada perakam video tersebut adakah ibu saudaranya itu akan bertemu dengannya atau mendengari apa yang dikatakan oleh kanak-kanak itu.

“Tak keluar ke? Kenapa Ajiq tak dengar?,” soal kanak-kanak itu.

Rakaman tersebut menjadi tular di media sosial dengan rata-rata pengguna sebak melihat kanak-kanak berkenaan yang jelas merindui ibu saudaranya.

“Allahuakhbar kasihannya dia. Semoga Ajiq membesar jadi anak yang baik dan Soleh. Sentiasa doakan buat arwah Mak Long ya,” kata Sal.

“Sedihnya, mesti Mak Long seorang yang sangat baik. Salam takziah kepada keluarga arwah,” kata Foo.

“Kasihan dengan adik ini, mungkin rindu sangat dengan arwah Mak Longnya. Al Fatihah buat arwah, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” kata Azmi.

Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 13,000 kali dan mendapat 200 tanda suka. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-2-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.047451 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list